Dalam bidang tatabahasa dan linguistik, suatu imbuhan ialah sejenis morfem yang ditambah atau dipadukan pada suatu kata dasar. Imbuhan lazimnya tidak dapat wujud sebagai perkataan yang sendiri, kecuali sebahagian awalan dan akhiran. Imbuhan membolehkan perkataan-perkataan baharu diterbit daripada kata-kata dasar, serta mengubah gaya tatabahasa kata dasar.
Jenis
Imbuhan | Contoh | Bentuk | Huraian | Bahasa Melayu |
---|---|---|---|---|
Awalan | pembuat | awalan-kata | Di awal kata dasar | Ya |
Akhiran | buatan | kata-akhiran | Di akhir kata dasar | Ya |
Sisipan | jejari | ka-sisipan-ta | Di tengah-tengah kata dasar | Ya |
Apitan | pembuatan | apitankataapitan | Di awal dan akhir kata dasar | Ya |
Interfiks | (Inggeris) speed-o-meter | kataa-interfiks-katab | Menghubungkan dua perkataan dalam kata majmuk | Tidak |
Transfiks | (Malta) k⟨i⟩t⟨e⟩b (kata dasar ktb "menulis") |
k⟨transfiks⟩at⟨transfiks⟩a | Imbuhan tak tersambung yang berpecah-pecah dalam satu kata dasar | Tidak |
Simulfiks | mouse → mice | kata\simulfiks | Sebahagian kata dasar diubah | Tidak |
Disfiks | (Alabama): tipli (kata dasar tipasli "memutuskan") |
ka⟩disfiks⟨ta | Pelenyapan sebahagian kata dasar | Tidak |
Lihat juga
Pautan luar
- Media berkenaan Imbuhan di Wikimedia Commons