Il Divo | |
---|---|
Genre | Pop opera |
Tahun aktif | 2004 – kini |
Syarikat rakaman | Sony BMG |
Pengkarya berkait | Barbra Streisand Céline Dion Toni Braxton |
Laman sesawang | www.ildivo.com |
Ahli | Urs Bühler Sébastien Izambard David Miller Carlos Marín † |
Il Divo, dalam bahasa Itali yang bermaksud penghibur lelaki yang berbakat dan bermutu tinggi ialah kumpulan penyanyi pop opera antarabangsa di bawah naungan Sony BMG. Penyanyi-penyanyi Il Divo terdiri dari Carlos Marín (Sepanyol), Urs Bühler (Switzerland), David Miller (Amerika Syarikat) dan Sébastien Izambard (Perancis).
Simon Cowell
Simon Cowell mendapat ilham untuk menubuhkan kumpulan Il Divo setelah mendengar lagu nyanyian Andrea Bocelli dan Sarah Brightman yang berjudul Con Te Partirò.
Menyedari keunikan karya baru di dalam suara lirikal dan muzik klasikal ini, beliau memutuskan untuk membentuk satu kumpulan 4 penyanyi lelaki dari berbilang negara (Sepanyol, Switzerland, Perancis and Amerika Syarikat). Kumpulan 4 penyanyi lelaki ini akan mencuba sesuatu yang berbunyi seperti The Three Tenors dan bergaya seperti model jenama Armani[1] tetapi menyanyikan corak lagu pop dan bersuara opera. Kombinasi suara opera dalam lagu corak pop ini dikenali sebagai pop opera.
Berdasarkan ilham tersebut, pada tahun 2001, Simon Cowell memulakan pencarian bakat-bakat muda di serata dunia. Pencarian beliau berakhir selepas 2 tahun pada Disember 2003 apabila penyanyi yang ke-4, David Miller penyanyi tenor dari Amerika Syarikat menandatangani kontrak.
Kumpulan 4 penyanyi berbakat ini terdiri dari penyanyi opera Sepanyol dan zarzuela bariton, Carlos Marín, dua tenor yang terlatih dan berpengalaman, Urs Bühler dari Switzerland dan David Miller dari Amerika Syarikat, dan penyanyi pop Perancis, Sébastien Izambard. Rakaman album pertama Il Divo, dirakamkan di Sweden pada tahun 2004.
Album
- 2004 - Il Divo
- 2005 - Ancora
- 2006 - Siempre
- 2008 - The Promise
- 2011 - Wicked Game
- 2013 - A Musical Affair
- 2015 - Amor & Pasión
Album debut Il Divo
Album pertama ini dinamakan sempena nama kumpulan tersebut, Il Divo, mengandungi lagu hit Toni Braxton yang digubah semula berjudul "Unbreak My Heart" - Regresa A Mí, lagu Frank Sinatra, "My Way" - A Mi Manera, lagu gubahan semula Ennio Morricone untuk soundtrek Gabriel's Oboe dari filem La Misión berjudul Nella Fantasia dan lagu dari pemenang San Remo Festival 1994, "Passerà". Album Il Divo dinyanyi di dalam 5 bahasa (bahasa Inggeris, bahasa Itali, bahasa Sepanyol, bahasa Latin dan bahasa Perancis).
Album ini mendapat tempat pertama dalam Amazon.com and BarnesandNoble.com selepas muncul dalam rancangan The Oprah Winfrey Show pada 5 April 2005 di mana kumpulan ini membuat persembahan dengan menyanyikan lagu "Unbreak My Heart" yang ditukar bahasa berjudul "Regresa a Mi".
Di United Kingdom, album pertama Il Divo mendahului Robbie William di tempat pertama di carta muzik UK. Robbie William dilaporkan berkata "Oi, you're the bastards that knocked me off!", ketika persembahan pembukaan filem Bridget Jones: The Edge of Reason.
Album pencapaian multi-platinum ini mendapat tempat pertama di 13 negara serata dunia dan tempat ke-5 teratas di 25 negara.
The Christmas Collection
Album ke-2 Il Divo, The Christmas Collection dilancarkan pada 25 Oktober 2005 di Amerika Syarikat dan diedarkan ke seluruh dunia hanya selepas hampir setahun kemudiannya. Peminat dari luar Amerika Syarikat terpaksa membeli album ini menerusi internet sehingga seminggu sebelum krismas tahun 2006 apabila ia diedarkan secara rasmi keserata dunia.
Antara lagu – lagu kegemaran ramai ialah O Holy Night dan Ave Maria yang dimasukkan semula ke dalam album Ancora yang dilancarkan 2 minggu selepas pelancaran album ini. Lagu-lagu berunsur krismas koir ini adalah lagu-lagu biasa kegemaran ramai yang dinyanyikan dalam bentuk pop opera. Il Divo menyanyikan hampir kesemua lagu – lagu krismas dengan nada tinggi yang membuatkan lagu-lagu yang asalnya berbentuk koir bertukar kepada pop opera yang menduduki carta 10 dan 20 teratas di dalam 6 negara.
Ancora
Album ke-3 Il Divo , berjudul Ancora dirakamkan di Sweden dan London oleh syarikat rakaman gergasi milik Per Magnusson, David Kreuger dan penerbit Steve Mac. Steve Mac adalah juga penerbit untuk album pertama Il Divo. Album ke-2 ini dilancarkan pada 7 November 2005 di UK dan melonjak ke tempat pertama di carta lagu UK dan Australia hanya dalam masa satu minggu penjualannya.
Ancora diedarkan di Amerika Syarikat pada 24 Januari 2006 dan memasuki carta Billboard di tempat pertama dengan jualan melebihi 150,000 unit dalam minggu pertama ia dijual.
Antara lagu-lagu hit Ancora adalah Isabel, "I Believe In You" - Je Crois En Toi, lagu nyanyian bersama Céline Dion, versi sepanyol "You Raise Me Up" - Por Ti Seré, dan "All By Myself".
Siempre
Album ke-4 Il Divo berjudul Siempre dilancarkan pada 21 November 2006 di Amerika Syarikat dan kemudia diedarkan ke seluruh dunia seminggu selepas itu. Hanya 3 minggu selepas pelancaran, Siempre menjadi album nombor satu di carta United World mengatasi kumpulan Beatles, Eminem dan U2 dengan jualan sebanyak 472,000 unit di seluruh dunia.
Pencapaian antarabangsa
Kumpulan ini diberi anugerah Most Multinational UK No.1 Album Group oleh buku rekod dunia Guinness pada tahun 2006.
Il Divo (2004)
Negara | Status | Kedudukan |
UK | Kuadrupel Platinum | #1 |
Kanada | Tiga Platinum | #1 |
Belanda | Tiga Platinum | #1 |
Sepanyol | Dua Platinum | #2 |
Amerika Syarikat | Dua Platinum | #4 |
Argentina | Dua Platinum | #1 |
Australia | Dua Platinum | #1 |
Portugis | Dua Platinum | |
New Zealand | Dua Platinum | |
Mexico | Dua Platinum | #1 |
Sweden | Platinum | #1 |
Belgium | Platinum | |
Afrika Selatan | Platinum | |
Finland | Platinum | #1 |
Perancis | Emas | #4 |
Switzerland | Emas | #2 |
Austria | #2 | |
Venezuela | Emas |
Ancora (2005)
Negara | Status | Kedudukan |
Australia | Tiga Platinum | #1 |
Sepanyol | Tiga Platinum | #1 |
UK | Tiga Platinum | #1 |
Portugis | Dua Platinum | #1 |
Finland | Platinum | #1 |
Afrika Selatan | Platinum | |
Venezuela | Platinum | |
Amerika Syarikat | Emas | #1 |
Kanada | #1 | |
Finland | #1 | |
Jerman | #18 | |
Switzerland | #4 | |
Sweden | #1 | |
Hong Kong | #1 | |
Taiwan | #1 | |
New Zealand | #1 | |
Colombia | #1 | |
Slovenia | #1 | |
Mexico | Emas | |
Belanda | #1 | |
Argentina | Emas |
The Christmas Collection (2005)
Negara | Status | Kedudukan |
Amerika Syarikat | Emas | #14 |
Kanada | #1 | |
Austria | #18 | |
Finland | #11 | |
Belanda | #4 | |
Sweden | #4 | |
Slovenia | #3 |
Siempre (2006)
Negara | Status | Kedudukan |
Australia | Dua Platinum | #1 |
Kanada (Silangan klasikal) | #1 | |
Kanada | #2 | |
Mexico | #2 | |
Amerika Syarikat (Silangan klasikal) | #1 | |
Amerika Syarikat | Emas | #6 |
Sepanyol | Platinum | #1 |
UK | Platinum | #2 |
Sweden | #4 | |
Belanda | #1 | |
New Zealand | Emas | #3 |
Perancis | #10 | |
Switzerland | #1 | |
Jerman | #22 | |
Austria | #9 | |
Ireland | #3 | |
Itali | #58 | |
Finland | #2 | |
Portugis | Platinum | #3 |
Belgium | #1 | |
Norway | #2 | |
Taiwan | #2 | |
Jepun (Artis asing) | #8 | |
Slovenia | Platinum | #1 |
Thailand | #1 | |
Singapura | #1 | |
Korea Selatan | #1 | |
Hong Kong | #1 | |
Venezuela | #2 | |
Argentina | Emas | #8 |
Colombia | #10 | |
Denmark | #5 |
CD album dan lagu khas
- Il Divo Giftpack - 2 CD mengandungi lagu-lagu The Christmas Collection (2005) and album debut Il Divo (2005).
- Voices FIFA 2006 - Satu lagu duet bersama Tony Braxton "The Time of Our Lives"
Muzik video
- "Regresa a Mi", difilemkan di Slovenia, 2004.
- "Mama", 2005.
- "Time Of Our Lives", nyanyian bersama Toni Braxton untuk Piala Dunia FIFA 2006 diarahkan oleh Nigel Dick. (Album khas FIFA "Voice" diterbitkan pada tahun 2006)
DVD
- "Encore", rakaman konsert secara langsung dirakam dari Teatro Clásico, Mérida, Sepanyol, 2005.
- "Il Divo: Live At The Greek Theater", rakaman konsert secara langsung dari Greek Theater di Los Angeles, California (Jun 27, 2006) ketika mengadakan konsert sedunia (World Tour) pada 2006.
Buku
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Il Divo. |
- Rossi, Allegra. Romancing The World. Orion, 2005. ISBN 0-7528-7519-1.
Rujukan
- ^ http://transcripts.cnn.com/TRANSCRIPTS/0611/25/lkl.01.html Bergaya seperti model Armani