Hydromedusa maximiliani | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Keluarga: | Chelidae |
Genus: | Hydromedusa |
Spesies: | H. maximiliani
|
Nama binomial | |
Hydromedusa maximiliani | |
Sinonim[2] | |
|
Hydromedusa maximiliani atau dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Brazil ialah spesies kura-kura Chelidae yang berasal dari Selatan Brazil.[3] Masyarakat tempatan memanggilnya cágado da serra. Ia adalah kura-kura terkecil Brazil yang hanya mencapai sehingga 20 cm (7.9 in) panjang. Spesies ini sering dijumpai di kawasan jeram sungai berpasir dan dasar berbatuan serta hutan-hutan di atas paras 600m.[3]
Etimologi
Nama Saintifik, maximiliani, diambil daripada nama naturalis German Prince Maximilian of Wied-Neuwied.[4]
Taksonomi
Pada mulanya, ia dikenali sebagai Emys maximiliani oleh Mikan (1825)[1] dan dipindahkan ke genus Hydromedusa oleh Wagler (1830).[5] Beberapa spesies lain ada disinonimkan bersama spesies ini.[3] Tiada subspesies dikenalpasti.[3]
Ciri-ciri
Kura-kura ini boleh mencapai panjang antara 10–20 cm (3.9–7.9 in) dengan berat sehingga 120–520 g (4.2–18.3 oz).[3] Karapas (cangkerang belakang) kura-kura dewasa berbentuk bujur dan memiliki pelbagai variasi warna dari kelabu gelap, sehinggalah coklat terang.[3] Manakala plastronnya pula berwarna kuning. Kepala bersaiz sederhana dan memiliki hidung yang muncung serta rahang kekuningan, tanpa barbel di dagu. Irisnya pula berwarna hitam.[3] Pada bahagian belakang kepala, leher dan kakinya pula berwarna hijau zaitun, kelabu atau lebih gelap berbanding bahagian bawah badannya yang berwarna krim dan lebih terang.[3]
Taburan dan habitat
Kura-kura ini berasal dari Selatan Brazil, merangkumi negeri Bahia, Minas Gerais, Espírito Santo, Rio de Janeiro dan São Paulo.[3] Kawasan ini terletak di kawasan pergunungan Hutan Hujan Atlantik. Biasanya ia dijumpai di kawasan tanah tinggi dan sungai yang berketinggian 600m.[6] Mereka mendiami kawasan sungai jernih dari kedalaman 15-100cm dan berbatuan.[7] Disebabkan kepadatan kanopi dan ketebalan hutan serta penerimaan cahaya matahari yang sedikit ke lantai hutan menjadikan aktiviti berjemur terhad di kawasan sungai.[8]
Pemuliharaan
Sesetengah populasi spesies ini wujud di kawasan perlindungan dari pembalakan dan pencemaran yang menjadi ancaman terbesar.[3] Manakala populasi yang mendiami luar dari kawasan perlindungan pula terdedah kepada ancaman kepupusan akibat tindakan manusia.[3]
Rujukan
- ^ a b Mikan, J.C. 1825. Delectus Florae et Faunae Brasiliensis. Fasciculus Quartus. Vienna: A. Strauss. 6 pp., 6 plates.
- ^ Rhodin, A.G.J., van Dijk, P.P., Iverson, J.B., Shaffer, H.B., Bour, R. 2011. Turtles of the world Diarkibkan 2012-01-22 di WebCite, 2011 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status. Chelonian Research Monographs 5.
- ^ a b c d e f g h i j k Souza, F.L., and Martins, F.I. 2009. Hydromedusa maximiliani (Mikan, 1825) - Maximilian's Snake-Necked Turtle, Brazilian Snake-Necked Turtle. Chelonian Research Monographs 5 (26): 1-6.
- ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael. 2011. The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Hydromedusa maximiliani, p. 171).
- ^ Wagler, J.G. 1830. Natürliches System der Amphibien, mit vorangehender Classification der Säugthiere und Vögel. Munich, Stuttgart and Tübingen: J.G. Cotta. vi + 354 pp. + one plate. (in German and Latin).
- ^ Iverson, J.B. 1992. A revised checklist with distribution maps of the turtles of the world. Privately Printed, Richmond, Indiana.
- ^ Souza, F.L. 1995. "História natural do cágado Hydromedusa maximiliani (Mikan, 1820) no Parque Estadual de Carlos Botelho, SP, região de Mata Atlântica (Reptilia, Testudines, Chelidae)". Masters Thesis, Universidade Estadual Paulista, Rio Claro, SP, Brazil. (in Portuguese).
- ^ Yamashita, C. 1990. "Hydromedusa maximiliani ecology". Herpetological Review 21: 19.