Itali |
Malaysia |
---|---|
Misi diplomatik | |
Kedutaan Itali, Kuala Lumpur | Kedutaan Malaysia, Rom |
Duta | |
Duta Besar Cristiano Maggipinto | Duta Besar Abdul Malik Melvin Castelino Anthony |
Hubungan Itali–Malaysia merujuk kepada hubungan dua hala Itali dengan Malaysia. Itali memiliki kedutaan di Kuala Lumpur,[1] dan Malaysia memiliki kedutaan di Rom.[2]
Pada 27 September 1984, Malaysia-Itali memasuki satu era baru bidang kerjasama dengan temeterainya memorandum persefahaman antara Perbadanan Pelaburan Luar Negeri Malaysia (MOIC) dengan Persatuan bagi Penggalakkan Pekerja-pekerja Itali di negara-negara ketiga (ASSTER). Persefahaman yang dimeteri adalah rentetan dari lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad selama tiga hari ke Itali mulai dari 24 September.
Hubungan ekonomi
Itali ialah rakan dagangan kelima terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah. Pada masa ini, Itali berminat untuk melabur di Malaysia, dan sejak Mac 2009, sekitar RM871.9 juta telah dilaburkan ke negara ini.[3][4] Sebilangan persefahaman juga dimeterai antara kedua-dua negara.[5] Dalam empat bulan pertama 2009, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM2.033, dengan eksport Malaysia ke Itali berjumlah RM875.3 juta dan import dari Itali berjumlah RM1.158 bilion.[4] Beberapa syarikat utama Malaysia beroperasi di Itali, termasuk syarikat minyak dan gas negara, Petronas.[4]
Rujukan
- ^ "Ambasciata d' Italia a Kuala Lumpur" (dalam bahasa Itali). Ambasciata d' Italia a Kuala Lumpur. Dicapai pada 3 Januari 2014.
- ^ "Malaysia Embassy In Rome". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 3 Januari 2014.
- ^ "Italian investors: Malaysia potential logistics hub". Bernama. Business Times. 2 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2011. Dicapai pada 3 Januari 2014.
- ^ a b c Rajesh Babu Kitnan (18 Jun 2009). "Italy to continue investing in Malaysia, says Deputy Economic Dev. Minister". South-South Information Gateway. Dicapai pada 3 Januari 2014.
- ^ Manik Mehta (21 Jun 2009). "Italy Opens New Chapter In Bilateral Relations With Malaysia". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2014. Dicapai pada 3 Januari 2014.