Datuk Paduka Ibrahim Azmi Hassan pernah menjadi ahli parlimen Kuala Nerus,Terengganu dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Beliau antara tokoh penting di Terengganu selain Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Dato' Zubir Embong, Dato' Abu Bakar Daud, Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor ,Dato' Zakaria Abdul Rahman dan Dato' Abd Manan Osman.
Pada 16 April 1987, beliau menjadi calon Majlis Tertinggi UMNO. Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987 itu, Presiden UMNO, Dr Mahathir Mohamad menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dengan undi tipis 47 undi .[1]