Malaysia |
Maldives |
---|---|
Misi diplomatik | |
Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Colombo | Suruhanjaya Tinggi Maldives, Kuala Lumpur |
Duta | |
Pesuruhjaya Tinggi Tan Yang Thai | Pesuruhjaya Tinggi Visam Ali |
Hubungan Malaysia–Maldives merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dengan Maldives. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo, Sri Lanka ditugaskan bagi pihak Maldives,[1] sementera Maldives memiliki Suruhanjaya Tinggi di Kuala Lumpur.[2] Kedua-dua negara merupakan ahli Negara-Negara Komanwel dan Pertubuhan Kerjasama Islam.
Sejarah
Kedua-dua negara ialah bekas ahli Empayar British, dengan hubungan antara kedua-dua negara mula terjalin pada 1968.[1] Malaysia menjadi salah satu ahli-ahli penting dan ketara dalam pembangunan Maldives.[3] Pada 1994 dan 2012, perjanjian perkhidmatan udara dan perundangan telah ditandatangani.[3][4] Pada 2013, Presiden Maldives Mohammed Waheed melawat bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.[5]
Hubungan ekonomi
Malaysia ialah antara rakan-rakan import utama Maldives,[6] dan banyak orang Maldivian melanjutkan pelajaran di Malaysia.[7] Syarikat penerbangan utama Malaysia, Air Asia menjalani penerbangan berjadual antara kedua-dua negara.[8] Di samping itu, Maldives juga giat dalam kerjasama dengan Malaysia untuk membesarkan industri pelancongannya.[9]
Rujukan
- ^ a b "Maldives & Malaysia". Maldives High Commission – Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2014. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "High Commission in Malaysia". Ministry of Foreign Affairs, Maldives. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2015. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ a b "BILATERAL RELATIONS". Maldives High Commission – Malaysia. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ Nazran Mohd Sham (30 November 2012). "MEMORANDUM SIGNED BETWEEN MALAYSIA AND THE REPUBLIC OF MALDIVES ON LEGAL COOPERATION ACTIVITIES". Malaysia's Attorney General's Chambers. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "President meets with former Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamed". The President's Office, Maldives. 1 Januari 2013. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "Maldives Major Trade Partners". Bridgat. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "More Maldives Students To Study In Malaysia". Miadhu. 21 May 2010. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "Malaysia's Air Asia proposes to commence flights to Maldives". Sun.mv. 18 Jun 2013. Dicapai pada 27 Januari 2014.
- ^ "Maldives participates at WITM - Malaysia". Visit Maldives. 3 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2012. Dicapai pada 27 Januari 2014.