Indeks Pencemaran Udara (IPU); bahasa Inggeris: Air Pollution Index (API) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.[1]
Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan) |
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-17. Dicapai pada 2013-06-29.
Pautan luar
- Environmental Protection Department, Hong Kong
- API and You
- Indeks Pencemaran Udara Malaysia Diarkibkan 2007-10-09 di Wayback Machine