Croatia |
Malaysia |
---|
Hubungan Croatia–Malaysia merujuk kepada hubungan dua hala antara Croatia dengan Malaysia. Croatia memiliki kedutaan di Kuala Lumpur,[1] dan Malaysia mempunyai kedutaan di Zagreb.[2]
Sejarah
Hubungan diplomatik antara dua negara telah diwujudkan pada 4 Mei 1992 selepas Croatia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia.[3] Malaysia membuka kedutaannya di Zagreb pada Julai 1994, dan Croatia membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada November 1995.[3][4] Malaysia turut menyumbang dalam misi pengaman semasa Perang Yugoslavia.[5]
Economic relations
Pada tahun 2008, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara hanya berjumlah $70 juta.[5] Pada masa ini, kerjasama hanya terhad kepada pertukaran sokongan pelbagai hala seperti pencalonan dalam organisasi antarabangsa, pendidikan tinggi, pelatihan dan sukan. Bekas Presiden Croatia Stjepan Mesić telah berkata bahawa beliau percaya Malaysia perlu menjadi salah satu rakan kongsi utama Croatia di Asia Tenggara, dan kerjasama antara kedua-dua negara patut berkembang ke sektor lain.[4][5] Pada 2002, satu perjanjian mengenai penghapusan cukai berganda dan pengelakan fiskal telah ditandatangani yang berkuat kuasa pada 2005.[6][7]
Rujukan
- ^ "Embassy of the Republic of Croatia in Malaysia". Ministry of Foreign and European Affairs, Croatia. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Zagreb". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ a b "Malaysia-Croatia Bilateral Relations". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ a b "MALAYSIA COMES TO ZAGREB! Week-long Malaysian Cultural Festival will give Croatians a chance to catch a glimpse of Malaysia". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2017. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ a b c "DIPLOMAT HOPEFUL OF BETTER CROATIA-MALAYSIA ECONOMIC TIES". Bernama. Yahoo! News. 11 Mei 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2014. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ "AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE GOVERNMENT OF THE REPUBLIC OF CROATIA FOR THE AVOIDANCE OF DOUBLE TAXATION AND THE PREVENTION OF FISCAL EVASION WITH RESPECT TO TAXES ON INCOME" (PDF). Inland Revenue Board of Malaysia. 18 Februari 2002. Dicapai pada 23 Mei 2014.
- ^ "Agreement between the Government of the Republic of Croatia and the Government of Malaysia for avoidance of double taxation and the prevention of fiscal evation with respect to taxes on income" (PDF). Big Haired. 18 Februari 2002. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Mei 2014. Dicapai pada 23 Mei 2014.