Todak nipis | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Beloniformes |
Keluarga: | Belonidae |
Genus: | Ablennes D. S. Jordan & Fordice, 1887[2] |
Spesies: | A. hians
|
Nama binomial | |
Ablennes hians Valenciennes, 1846
| |
Sinonim | |
|
Todak nipis (Ablennes hians),[3] satu-satunya ahli genus Ablennes yang diketahui, ialah ikan laut daripada keluarga Belonidae. Todak nipis dianggap sebagai ikan permainan yang kerap ditangkap dengan bantuan cahaya buatan,[4] namun tidak biasa dimakan lantaran isinya berwarna hijau.[5]
Nama generik Ablennes – yang sebelumnya disalah eja sebagai Athlennes – bermaksud ‘tanpa mukus’,[6] daripada awalan a- privatif Yunani kuno dan blennos (‘mukus’). Nama spesifik hians pula kata Latin untuk "ternganga".
Gambaran
Sungguhpun tidak berduri, ia mempunyai beberapa bilah ruji yang lembut. Ada sekitar 23-26 ruji pada sirip dorsal dan 24-28 pada sirip dubur.[7] Ia memiliki 86-93 tulang belakang.[7] Todak nipis kebiruan pada bahagian belakang, putih pada bahagian perut, dengan 12-14 belang menegak pada bahagian tengah badan.[8] Todak nipis memiliki badan memanjang, dengan sirip pektoral dan sirip dubur berbentuk sabit.[7] Ia turut memiliki cuping gelap pada bahagian posterior di sirip dorsalnya.[7]
Todak nipis terpanjang yang pernah direkod berukuran sepanjang 140 cm.[9] Ukuran panjang badan todak nipis tidak termasuk sirip kaudal dan kepala kerana rahang todak nipis yang panjang sering kali patah.[7] Todak nipis paling berat direkodkan adalah 4.8 kg.[9]
Taburan dan habitat
Di Atlantik Timur, ia diketahui terdapat di Tanjung Verde dan Dakar hingga ke jajahan Namibe, Moçamedes di Angola.[10] Di Atlantik Barat, ia diketahui berada di selatan Teluk Chesapeake hingga ke Brazil.[11] Ia terdapat di sepanjang Lautan Hindi,[7] dan di barat Pasifik dari selatan kepulauan Jepun hingga ke Australia[12] dan Tuvalu.[13]
Todak nipis biasa tinggal di air laut neritik berhampiran pulau,[14] muara,[15] dan berdekatan sungai tepi pantai[16] di mana ia memakan ikan yang lebih kecil[4] dan kadangkala berkumpul dalam kawanan besar ikan.[5]
Pembiakan
Todak nipis mengeluarkan telur yang melekatkan diri pada serpihan terapung melalui filamen pada permukaan setiap telur.[17] Hanya gonad kiri pada kedua-dua jantina yang berkembang, gonad kanan kadangkala tiada sepenuhnya.[18]
Rujukan
- ^ Collette, B.; Polanco Fernandez, A.; Aiken, K.A. (2015). "Ablennes hians". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2015: e.T13486514A15603320. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-4.RLTS.T13486514A15603320.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ "Genus Ablennes Jordan & Fordice 1887". FishWisePro. 1887. Dicapai pada 16 April 2020.
- ^ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 24. ISBN 9789834603755.
- ^ a b Collette, B.B. 1995 "Belonidae. Agujones, maraos". p. 919-926. In W. Fischer, F. Krupp, W. Schneider, C. Sommer, K.E. Carpenter and V. Niem (eds.) Guia FAO para Identification de Especies para lo Fines de la Pesca. Pacifico Centro-Oriental. 3 Vols. FAO, Rome.
- ^ a b Cervigón, F., R. Cipriani, W. Fischer, L. Garibaldi, M. Hendrickx, A.J. Lemus, R. Márquez, J.M. Poutiers, G. Robaina and B. Rodriguez 1992 Fichas FAO de identificación de especies para los fines de la pesca. Guía de campo de las especies comerciales marinas y de aquas salobres de la costa septentrional de Sur América. FAO, Rome. 513 p. Preparado con el financiamento de la Comisión de Comunidades Europeas y de NORAD.
- ^ International Commission on Zoological Nomenclature (1939). Opinions and declarations. London.
The original publication, Jordan & Fordice, 1886, p. 359, gives the derivation of the generic name in question with English equivalent. In this derivation there is an evident lapsus calami, a θ being inadvertently written instead of a β . In transliterating the Greek into Latin this lapsus was not noticed, and the Latin name was written Athlennes instead of Ablennes. [...] ‘without mucosity’ [...]
- ^ a b c d e f Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2009). "Ablennes hians" di FishBase. versi 02 2009.
- ^ Collette, B.B. 1986 Belonidae p. 385-387. In M.M. Smith and P.C. Heemstra (eds.) Smiths' sea fishes. Springer-Verlag, Berlin.
- ^ a b IGFA 2001 Database of IGFA angling records until 2001. IGFA, Fort Lauderdale, USA.
- ^ Collette, B.B. and N.V. Parin 1990 Belonidae. p. 592-597. In J.C. Quero, J.C. Hureau, C. Karrer, A. Post and L. Saldanha (eds.) Check-list of the fishes of the eastern tropical Atlantic (CLOFETA). JNICT, Lisbon; SEI, Paris; and UNESCO, Paris. Vol. 2.
- ^ Robins, C.R. and G.C. Ray 1986 A field guide to Atlantic coast fishes of North America. Houghton Mifflin Company, Boston, U.S.A. 354 p.
- ^ Collette, B.B. 1999 Belonidae. Needlefishes. p. 2151-2161. In: K.E. Carpenter and V.H. Niem (eds.) FAO species identification guide for fishery purposes. The living marine resources of the Western Central Pacific. Volume 4. Bony fishes part 2 (Mugilidae to Carangidae). FAO, Rome.
- ^ Chapman, L.B. and P. Cusack 1990 South Pacific Commission Deep Sea Fisheries Development Project Report on Second Visit to Tuvalu 30 August - 7 December 1983. South Pacific Commission, Noumea, New Caledonia.
- ^ Fischer, W., I. Sousa, C. Silva, A. de Freitas, J.M. Poutiers, W. Schneider, T.C. Borges, J.P. Feral and A. Massinga 1990 Fichas FAO de identificaçao de espécies para actividades de pesca. Guia de campo das espécies comerciais marinhas e de águas salobras de Moçambique. Publicaçao preparada em collaboraçao com o Instituto de Investigaçao Pesquiera de Moçambique, com financiamento do Projecto PNUD/FAO MOZ/86/030 e de NORAD. Roma, FAO. 1990. 424 p.
- ^ Claro, R. 1994 Características generales de la ictiofauna. p. 55-70. In R. Claro (ed.) Ecología de los peces marinos de Cuba. Instituto de Oceanología Academia de Ciencias de Cuba and Centro de Investigaciones de Quintana Roo.
- ^ Pandaré, D., S. Niang, H. Diadhiou and B. Capdeville 1997 Ichtyofauna of Casamance: reproduction and distribution according to the salinity gradient. Bull. Inst. Fondam. Afr. Noire ( A. Sci. Nat) 49(1):167-190.
- ^ Breder, C.M. and D.E. Rosen 1966 Modes of reproduction in fishes. T.F.H. Publications, Neptune City, New Jersey. 941 p.
- ^ Smith, C.L. 1997National Audubon Society field guide to tropical marine fishes of the Caribbean, the Gulf of Mexico, Florida, the Bahamas, and Bermuda. Alfred A. Knopf, Inc., New York. 720 p.
Pautan luar
- (Inggeris) Fishbase
- (Inggeris) ITIS Diarkibkan 2012-10-22 di Wayback Machine