IDID | |
---|---|
Asal | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, pop tarian ![]() |
Tahun aktif | 2025 ![]() |
Syarikat pengurusan | Starship Entertainment |
Syarikat rakaman | Starship Entertainment ![]() |
Pautan berkaitan | |
Tanda pagar | 아이딧 ![]() |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
IDID ialah suatu kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk melalui rancangan televisyen realiti oleh syarikat rakaman Starship Entertainment, Debut's Plan, menjadi kumpulan muzik pertama syarikat dalam tempoh lima tahun sejak penubuhan Cravity. Pada asalnya, IDID terdiri daripada lapan orang anggota, sebelum Park Jun-hwan meninggalkan kumpulan ini pada Jun 2025. IDID dirancang untuk membuat penampilan sulung pada pada September 2025.
Nama
Nama kumpulan 'IDID' berasal daripada "kemahuan untuk melakukannya" dan boleh mengatakan "saya melakukannya" pada akhirnya dan ia diperkenalkan semasa siaran langsung terakhir rancangan Debut's Plan.[1] Nama itu disebut mengikut frasa berbahasa Inggeris "I did".
Kerjaya
2024–2025: Pembentukan melalui Debut's Plan
IDID dibentuk melalui siri rancangan realiti oleh syarikat Starship Entertainment, Debut's Plan yang disiarkan dari 14 Mac 2025 hingga 4 Mei 2025. Rancangan tersebut disertai oleh 33 orang pelatih syarikat itu yang bersaing untuk muncul dalam kumpulan muzik lelaki terbaharu sejak Cravity.[1] Daripada 33 pelatih itu, hanya tujuh peserta teratas pada asalnya sepatutnya masuk ke dalam barisan akhir. Kesemua anggota yang terpilih diumumkan dalam episod akhir, yang disiarkan secara langsung pada 4 Mei 2025, mendedahkan penambahan anggota kelapan kepada kumpulan IDID itu.
2025–sekarang: Prapenampilan semula dan kepergian Park Jun-hwan
IDID membuat kemunculan pertama mereka di atas pentas selepas Debut's Plan sebagai kumpulan dengan lapan anggota di rancangan muzik M Countdown pada 15 Mei 2025. Mereka mempersembahkan lagu "Mahkota Mekar" (tajuk asal: 꽃피울 CROWN), salah satu runut asal daripada Debut's Plan.[2] Kumpulan itu, masih sebagai lapan ahli, muncul di lebih banyak rancangan muzik Korea Selatan sepanjang minggu itu seperti Music Bank, Show! Music Core dan Inkigayo.[2]
Selepas promosi mereka sebagai kumpulan dengan lapan anggota, Starship Entertainment mengumumkan bahawa Park Jun-hwan telah meninggalkan kumpulan itu kerana tekanan mental yang disebabkan oleh tengkarah mengenai kehidupan peribadinya sebelum ini pada 2 Jun 2025, semuanya menjelang penampilan sulung rasmi mereka.[3]
Pada 5 Julai 2025, didedahkan bahawa IDID akan membuat penampilan sulung global mereka sebagai sebahagian daripada barisan KCON LA 2025 pada 2 Ogos 2025 di Crypto.com Arena di Los Angeles, California.[4][5]
IDID mengeluarkan single prapelancaran sulung mereka "Step It Up" pada 24 Julai 2025,[6][7] sebelum kemunculan sulung rasmi mereka pula dijangkakan pada 15 September.[8]
Anggota
Kumpulan muzik IDID pada asalnya mempunyai lapan orang anggota, sebelum salah seorang daripada mereka meninggalkan kumpulan sebelum penampilan sulung rasmi.
Semasa
Nama | Pengenalan ringkas |
---|---|
Jang Yong-hoon (장용훈 · 張容熏) |
|
Kim Min-jae (김민재 · 金民財) |
|
Park Won-bin (박원빈 · 朴元彬) |
|
Chu Yoo-chan (추유찬 · 秋喩纂) |
|
Park Seong-hyeon (김민재 · 朴省炫) |
|
Baek Jun-hyuk (백준혁 · 白峻赫) |
|
Jeong Se-min (정세민 · 鄭勢潣) |
Bekas
Nama | Pengenalan ringkas |
---|---|
Park Jun-hwan (박준환 · 朴俊奐) |
Rujukan
- ^ a b Yoon, So-yoon (5 Mei 2025). "Starship Entertainment to debut new 8-member boy band IDID" [Starship Entertainment akan debut kumpulan lelaki 8 anggota IDID]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2025. Dicapai pada 1 Ogos 2025.
- ^ a b Jun, Seung-min (19 Mei 2025). ""데뷔 전부터 끓어오른 환호"…아이딧(IDID), '꽃피울 CROWN' 무대→완전체 출격 예고" [“Sorakan membara walaupun sebelum debut”… IDID, pentas ‘Mahkota Mekar’ → Membayangkan kemunculan kumpulan penuh]. topstarnews (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2025. Dicapai pada 1 Ogos 2025.
- ^ Kang, Ju-il (3 Jun 2025). "'사생활 논란' 박준환, 아이딧 데뷔 전 하차…악성 루머로 꺾인 꿈" [‘Tengkarah peribadi’ Park Jun-hwan, pergi sebelum debut IDID… Impian musnah oleh khabar angin berniat jahat]. Sports Kyunghyang (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2025. Dicapai pada 3 Jun 2025.
- ^ @kconusa (5 Julai 2025). "[#KCONLA2025] First step on the global stage — IDID at KCON LA 2025" – melalui Instagram.
- ^ Lee, Da-kyum (31 Julai 2025). ""무대 찢겠다"...'스타쉽 신인' 아이딧, '케이콘 LA' 출격" [“Menggegarkan pentas”... ‘pendatang baharu Starship’ IDID, menghadiri ‘KCON LA’]. Star Today (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2025. Dicapai pada 2 Ogos 2025.
- ^ Choi, Lee-jung (24 Julai 2025). "스타쉽 뉴 보이그룹 아이딧, 평균연령 18세+하이틴 힙합..오늘(24일) 프리 데뷔" [Kumpulan lelaki baharu Starship IDID, umur purata 18 + hip-hop high teen.. pradebut hari ini (24hb)]. Osen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2025. Dicapai pada 2 Ogos 2025.
- ^ @idid_starship (24 Julai 2025). "IDID 'STEP IT UP' Performance Video" – melalui Instagram.
- ^ Park, Se-yeon (17 Julai 2025). "스타쉽 新 보이그룹 아이딧, 24일 프리데뷔→9월 15일 정식 데뷔 확정" [Kumpulan lelaki baharu Starship IDID, pradebut pada 24hb → debut rasmi disahkan pada 15hb September]. Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2025. Dicapai pada 2 Ogos 2025.