Allahyarham Dato' Dr. Haji Ibrahim Abdul Rahman | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Seberang Perai Tengah Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1963–1964 | |
Digantikan oleh | Mustapha Hussain |
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Seberang Perai Tengah Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1959–1963 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Majoriti | 1000 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ibrahim bin Abdul Rahman 21 April 1919 Seberang Perai Tengah, ![]() |
Meninggal dunia | 5 April 2015 Hospital Serdang, Kajang, ![]() | (umur 95)
Cause of death | Sesak nafas |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Che Yan Abdul Hamid Hussein |
Pertalian | Cucu-cucu
|
Anak | Anwar Ibrahim Rehan Ibrahim Idrus Ibrahim Rani Ibrahim Marzuki Ibrahim Rusli Ibrahim Farizon Ibrahim Sukma Darmawan (anak angkat) |
Kediaman | Country Heights, Kajang |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Allahyarham Dato' Dr. Haji Ibrahim bin Haji Abdul Rahman (21 April 1919 – 5 April 2015) ialah seorang ahli politik daripada Perikatan / UMNO di Malaysia. Beliau memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang, dan berkhidmat hingga 1969.
Pada masa itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, manakala Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya pertama selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini berlangsung secara berperingkat, bermula dari negeri Perlis hingga ke Kelantan. Ketika itu, Sabah dan Sarawak masih belum menyertai atau membentuk Malaysia.
Kerusi Parlimen meningkat daripada 52 kerusi pada tahun 1955 kepada 104 kerusi pada tahun 1959. Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi, manakala pihak pembangkang memenangi 30 kerusi.
Keluarga
Ibrahim telah berkahwin dengan Che Yan binti Abdul Hamid Hussein yang berasal dari Bukit Mertajam. Bapa mertuanya ialah Abdul Hamid Hussein (juga dikenali sebagai Yusof Long) manakala ibu mertuanya ialah Laili Hashim.[1][2] Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan tujuh orang anak, termasuk Rani Ibrahim, Idrus Ibrahim, Mokhtar Ibrahim, Anwar Ibrahim, Rusli Ibrahim, Raihan Ibrahim, Marzuki Ibrahim, dan Khairun Ibrahim.[3]
Anwar, salah seorang anaknya, dikenali sebagai seorang tokoh politik yang menjadi Ketua Pembangkang dan memimpin gerakan reformasi. Dalam keluarganya, Che Yan pernah aktif sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Che Yan meninggal dunia pada 3 April 2001 akibat serangan jantung, di sebuah hospital.[4][5]
Ibrahim juga diketahui berkahwin dengan isteri keduanya, Puan Mariam, dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Farizun Ibrahim. Selain itu, mereka turut mengambil anak angkat dari Indonesia bernama Sukma Darmawan Sasmita Atmadja.
Meninggal dunia
Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 April 2015, jam 1.45 pagi di Hospital Serdang, Selangor pada usia 95 tahun.[6]
Rujukan
- ^ Norsiah Mohd Noor (2015-09-30). "Yusof Long". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.
- ^ Norsiah Mohd Noor (2015-09-30). "Laila Hashim". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-29.
- ^ "Ibu Yang Dapat Kurniaan Di-Raja", Berita Harian, 24 Jun 1959
- ^ "Anwar mourns mother as hundreds of supporters share grief". www.oocities.org (dalam bahasa Inggeris). 2001-04-04. Dicapai pada 2022-06-29.
- ^ "Che Yan Abd Hamid Hussain". www.geni.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-23. Dicapai pada 2022-06-29.
- ^ Bapa Anwar Ibrahim meninggal dunia
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1919
- Kematian 2015
- Orang dari Bukit Mertajam
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pertama
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-2
- Keluarga Anwar Ibrahim
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia