Hyeonjong dari Goryeo 고려 현종 高麗 顯宗 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Goryeo | |||||||||
Pemerintahan | 1009–1031 | ||||||||
Kemahkotaan | 1009 Balai Yeonchong, Gaeju, Goryeo | ||||||||
Didahului oleh | Mokjong dari Goryeo | ||||||||
Diikuti oleh | Deokjong dari Goryeo | ||||||||
Keputeraan | Wang Sun 1 Ogos 992 Gaeseong-bu, Goryeo | ||||||||
Kemangkatan | 17 Jun 1031 (umur 38) Balai Junggwang, Gaegyeong, Goryeo | ||||||||
Pemakaman | Seolleung (선릉, 宣陵) | ||||||||
Raja permaisuri | Permaisuri Wonjeong (k. 1009; m. 1018) Permaisuri Wonhwa Permaisuri Wonseong (k. 1011; m. 1028) | ||||||||
Suri Damping |
| ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Wang | ||||||||
Wangsa | Goryeo | ||||||||
Ayahanda | Anjong dari Goryeo | ||||||||
Bonda | Permaisuri Balu Hyosuk |
Korean name | |
---|---|
Hangul | 현종 |
Hanja | 顯宗 |
Perumian Semakan | Hyeonjong |
McCune–Reischauer | Hyŏnjong |
Nama lahir | |
Hangul | 왕순 |
Hanja | 王詢 |
Perumian Semakan | Wang Sun |
McCune–Reischauer | Wang Sun |
Nama sopan | |
Hangul | 안세 |
Hanja | 安世 |
Perumian Semakan | Anse |
McCune–Reischauer | Anse |
Nama Dharma | |
Hangul | 선재 |
Hanja | 禪齋 |
Perumian Semakan | Seonjae |
McCune–Reischauer | Sŏnjae |
Nama anumerta | |
Hangul | 원문대왕 |
Hanja | 元文大王 |
Perumian Semakan | Wonmun Daewang |
McCune–Reischauer | Wŏnmun Taewang |
Hyeonjong dari Goryeo (Jawi: هيونجوڠ دري ڬوريو ; 1 Ogos 992 – 17 Jun 1031), nama peribadi Wang Sun, ialah pemerintah ke-8 dinasti Goryeo Korea. Baginda ialah cucu kepada pengasas dinasti Raja Taejo. Baginda dilantik oleh ketua tentera Kang Cho, yang dipanggil Raja Mokjong sebelumnya untuk memusnahkan rancangan oleh Kim Ch'i-yang. Semasa pemerintahannya, dinasti Goryeo berperang dua kali melawan dinasti Liao Khitan.
Biografi
Pada 1 Ogos 992, Wang Sun diputerakan daripada hubungan sulit antara Putera Wang Uk (kemudian diberi nama kuil Anjong secara anumerta) dan anakanda saudaranya yang balu, Permaisuri Heonjeong. Akibat hubungan sulit itu, ayahandanya, Wang Uk, dibuang negeri dan ibundanya mangkat ketika keputeraannya.[1]
Wang Sun adalah pewaris kepada Raja Mokjong yang tidak mempunyai anak, namun permaisuri balu, Permaisuri Balu Cheonchu, berusaha untuk mendapatkan puteranya dengan kekasihnya, Kim Ch'i-yang, sebagai raja seterusnya. Baginda terpaksa menjadi seorang bhikkhu atau sami. Permaisuri Balu Cheonchu akan cuba menghantar pembunuh upahan untuk membunuh Wang Sun, namun, kepala biara kuilnya berjaya menggagalkan percubaan itu.[1]
Pada tahun 1009, pemeriksa tentera Seobukmyeon, Kang Cho, menggulingkan Raja Mokjong dan melantik Wang Sun sebagai raja Goryeo yang seterusnya. Pada tahun 1010, Khitan menyerang Goryeo, menggunakan penggulingan Raja Mokjong sebagai alasan peperangan. Hyeonjong terpaksa meninggalkan ibu kota buat sementara waktu dan dengan bantuan Jeneral Kang Kam-ch'an mengarahkan istana berpindah jauh ke selatan ke bandar pelabuhan Naju.[2] Kang Cho cuba menghalang penceroboh asing tetapi dikalahkan dalam pertempuran dan ditangkap. Semasa melarikan diri daripada pencerobohan Khitan, Hyeonjong bertemu Kim Un-bu di Gongju, dan berkahwin dengan anak perempuannya, Permaisuri Wonseong. Akhirnya, Goryeo menolak Khitan dan memaksa mereka berundur dari tanah Korea.[1]
Pada tahun 1019, apabila Goryeo terus enggan menyerahkan atau mengembalikan wilayah utara, Khitan menyerang sekali lagi. Jeneral Goryeo, termasuk Kang Kam-ch'an, dapat menyebabkan kekalahan besar kepada tentera Khitan dalam Pertempuran Kwiju.[3] Khitan berundur tanpa mencapai tuntutan mereka dan tidak pernah lagi menyerang Goryeo. Kedua-dua Dinasti Liao dan Goryeo menikmati masa aman, dan budaya mereka berada di puncaknya.
Sementara itu, Hyeonjong mengarahkan kompilasi Tripitaka Koreana, iaitu 6,000 jilid. Ia tindakan mengukir bongkah kayu yang dianggap sebagai cara untuk membawa perubahan dalam nasib dengan memohon bantuan Buddha.
Keluarga
- Ayahanda: Anjong dari Goryeo
- Nenekanda: Taejo dari Goryeo
- Nenenda: Permaisuri Sinseong
- Ibunda: Permaisuri Balu Hyosuk
- Nenekanda: Daejong dari Goryeo
- Nenenda: Permaisuri Seonui
- Permaisuri dan isu masing-masing:
- Permaisuri Wonjeong dari suku Kim Seonsan (d. 1018); sepupu - Tiada waris.
- Permaisuri Wonhwa dari suku Choi Gyeongju clan; sepupu.
- Puteri Hyojeong
- Puteri Cheonsu (천수전주)[4]
- Wang Su (왕수)[5]
- Permaisuri Wonseong dari suku Kim Ansan (d. 1028)
- Permaisuri Wonhye dari suku Kim Ansan (d. 1022)
- Permaisuri Wonyong dari suku Yu Chŏngju; sepupu – Tiada waris.
- Permaisuri Wonmok dari suku Seo Icheon (d. 1057) – Tiada waris.
- Permaisuri Wonpyeong dari suku Kim Ansan (d. 1028)
- Puteri Hyogyeong [7]
- Suri Damping Murni Wonsun dari suku Kim Gyeongju
- Suri Damping Mulia Wonjil of the suku Wang Kaeseong – Tiada waris.
- Suri Damping Mulia, dari suku Yu (귀비 유씨 ) – Tiada waris.
- Puan Besar Istana Hwon-yeong suku Han Yangju (궁인 한훤영 )
- Wang Chung (왕충 )[8]
- Puan Besar Istana Yi (궁인 이씨 )
- Puan Besar Istana Bak (궁인 박씨 )
- Puan Besar Aji (아지 )
Lihat juga
- Sejarah Korea
- Raja-raja Korea
- Perang Goryeo-Khitan Kedua
- Perang Goryeo-Khitan Ketiga
- Tripitaka Koreana
Rujukan
- ^ a b c Vermeersch, Sem (2013). "Royal Ancestor Worship and Buddhist Politics: The Hyŏnhwa-sa Stele and the Origins of the First Koryŏ Tripitaka". Journal of Korean Studies. 18 (1): 115–146. doi:10.1353/jks.2013.0008. ISSN 2158-1665. Dicapai pada 12 November 2023.
- ^ "Gang Gam-chan,the Great Goryeo General". KBS World. December 6, 2012. Dicapai pada 24 January 2024.
- ^ "Goryeo-Khitan War and Qing invasion of Joseon". Dong A Ilbo. November 21, 2023. Dicapai pada 24 January 2024.
- ^ 천수전주 (dalam bahasa Korea).
- ^ 《고려사》 권4, 세가4 현종1, 현종 7년(1016년) 6월 8일 (경진) – 왕자가 항춘전(恒春殿)에서 태어나자, 왕수(王秀)라는 이름을 하사하였다.
- ^ 경숙공주 (dalam bahasa Korea).
- ^ 효경공주 (dalam bahasa Korea).
- ^ Married his half niece, Lady Yu (부인 유씨 ; 婦人 劉氏 ) who was Deokjong's daughter. In Goryeosa, Wang Chung appeared with the title of "Geomgyotaesa" (검교태사, 檢校太師; "Taesa" is a type of post that given to a servant, public servant, and high-ranking official during the Goryeo dynasty period while "Geomgyo" is like a kind of honorary position) and a believer of Buddhism.[1][2]
- 현종 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia.CS1 maint: unrecognized language (link)
Hyeonjong dari Goryeo Tarikh keputeraan: 1 Ogos 992 Tarikh kemangkatan: 17 Jun 1031
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mokjong |
Raja Goryeo 1009–1031 |
Diikuti oleh: Deokjong |