Ian Thorpe dilahirkan di Australia pada 13 Oktober 1982. Perenang Australia dengan tinggi 195.5 cm dan diberi nama gelaran Torpedo ini ialah perenang handalan negaranya dan telah beberapa kali merebut pingat dalam renang di olimpik iaitu dengan 5 emas, 3 perak dan 1 gangsa iaitu pada Olimpik Sydney 2000 dan Olimpik Athens 2004. Pada bulan November 2006 Thorpe mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia renang saat ia masih berusia muda iaitu 24 tahun, iaitu usia emas seorang perenang untuk berjaya di arena renang. Alasan dia bersara dari dunia renang kerana kecederaan di kakinya dan ia ingin berjaya di bidang lain selain renang.