Indeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan.
Kelas | IKA | Kegunaan air |
---|---|---|
Kelas 1 | >92.7 | Dalam keadaan semulajadi |
Kelas IIA | 85.0-92.7 | Air memerlukan rawatan konvensional |
Kelas IIB | 76.5-85.0 | Air boleh digunakan untuk rekreasi |
Kelas III | 51.9-76.5 | Air memerlukan rawatan intensif |
Kelas IV | 31.0-51.9 | Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedang |
Kelas V | <31.0 | Air yang tercemar teruk |
Indeks kualiti air sungai di Malaysia
Mengikut laporan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2005), dua buah kawasan tadahan air yang tercemar teruk di Malaysia adalah Sungai Buloh dan Sungai Klang yang mempunyai IKA kelas IV. Sungai-sungai lain yang mempunyai tahap kelas IV adalah Sungai Rambai di Sepang, Sungai Ampang, Sungai Jinjang dan Sungai Kerayong, kesemuanya di Selangor.
Senarai penuh untuk melihat keadaan kini sungai-sungai serata malaysia, sila layari Indeks Kualiti Air Malaysia Diarkibkan 2020-12-04 di Wayback Machine