Hutan tropika merupakan ekokawasan berhutan dengan iklim tropika – iaitu kawasan daratan yang lebih kurang terbatas di antara garisan Sartan dan garisan Jadi, tetapi mungkin dipengaruhi oleh faktor lain seperti angin lazim.
Beberapa jenis hutan tropika sukar untuk dikategorikan. Walaupun hutan-hutan di kawasan beriklim sederhana mudah dikategorikan berdasarkan kepadatan kanopi pohon, pensyaratan tersebut tidak dapat diguna pakai pada pengelasan hutan tropika.[1] Tiada skema tunggal yang dapat mentakrifkan apa itu hutan pada mana-mana tempat dalam lingkungan kawasan tropika.[1][2] Disebabkan kesukaran tersebut, maklumat tentang keluasan hutan tropika berbeza-beza antara pelbagai sumber. Namun, hutan tropika adalah luas, membentuk kurang sedikit daripada separuh hutan dunia.[3] Domain tropika mempunyai bahagian terbesar hutan dunia (45 peratus), yang selepas itu disusuli dengan domain boreal, domain sederhana serta domain subtropika.[4]
Lebih daripada 3.6 juta hektar hutan tropika jati telah punah pada tahun 2018.[5][6]
Sejarah
Hutan hujan tropika asal yang meliputi permukaan tanah planet ini merupakan jenis flora yang meliputi Bumi. Hutan kanopi lain berkembang ke utara-selatan khatulistiwa semasa epok Paleogen sekitar 40 juta tahun dahulu hasil daripada kemunculan iklim yang lebih kering dan lebih sejuk.
Hutan tropika pada asalnya dikenal pasti sebagai jenis biom spesifik pada tahun 1949.[7]
Jenis-jenis hutan tropika
Hutan tropika sering dianggap sebagai hutan hujan malar hijau[2] serta hutan lembap, tetapi jenis hutan tersebut hanya merangkumi sebahagian daripadanya (bergantung pada cara ia ditakrifkan – sila rujuk pada peta berikut). Hutan tropika yang selebihnya merangkumi beberapa aneka jenis-jenis hutan lain yang termasuklah: hutan terbuka Eucalyptus, hutan konifer tropika, hutan pokok bangkut savana (contoh seperti hutan Sahil), dan hutan pergunungan[8] (hutan berada pada aras laut yang lebih tinggi pula dikenali sebagai hutan awan). Walaupun dalam jarak yang agak pendek, sempadan antara beberapa jenis biom ini mungkin tidak jelas dengan terdapatnya ekoton di antara jenis-jenis utama tersebut.
Sifat hutan tropika di mana-mana kawasan tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan antaranya yang paling penting ialah:
- Geografi: lokasi dan zon iklim (lihat sub-jenis), dengan:
- Profil suhu, yang agak sekata di hutan hujan khatulistiwa atau dengan musim yang lebih dingin apabila ke arah latitud subtropika ;
- Paras kerpasan dan kemusiman, dengan musim kemarau yang kuat menjejaskan flora dengan ketara (contohnya pendominan pokok akar);[9]
- Aras laut yang menjejaskan dua faktor yang disebut di atas, selalunya mewujudkan "pulau ekologi" dengan tahap endemik yang tinggi (contohnya seperti Gunung Kinabalu pada hutan hujan Borneo).[10]
- Sejarah: zaman prasejarah hutan dan tahap gangguan terkini (sila lihat bahagian ancaman), pertukaran daripada hutan dara (biasanya dengan kepelbagaian biologi maksimum) kepada hutan sekunder, merosot menjadi hutan buluh selepas pertanian tebas-dan-bakar yang berpanjangan (contohnya seperti yang berlaku di beberapa kawasan di Indo-China).[11]
- Ciri-ciri tanah (juga tertakluk kepada pelbagai klasifikasi): termasuk kedalaman dan penyaliran.[12]
Skema Global 200
Skema Global 200, yang dipromosikan oleh Tabung Alam Sedunia, mengklasifikasikan tiga jenis habitat hutan tropika utama (biom), mengumpulkan kawasan tropika dan subtropika (sila rujuk peta berikut):
- Hutan konifer tropika dan subtropika.
- Hutan berdaun lebar kering tropika dan subtropika,
- Hutan berdaun lebar lembap tropika dan subtropika,
Keluasan kawasan tropika dan subtropika -
-
kawasan hutan konifer
-
kawasan hutan kering
-
kawasan hutan lembap
Ancaman
Sebilangan hutan tropika telah ditetapkan sebagai Kawasan Rimba Berkepelbagaian Biologi Tinggi, tetapi kekal tertakluk kepada pelbagai gangguan, termasuk tekanan yang lebih setempat seperti kehilangan dan kemerosotan habitat serta perubahan iklim antropogenik.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perubahan iklim berterusan meningkatkan kekerapan dan keamatan beberapa jenis iklim lampau (seperti kemarau, gelombang haba dan taufan), dengan gabungan gangguan manusia tempatan yang lain, memacu kesudahan ekologi negatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk hutan tropika di seluruh dunia.[13] Semua hutan tropika telah mengalami sekurang-kurangnya beberapa tahap gangguan.[14]
Penebangan hutan semasa di titik panas biodiversiti di kawasan utara Amerika Selatan, sub-Sahara Afrika, Asia Tenggara dan Pasifik, boleh dikaitkan dengan pengeksportan komoditi seperti: daging lembu, soya, kopi, koko, minyak kelapa sawit dan kayu balak; terdapat keperluan untuk "usaha rentas negara yang kuat ... dengan meningkatkan ketelusan rantaian bekalan [dan] penglibatan antara pihak awam serta pihak swasta".[15]
Satu kajian di Borneo menerangkan bagaimana, antara tahun 1973 hingga tahun 2018, hutan dara telah dikurangkan daripada 76% kepada 50% daripada pulau itu, yang kebanyakannya disebabkan oleh kebakaran dan pengembangan tanah pertanian.[16] Pandangan yang dipegang secara meluas ialah meletakkan nilai pada perkhidmatan ekosistem yang disediakan oleh hutan ini boleh membawa dasar yang lebih mampan. Walau bagaimanapun, mekanisme pemantauan dan penilaian yang jelas untuk hasil alam sekitar, sosial dan ekonomi diperlukan.
Contohnya, sebuah kajian di Vietnam menunjukkan bahawa data yang lemah dan tidak konsisten digabungkan dengan kekurangan sumber manusia dan kepentingan politik (dengan itu kekurangan sokongan kewangan) menghalang usaha untuk menambah baik peruntukan tanah rizab hutan dan garis panduan Pembayaran untuk Perkhidmatan Alam Sekitar Rimba.
Sumber
- Rencana ini menggabungkan teks dan terjemahan dari karya kandungan percuma. Dilesenkan di bawah CC BY-SA 3.0 Penyataan/kebenaran lesen di Wikimedia Commons. Teks diambil dan diterjemah dari Global Forest Resources Assessment 2020 Key findings, FAO, FAO.
Rujukan
- ^ a b Putz, Francis E.; Redford, Kent H. (September 14, 2009). "The Importance of Defining 'Forest': Tropical Forest Degradation, Deforestation, Long-term Phase Shifts, and Further Transitions". Biotropica. Wiley. 42 (1): 10–20. doi:10.1111/j.1744-7429.2009.00567.x. ISSN 0006-3606.
- ^ a b Anatoly Shvidenko, Charles Victor Barber, Reidar Persson et al. 2005 "Millennium Ecosystem Assessment." Ecosystems and human wellbeing: a framework for assessment Washington, DC: Island Press
- ^ D'Annunzio, Rémi, Lindquist, Erik J., MacDicken, Kenneth G. 2017 "Global forest land-use change from 1990 to 2010:an update to a global remote sensing survey of forests Forest Resource Assessment Working Paper 187" FAO, Rome.
- ^ Global Forest Resources Assessment 2020 – Key findings. FAO. 2020. doi:10.4060/ca8753en. ISBN 978-92-5-132581-0.
- ^ Watts, Jonathan; editor, Jonathan Watts Global environment (2019-05-06). "Human society under urgent threat from loss of Earth's natural life". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2024-11-17.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- ^ "World Lost 12 Million Hectares of Tropical Forest in 2018". Ecosystem Marketplace (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-29.
- ^ "Khan Academy". www.khanacademy.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-29.
- ^ Van Der Hammen, Thomas (1991). "Palaeoecological Background: Neotropics". Tropical Forests and Climate. Dordrecht: Springer Netherlands. m/s. 37–47. doi:10.1007/978-94-017-3608-4_4. ISBN 978-90-481-4147-0.
- ^ Chen, Ya-Jun; Cao, Kun-Fang; Schnitzer, Stefan A.; Fan, Ze-Xin; Zhang, Jiao-Lin; Bongers, Frans (September 29, 2014). "Water-use advantage for lianas over trees in tropical seasonal forests". New Phytologist. Wiley. 205 (1): 128–136. doi:10.1111/nph.13036. ISSN 0028-646X. PMID 25264136.
- ^ Merckx, Vincent S. F. T.; Hendriks, Kasper P.; Beentjes, Kevin K.; Mennes, Constantijn B.; Becking, Leontine E.; Peijnenburg, Katja T. C. A.; Afendy, Aqilah; Arumugam, Nivaarani; De Boer, Hugo; Biun, Alim; Buang, Matsain M.; Chen, Ping-Ping; Chung, Arthur Y. C.; Dow, Rory; Feijen, Frida A. A.; Feijen, Hans; Soest, Cobi Feijen-van; Geml, József; Geurts, René; Gravendeel, Barbara; Hovenkamp, Peter; Imbun, Paul; Ipor, Isa; Janssens, Steven B.; Jocqué, Merlijn; Kappes, Heike; Khoo, Eyen; Koomen, Peter; Lens, Frederic; dll. (2015). "Evolution of endemism on a young tropical mountain". Nature. 524 (7565): 347–350. Bibcode:2015Natur.524..347M. doi:10.1038/nature14949. PMID 26266979. S2CID 4447746.
- ^ Heinimann, Andreas; Messerli, Peter; Schmidt-Vogt, Dietrich; Wiesmann, Urs (2007). "The Dynamics of Secondary Forest Landscapes in the Lower Mekong Basin". Mountain Research and Development. 27 (3): 232–241. doi:10.1659/mrd.0875.
- ^ Schulte, A, Ruhiyat D (Eds.) (1998) Soils of Tropical Forest Ecosystems: Characteristics, Ecology and Management. Springer, 204 pp.
- ^ França, FM; Benkwitt, CE; Peralta, G; Robinson, JPW; Graham, NAJ; Tylianakis, JM; Berenguer, E; Lees, AC; Ferreira, J (2020). "Climatic and local stressor interactions threaten tropical forests and coral reefs". Philosophical Transactions of the Royal Society B. 375 (1794): 20190116. doi:10.1098/rstb.2019.0116. PMC 7017775. PMID 31983328.
- ^ Robin L. Chazdon 2003 "Tropical forest recovery: legacies of human impact and natural disturbances" Perspectives in Plant Ecology, Evolution and Systematics 6/1,2, pp. 51–71
- ^ Hoang, Nguyen Tien; Kanemoto, Keiichiro (2021). "Mapping the deforestation footprint of nations reveals growing threat to tropical forests". Nature Ecology & Evolution. 5 (6): 845–853. Bibcode:2021NatEE...5..845H. doi:10.1038/s41559-021-01417-z. PMID 33782576.
- ^ Gaveau DLA (2016) What a difference 4 decades make: Deforestation in Borneo since 1973 CIFOR (retrieved 29 October 2017)
Pautan luar
- Kategori berkenaan Hutan tropika di Wikimedia Commons
- Tropical Forests, Project Regeneration, 2021.