| Aya hitam | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Actinopterygii |
| Order: | Scombriformes |
| Keluarga: | Scombridae |
| Genus: | Thunnus |
| Subgenus: | Neothunnus |
| Spesies: | T. tonggol
|
| Nama binomial | |
| Thunnus tonggol (Bleeker, 1851)
| |
| Sinonim[2][3] | |
| |
Aya hitam (Thunnus tonggol), turut dikenali sebagai tongkol hitam atau abu-abu,[4][5] ialah spesies aya dari perairan tropika Hindi-Barat Pasifik. Ia terkadang dikelirukan dengan Thunnus thynnus Atlantik dan Thunnus orientalis Pasifik Utara. Berbanding aya sirip biru selatan, Thunnus tonggol lebih ramping dan sirip pektoralnya lebih pendek.[6][7]
Thunnus tonggol mencapai 145 sentimeter (57 in) panjang dan 35.9 kilogram (79 lb) berat.[3] Berbanding aya lain seukuran, ia tumbuh lebih perlahan dan hidup lebih lama, menjadikannya terjejas akibat tangkapan berlebihan[1]
Ciri fizikal
Bentuk badannya mirip cerutu pendek dengan muncung runcing. Sisir saring berjumlah 19-27 pada lengkung insang yang pertama. Sirip belakang kedua lebih tinggi daripada yang pertama; sirip dada pendek atau agak panjang, kira-kira 22-31% FL pada spesimen kecil di bawah 60 cm FL atau 16-22% FL untuk spesimen yang lebih besar. Permukaan ventral hati polos, tak bergaris-garis.[8]
Bahagian ekornya berwarna biru gelap metalik; sisi badan dan perut putih keperakan, dengan bercak-bercak membujur panjang tidak berwarna yang tersusun dalam deretan mendatar. Sirip belakang, dada, dan perut kehitaman; sirip dubur keperakan; hujung sirip belakang kedua dan sirip dubur diselaputi warna kuning; sirip ekor kehitaman dengan coret-coret hijau kekuningan; sirip-sirip kecil di depan ekor kecil kuning dengan tepi berwarna kekelabuan.[8]
Kegunaan
Ikan ini merupakan bahan penting dalam penyediaan nasi dagang.
Rujukan
- ^ a b Collette, B.; Di Natale, A.; Fox, W.; Juan Jorda, M.; Miyabe, N.; Nelson, R.; Sun, C. & Uozumi, Y. (2011). "Thunnus tonggol". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2011: e.T170351A6763691. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T170351A6763691.en. Dicapai pada 24 Disember 2017.
- ^ "Thunnus tonggol". Integrated Taxonomic Information System.
- ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2011). "Thunnus tonggol" di FishBase. versi December 2011.
- ^ Froese, R.; D. Pauly, penyunting (2020). "Common names of Thunnus tonggol". Fishbase. Dicapai pada 30 Mac 2021.
- ^ Hamid Awong Fisheries Model (HAFM): A Case Study Stock Assesments of ...
By Hamid Awong - ^ Hutchins, B. & Swainston, R. (1986). Sea Fishes of Southern Australia. pp. 104 & 141. ISBN 1-86252-661-3
- ^ Allen, G. (1999). Marine Fishes of Tropical Australia and South-East Asia. p. 230. ISBN 0-7309-8363-3
- ^ a b Collette, B. B.; Nauen, C. E. (1983). "Scombrids of the world. An annotated and illustrated catalogue of tunas, mackerels, bonitos and related species known to date" (PDF). FAO Species Catalogue. 2: 46-47. ISBN 92-5-101381-0.
Pautan luar
Data berkaitan Aya hitam di Wikispesies








