IPG KAMPUS RAJANG | |
Moto | Berilmu Mendidik |
Ditubuhkan | 1993 |
Rektor | Dr. Lambat anak Lindong (Pengarah) |
HEP | |
Lokasi | Rajang, Sarawak |
Pelajar | Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Sijil Perguruan Khas |
Laman web | http://www.ipgkrajang.edu.my/ |
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang merupakan salah sebuah daripada 32 Institut Pendidikan Guru Malaysia di Malaysia. Ia terletak di Bintangor, Sarawak.
Institut ini dibina sebagai projek usahasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan New Zealand. Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk memperolehi tapak tanah sementara Kerajaan New Zealand menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM 1.5 juta di bawah Rancangan Kolombo.
Institut ini telah dirasmikan pada 31 Oktober 1967 oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Haji Openg dengan nama Maktab Perguruan Rajang. Pengetua pertamanya ialah Encik K.J. Hayr dari New Zealand.
Visi
IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.
Misi
IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.