Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
article ini ditulis seperti penonjolan peribadi atau karangan pendapat bukannya perihal berbentuk ensiklopedia. |
Malaysia |
Filipina |
|---|---|
Hubungan Malaysia–Filipina merujuk kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. Kedua-dua negara merupakan jiran serantau di Asia Tenggara dan berkongsi ikatan sejarah serta budaya yang panjang. Hubungan ini merangkumi kerjasama yang erat dalam banyak bidang, tetapi juga telah dicabar oleh isu-isu tertentu, terutamanya tuntutan Filipina ke atas negeri Sabah.
Filipina mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan di Manila serta sebuah konsulat di Davao.


Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah
Kawasan timur Sabah pada awalnya merupakan hak Kesultanan Sulu yang berpusat di Filipina Selatan setelah diberikan oleh Kesultanan Brunei.
Perjuangan pemisah Mindanao
Mindanao, pulau utama di selatan Filipina, mempunyai latar belakang sosio-politik dan demografi yang berbeza berbanding wilayah utara seperti Luzon. Sejarah wilayah ini merangkumi kesultanan Islam yang wujud sebelum kedatangan penjajah Sepanyol.
Konflik di Mindanao berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk:
- Perbezaan sejarah dan budaya antara kumpulan etnik Moro yang majoriti Muslim dengan pemerintah berpusat di Manila.
- Polisi transmigrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Filipina, yang mengubah komposisi demografi wilayah selatan.
- Tuntutan autonomi/kemerdekaan oleh pelbagai kumpulan pejuang Moro.
Ramai penduduk Muslim Mindanao telah berhijrah ke Sabah, Malaysia selama beberapa dekad sebagai pelarian yang melarikan diri dari keganasan konflik. Kehadiran mereka di Sabah telah menjadi isu dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Filipina.
Dokongan negara Libya
Satu ketika pemimpin Libya di utara Afrika merasa terpanggil untuk membela penduduk minoriti Islam di seluruh dunia. Petroleum di buminya disalurkan kepada penduduk minoriti ini untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi. Tetapi pertubuhan yang menerima dana ini menggunakannya untuk membeli senjata sisa Perang Vietnam untuk tujuan perjuangan bersenjata tatkala diserbu oleh tentera kerajaan.
Tahun 1970-an menyaksikan banyak bantuan dari Libya disalurkan kepada penduduk Islam di Mindanao untuk membantu membina masjid, pendidikan, kebajikan dan lain-lain. Nur Misuari yang berpendidikan tinggi dari wilayah Mindanao mendapat kelebihan dari bantuan Muammar al-Gaddafi dari Libya ini. Sebenarnya orang Islam lebih rapat dengan Arab Saudi kerana mereka biasa mengerjakan haji dan umrah di Makkah dan Madinah.Tambahan pula kebanyakan Rakyat Sulu adalah berdarah "Sharif-sharif" yang datang dari tanah Arab. Keluarga Diraja Sulu juga adalah berdarah "Sharif" dari susur-galur Kesultanan Brunei (Sultan Sharif Ali @ Barkat Ali) dan berdarah "Said/Syed" dari susur-galur Sultan Shariful Hashim (Sultan Pertama Kesultanan Sulu). Tetapi keluarga Saud yang menguasai Arab Saudi tidak berbuat sesuatu untuk puak minoriti Islam ini.
Gencatan senjata
Perjuangan bersenjata di Mindanao tidak selari dengan matlamat Perlembagaan Filipina. Sebarang pemberian kuasa autonomi kepada Gabenor Mindanao iaitu hanya bertentangan dengan Perlembagaan Filipina.
Amerika Syarikat dan Filipina mendapat 'lesen' untuk menggerakkan tentera marin ke Mindanao terutama di Jolo. Selepas peristiwa 911, hak asasi manusia tidak lagi mendapat tempat. Sebaliknya semua puak minoriti dituduh sebagai pengganas atau menaja keganasan dan dengan itu dasar 'pre emtif' perlu dilaksanakan sebelum membarah dan menggugah dunia. Satu demi satu penculikan, pembunuhan, pelanunan muncul dan kambing hitamnya ialah kumpulan Abu Sayyaf. Siapa Abu Sayyaf ini tidak jelas kerana ia tiba-tiba muncul dan gah.
Kerajaan Filipina dapat ditanggap sebagai tidak ikhlas untuk mencari perdamaian / gencatan senjata di Mindanao. Walaupun dari segi politik Presiden Gloria Macapagal-Arroyo mahukan gencatan senjata, tetapi tentera Filipina dikerah pula ke sana. Tentera Filipina ini dikatakan melakukan latihan ketenteraan dengan tentera marin Amerika Syarikat.
Akibat gencatan senjata yang tertangguh beberapa kali berkait dengan alasan bertentangan dengan Perlembagaan Filipina. Malaysia memutuskan untuk menamatkan penyertaan tentera Malaysia dalam misi Pasukan Pemantau Antarabangsa di Selatan Filipina. [1]
Nur Misuari telah ditangkap di malaysia sebelum diserahkan kepada kerajaan Filipina. [2]. [3]
Kepulauan Spratly
Kepulauan Spratly lebih merupakan terumbu karang dan sesuai dimajukan sebagai destinasi perlancongan antarabangsa sebagaimana Seycheles, Guam dan lain-lain.
Lebih dari itu, Filipina tidak mempunyai sumber petroleum dan menjangkakan boleh digali darinya. Pelbagai negara seperti Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei menuntut kepulauan ini.
Setakat ini Malaysia memajukan pulau Layang-Layang sebagai destinasi perlancongan eksklusif. Spratly hampir sangat dengan pulau Palawan di Filipina. Malahan ekor Pulau Palawan menganjur ke pulau Spratly.
Perkara Kepulauan Spartly ini nampaknya dirumitkan oleh pelbagai pihak. Kepulauan Spartly ini berada disempadan diantara Laut Cina Selatan & Laut Sulu. Bagi rekod Sulu, Kepulauan Spartly itu adalah wilayah persinggahan Orang-orang Sulu untuk menangkap ikan memandangkan ianya sangat dekat dengan Pulau Palawan yang sememangnya Pulau Palawan adalah salah-satu pulau wilayah jajahan Kesultanan Sulu, selain Pulau Jolo, Tawi-Tawi & Basilan. Ada rekod juga mengatakan, yang pihak Jepun pernah "Menyewa" wilyah kepulauan Spartly ini dari Kesultanan Sulu. Malangnya "Surat Perjanjian" tersebut telah hilang, untuk dijadikan sebagai Bukti.
Penyelasaian tuntutan ke atas Kepulauan Spartly ini adalah diantara Kerajaan China,Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Filipina. Namun kerana tiadanya wujud kini perundingan yang berkesan, maka pihak China tidak boleh membuat kata putus dalam hal tersebut walaupun telah banyak kali membuat perundingan dengan pihak-pihak yang membuat tuntutan keatas Kepulauan Spartly tersebut.Manakala isu perhubungan Kepulauan Spartly yang kononnya dibawah milik Kesultanan Sulu adalah tidak berasas disebabkan tiada bukti yang kukuh.(hanya cerita lama yang diperolehi secara lisan dari turun temurun.)
Pulau Tawi-Tawi dan Pulau Sebatik
Pulau Tawi-Tawi pernah dituduh oleh Filipina menjadi tempat latihan tentera Malaysia pada era Macapagal menjadi Presiden Filipina. Tetapi apabila Marcos menjadi presiden, isu ini semakin tenggelam dan tuntutan Filipina ke atas Sabah semakin sejuk, tetapi tidak hilang sepenuhnya.
Pulau Sebatik memang jelas kepunyaan Malaysia. Tahun-tahun 1965, Batalion ke-5 Rejimen Askar Melayu DiRaja banyak melakukan operasi dan latihan di pulau tersebut.
Isu Pulau Sibatik menjadi 2 bahagian kerana pada masa lalu, pihak British North-Borneo Company (BNBC) yang menyewa Wilayah North-Borneo dari Sultan Sulu (Perjanjian Pajakan 1878) percaya bahawa sempadan wilayah Kesultanan Sulu yang dipajak nya itu adalah sehingga Sungai Sibuko. Manakala pihak Belanda pula percaya jajahan Kesultanan Bulungan ke atas wilayah North-Borneo menganjur sampai ke atas yang kini adalah daerah Tawau. Untuk meleraikan pertikaian tersebut buat sementara waktu, pihak ICJ di Netherland telah membuat keputusan agar wilayah yang dipertikaikan itu "Dibahagi Dua" maka itulah akhirnya Pulau Sibatik menjadi 2 Bahagian. Namun jika dirujuk wilayah North-Borneo yang telah diserahkan oleh Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu pada 1695, sememangnya seluruh wilayah ke Utara, garis lintang dari Teluk Kimanis ke Sungai Sibuko termasuk kawasan Ambalat dekat Teluk Darvel yank kini dituntut oleh pihak Indonesia & Malaysia adalah bekas tanah jajahan Kesultanan Sulu.








