Meriam katak atau juga dikenali sebagai howitzer adalah sejenis artileri yang memiliki ciri-ciri seperti laras pendek dan secara relatifnya menggunakan cas letupan yang kecil bagi mendorong projektil pada lintasan yang tinggi, dengan sudut penurunan yang curam. Dalam taksonomi, artileri yang digunakan oleh tentera Eropah (dan gaya Eropah) pada kurun ke-18, 19 dan 20, meriam katak terletak di antara "senapang" (yang memiliki ciri-ciri laras yang lebih panjang, cas pendorongan yang lebih besar, kelongsong lebih kecil, halaju lebih tinggi dan trajektori yang lebih rata) dan "mortar" (yang mana mampu menembak projektil pada sudut menaik dan menurun yang lebih besar/tajam). Meriam katak seperti mana senjata artileri yang lain, biasanya dikumpulkan di dalam kumpulan yang dikenali sebagai bateri.
Etimologi
Perkataan Inggeris howitzer diambil dari perkataan Jerman Haufen (timbun-heap) sebagaimana Gewalthaufen dinamakan sebagai formasi segi empat sama lanca ("pike"). Malah dalam pertempuran Grunwald (1410), kesasterian Teuton menggunakan meriam katak[1] yang bertujuan bagi memusnahkan formasi musuh. Dalam Peperangan Hussite semasa 1420-an dan 1430-an, dan Czechs menggunakan "houfnice" laras pendek[2] meriam unuk menembak jarak dekat pada kelompok infantri Haufen ("houf" mula digunakan dalam bahasa Czech bagi perkataan orang ramai[3]), atau pada kalavari berat yang menyerang, atau bagi menjadikan kuda lari jauh.[4] Dari perkataan aufeniz disebut pada 1440 diambil dari bahasa Jerman Haussnitz dan kemudiannya Haubitze, bahasa Sweden haubits, bahasa Itali obice, bahasa Sepanyol obús, dan perkataan bahasa Belanda houwitser yang mendorong kepada perkataan Inggeris howitzer .
Sejak Perang Dunia Pertama, perkataan howitzer telah semakin digunakan bagi menggambarkan artileri yang, secara khususnya, tergolong dalam kategori meriam katak-meriam ("gun-howitzers") - laras agak panjang dan pecutan laras tinggi dengan caj tujahan berganda dan dongakan maksima tinggi. Ini adalah benar bagi pasukan bersenjata di Amerika Syarikat, di mana meriam katak-meriam telah secara rasmi dikenali sebagai "howitzers" selama lebih enam puluh tahun. Disebabkan amalan ini, perkataan "howitzer" telah digunakan dalam sesetengah tentera sebagai istilah generik bagi sebarang peralatan artileri yang direka bagi menyerang sasaran menggunakan tembakan tidak langsung. Dengan itu, artileri yang tidak mempunyai sebarang persamaan dengan meriam katak era terdahulu kini juga digelar howitzers, sungguhpun pihak British, kemungkinannya bagi memudahkan, memanggilnya sebagai cannon.
Pihak British turut mempunyai kaedah nomenclature yang mereka ambil dari abad ke sembilan belas. Meriam dikelaskan menurut berat projektil dalam paun sementara meriam katak dikelaskan menurut laras dalam inci. Sistem ini rosak pada 1930-an dengan pengenalan gun-howitzer.
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Meriam katak |
Cari Meriam katak dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Rujukan
- ^ Stephen R. Turnbull: Tannenberg 1410 Disaster for the Teutonic Knights, p. 45
- ^ Stephen Turnbull: The Hussite Wars, 1419-36 [1]
- ^ Christopher Gravett: German Medieval Armies 1300-1500 [2]
- ^ The Shorter Oxford English Dictionary, (Oxford: The Clarendon Press, 1973), I, p. 992