Hubungan Malaysia - Uruguay tidaklah begitu rapat kerana Malaysia terletak di benua Asia sementara Uruguay di benua Amerika Selatan dan dipisahkan oleh Lautan Pasifik. Penduduk Uruguay hanya 3.47 juta orang. Uruguay dikenali kerana pasukan bola sepaknya pernah menyertai Piala Dunia FIFA.
Kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik sejak 1989 dan republik itu membuka pejabat kedutaannya di sini pada 1991. Ia kemudiannya ditutup untuk beberapa tahun sebelum dibuka semula 2006.[1]
Hubungan antara ketua negara
- Dari segi sejarah, Yang di-Pertuan Agong ke-10, Sultan Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pernah melakukan lawatan rasmi ke Uruguay pada September 1995.
- Tahun 1997 Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah melawat negara itu.
- Pada Julai 2006, Presiden Uruguay, Dr Julio Maria Sanguinetti pernah melawat Malaysia.
- Pada 14-16 November 2007, Presiden Uruguay, Dr Tabare Vazquez Rosas pernah melawat Malaysia. Turut serta ialah isterinya Maria Auxiliadora Delgado de Vasquez, Menteri Ekonomi Danillo Astori, Menteri Perancangan dan Bajet Enrique Rubio. Rombongan presiden turut melawat negara Vietnam. Delegasi turut disertai wakil dari sektor industri, daging, susu, perisian, logistik, farmaseutik, kayu, produk kimia dan perikanan. Mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya. Presiden yang merupakan pakar bidang onkologi dan radioterapi, melawat wad barah di Hospital. Mereka turut melawat Taman Rama-rama, Menara Berkembar Petronas dan pusat kraftangan.[2]
- Pada 26 April 2009, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah melakukan lawatan rasmi ketua kerajaan dengan ketua kerajaan. Rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Carrasco dan disambut oleh Menteri Luar Uruguay, Gonzalo Fernandez.
Perdagangan dua hala
Tahun 2005, eksport Uruguay ke Malaysia berada di puncak iaitu RM120 juta.Import pula US$8 juta. Tahun 2006 eksport Malaysia ke Uruguay berjumlah RM53.1 juta dan import RM43 juta. Malaysia juga import kulit, ikan dan produk susu. Malaysia mengeksport barang-barang elektronik, peralatan telekomunikasi, mesin-mesin industri dan getah. Pelabur Malaysia mendirikan kilang sarung tangan getah di Montrevideo dengan 200 pekerja. Sebuah sekolah di Uruguay diberi nama 'Malaysia'.
Sumber daging beku
Uruguay sumber daging beku kedua Malaysia selepas India. Daging lembu halal bermutu tinggi diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh dipanjangkan ke pasaran Asia terutama Timur Tengah. Pengerusi Institut Daging Uruguay, Dr Luis Alfredo Fratti Silveira menjelaskan bahawa 80 % daging lembu Uruguay banyak dieksport ke Amerika dan Mexico. Pegawai eksekutif HDC, Datuk Jamil Bidin menyatakan Halal Development Corp (HDC) menawarkan kepakaran untuk memajukan konsep logistik halal di pelabuhan-pelabuhan Uruguay.[3]
Kerjasama pelabuhan
Memorandum Persefahaman (MoU) dibuat antara Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Pentadbiran Pelabuhan Nasional Uruguay. Pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin O.C Phang dan Presiden Pentadbiran Pelabuhan Negara Uruguay (ANP) Fernando Puntigliano menandatangai MOU. Fernando Pontigliano menyatakan Malaysia boleh menggunakan Uruguay sebagai pintu masuk ke pasaran Mercosur yang terdiri daripada Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay. Pengerusi LPK ialah Datuk Chor Chee Heung. LPK mengendalikan 1,670 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) kontena dalam perdagangan dengan Uruguay.[4]
Penduduk negara-negara Mercosur lebih 250 juta dengan pengeluaran bernilai AS$1.1 trilion, menguasai lebih 75 % daripada keluaran dalam negara kasar Amerika Selatan.
Sukan berkuda
Pada 27 April 2009, Sultan Mizan menyertai Kejohanan Menunggang Kuda Lasak Pan-Amerika yang berlangsung di Costa Azul, 50 kilometer dari Montevideo. Pasukan Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara bukan pan-Amerika dalam perlumbaan merentas desa sejauh 120 kilometer itu.
Sultan Mizam menunggang kuda "Tormento", menduduki tempat ke-21, Peserta Malaysia yang lain ialah Datuk Abdullah Taib, menduduki tempat ke-24.Di kalangan peserta bukan Pan Amerika, Sultan Mizan menduduki tempat kedua di belakang Dominique Freeman dari England. Abdullah Taib cedera di bahu akibat terjatuh daripada kuda 'Horus' mendapat tempat ketiga.[perlu rujukan]
Rujukan
- ^ Presiden Uruguay Lawat Malaysia Minggu Depan[pautan mati kekal], Bernama
- ^ Malaysia Dan Uruguay Kongsi Pengalaman Basmi Kemiskinan[pautan mati kekal], Bernama
- ^ Uruguay Mahu Jadikan M'sia Batu Loncatan Ke Pasaran Asia[pautan mati kekal]
- ^ PKA Tandatangani Perjanjian Pelabuhan Kembar Dengan Uruguay[pautan mati kekal]