Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 29 Disember 1970 |
Bidang kuasa | Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Washington, D.C. |
Kakitangan | ~1.200 |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat |
Laman sesawang | cdc |
National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH; "Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan") ialah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dan memberi saranan bagi pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH ialah sebahagian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat.
NIOSH beribu pejabat di Washington, D.C., dengan sejumlah makmal penyelidikan dan pejabat di Cincinnati, Ohio; Morgantown, West Virginia; Pittsburgh, Pennsylvania; Denver, Colorado; Anchorage, Alaska; Spokane, Washington; dan Atlanta, Georgia.[1] NIOSH merupakan sebuah pertubuhan profesional dengan jumlah pekerja 1.200 orang yang mewakili cakupan luas disiplin ilmu termasuk epidemiologi, kedoktoran, kebersihan perindustrian, keselamatan, psikologi, teknik, kimia dan statistik.
Pengarah NIOSH ialah John Howard.
Rujukan
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan |
- NIOSH Homepage
- Global Environmental and Occupational Health e-Library online database of environmental health and occupational health and safety training materials
- NIOSH Power Tools Database Diarkibkan 2016-06-30 di Wayback Machine online database of sound and vibrations data for various power tools
- Safe-in-Sound Excellence in Hearing Loss Prevention Award