Malaysia |
Sepanyol |
---|
Hubungan Malaysia–Sepanyol merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dengan Sepanyol. Malaysia memiliki kedutaan di Madrid,[1] dan Sepanyol memiliki kedutaan di Kuala Lumpur.[2] Sepanyol menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 12 Mei 1967 dan, kedua-dua kedutaan Malaysia dan Sepanyol dibuka pada 1986.[3] Lawatan negara pertama dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada Julai 1992, manakala Raja Sepanyol Juan Carlos bersama Ratu Sofía melawat Malaysia pada 4 April 1995.[3]
Hubungan ekonomi
Pada 2011, jumlah eksport Malaysia ke Sepanyol berjumlah $620 juta manakala eksport Sepanyol ke Malaysia bernilai sekitar $320 juta.[4] Malaysia adalah tempat pelaburan Sepanyol terbesar di Asia Tenggara, manakala kehadiran syarikat Malaysia di Sepanyol agak kecil..[5][6] Salah satu syarikat Sepanyol, GMV, turut terlibat dalam cadangan laluan kereta api laju Kuala Lumpur–Singapura.[6][7] Eksport utama Sepanyol ke Malaysia termasuk jentera elektrik, besi dan keluli, baja, bahan kimia dan tekstil manakala eksport utama Malaysia ke Sepanyol termasuk getah, minyak sawit dan komponen peranti elektrik.[6] Kedua-dua negara telah juga dalam proses untuk meningkatkan hubungan perdagangan terutamanya dalam pelancongan dan industri marin.[8] Perjanjian penghapusan cukai berganda dan pengelakan fiskal juga telah ditandatangani antara kedua-dua negara.[9][10] Satu dewan perniagaan antara kedua-dua negara juga telah ditubuhkan.[11]
Rujukan
- ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Madrid". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "Embassy of Spain in Kuala Lumpur". Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama (Sepanyol). Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ a b "(Espana-Malasia) Relaciones Bilaterales" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Ministerio de Asuntos Exteriores y de Cooperación. m/s. 5. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ Leong Hung Yee (13 June 2012). "Spanish firms to invest US$1.5bn in Malaysia". The Star. The Nation. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ Belén Anca López (28 Mac 2014). "España refuerza relación con Malasia, donde se abren oportunidades económicas" (dalam bahasa Sepanyol). lavanguardia.com. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ a b c "España anima a las empresas nacionales a buscar oportunidades en Malasia" (dalam bahasa Sepanyol). lainformacion.com. 28 Mac 2014. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "Spanish technology company GMV sets up new subsidiary in Malaysia". Spanish Railways News. 19 Disember 2013. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "España y Malasia incrementarán las relaciones comerciales mediante el turismo" (dalam bahasa Sepanyol). hosteltur.com. 14 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2014. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "AGREEMENT BETWEEN THE KINGDOM OF SPAIN AND MALAYSIA FOR THE AVOIDANCE OF DOUBLE TAXATION AND THE PREVENTION OF FISCAL EVASION WITH RESPECT TO TAXES ON INCOME" (PDF). Inland Revenue Board of Malaysia. 1 Januari 2008. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "AGREEMENT BETWEEN THE KINGDOM OF SPAIN AND MALAYSIA FOR THE AVOIDANCE OF DOUBLE TAXATION AND THE PREVENTION OF FISCAL EVASION WITH RESPECT TO TAXES ON INCOME" (PDF). Ministerio De Hacienda Y Administraciones Publicas. Dicapai pada 8 Mei 2014.
- ^ "Home". Malaysian Spanish Chamber of Commerce and Industry. Dicapai pada 12 Disember 2017.