Hotel Ryugyong | |
---|---|
류경호텔 | |
Maklumat umum | |
Status | Hampir siap |
Jenis | Pencakar langit, hotel, pembangunan guna campur |
Gaya seni bina | Neofuturisme |
Lokasi | Pyongyang, Korea Utara |
Negara | Korea Utara |
Koordinat | 39°02′12″N 125°43′51″E / 39.03667°N 125.73083°EKoordinat: 39°02′12″N 125°43′51″E / 39.03667°N 125.73083°E |
Penyewa terkini | Global Telecom Holding (en) |
Pembinaan bermula | 1987[1] |
Upacara atas bumbung | 1992[2] |
Dianggarkan siap pada | Tidak diketahui |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | puncak menara: 330 m bumbung: 323 m |
Bumbung | 330.02 meter (1,082.7 ka)[2] |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 105[2] |
Keluasan tingkat | 360,000 m2 (3,900,000 ka2) |
Keluasan permukaan | floor area (en) : 360,000 m² |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Baikdoosan Architects & Engineers[1] |
Pemaju | Orascom Group |
Kontraktor utama | Orascom Construction Industries (en) |
sunting · sunting di Wikidata |
Hotel Ryugyong (Korea: 류경호텔, "hotel kota dedalu") ialah sebuah pencakar langit yang masih belum siap di Pyongyang, Korea Utara. Bangunan ini memiliki tinggi 330 meter, 105 buah tingkat dan berbentuk piramid. Nama bangunan ini ialah salah satu nama lama bagi Pyongyang.[3] Setakat ini, bangunan ini disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai bangunan tak berpenghuni tertinggi dunia.[4]
Pembinaan bangunan ini bermula pada 1987 tetapi berhenti pada 1992 akibat pembubaran Kesatuan Soviet serta masalah kebuluran yang melanda rakyat Korea Utara. Pembinaan bersambung pada 2008 dengan bahagian luar siap pada 2011. Pada ketika itu, bangunan ini ingin dibuka pada 2012 sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Kim Il-sung. Kini, bangunan ini masih belum disiapkan.
Pembinaan
Permulaan pembinaan
Rancangan pembinaan sebuah hotel gergasi dilaporkan sebagai tindak balas terhadap pembinaan hotel terbesar dunia pada masa itu, Hotel Westin Stanford (kini Swissôtel The Stamford) di Singapura pada 1986 oleh Kumpulan SsangYong dari Korea Selatan dan berkait dengan Perang Dingin.[5] Pembinaan bermula oleh Baikdoosan Architects & Engineers pada 1987.[6]
Pembinaan hotel dijadualkan untuk siap pada 1992 sempena ulang tahun ke-80 Kim Il-sung, tetapi masalah kaedah serta bahan pembinaan menundakan pembinaan.[7] Sekiranya siap mengikut jadual, hotel ini akan menjadi hotel tertinggi dunia serta bangunan ketujuh tertinggi dunia.[8][2]
Penghentian pembinaan
Pada 1992, kerja pembinaan terhenti akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh pembubaran Kesatuan Soviet.[9] Selama lebih sedekad, bangunan ini hanya wujud sebagai rangka konkrit tanpa tingkap yang kosong. Pihak kerajaan negara mengubah gambar-gambar rasmi dengan membuang gambar bangunan ini dalam latar belakang serta peta Pyongyang.[8][9]
Penyambungan semula
Kerja pembinaan diteruskan semula oleh syarikat Mesir, Orascom Group pada April 2008.[10] Bahagian luar bangunan dilaporkan siap pada Julai 2011.[11] Bahagian ini termasuklah tingkap luar dan antena telekomunikasi.[12] Pada September 2012, gambar-gambar bahagian dalam bangunan diterbitkan oleh Koryo Tours dengan beberapa perabot dan lekapan dapat dilihat.[13][14]
Pada 2017 dan awal 2018, pembinaan jalan raya hotel dijalankan.[15][16] Pada April 2018, sebuah paparan bendera Korea Utara LED ditambah di bahagian atas hotel.[17] Pada bulan Mei, paparan LED telah dipasang di seluruh bahagian sisi bangunan.[18]
Rujukan
- ^ a b "Orascom and DPRK to Complete Ryugyong Hotel Construction". The Institute for Far Eastern Studies. 20 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2009.
- ^ a b c d "Ryugyong Hotel". Emporis.
- ^ Funabashi, Yoichi (2007). The Peninsula Question: A Chronicle of the Second Northern Korean Nuclear Crisis. Washington, DC: Brookings Institution Press. m/s. 50. ISBN 0-8157-3010-1.
- ^ Guinness World Records. "Tallest building unoccupied". Guinness World Records. Guinness World Records. Dicapai pada 14 November 2018.
Tallest building unoccupied
- ^ Ngor, Oh Kwee (9 Jun 1990). "Western decadence hits N. Korea". Japan Economic Journal: 12.
- ^ Cramer, James P.; Jennifer Evans Yankopolus, penyunting (2006). Almanac of Architecture & Design (ed. 7th). Atlanta: Greenway Publications. m/s. 368. ISBN 0-9755654-2-7.
- ^ "North Korean hotel dubbed the 'worst building in the world' may finally be finished". The Daily Telegraph. London. 16 Oktober 2009.
- ^ a b Beckmann, Dan (23 Oktober 2006). "Pyongyang: Home to the Tallest Hotel in the World That Could, but Will Never Be". ABC News.
- ^ a b Demick, Barbara (27 September 2008). "North Korea in the midst of mysterious building boom". Los Angeles Times. Dicapai pada 14 Disember 2008.
- ^ "Korea: N Korea Resumes Construction Of Luxury Hotel". MySinchew. 25 Mei 2008.
- ^ "Photos: 'Hotel of Doom' Exterior Completed". The Huffington Post. 14 Julai 2011.
- ^ Herskovitz, Jon (17 Julai 2008). "Lifestyle: North Korea's 'Hotel of Doom' wakes from its coma". Reuters.
- ^ "North Korea's Ryugyong 'Hotel of Doom' pictures released". BBC News. 27 September 2012.
- ^ "Ryugyong Hotel Special Report!". Koryo Tours. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2014.
- ^ Sherwell, Philip (2017-08-06). "'Hotel of Doom' takes Kim's illusion-building sky high". The Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-06.
- ^ O'Carroll, Chad (26 Februari 2018). "New roads connected to Pyongyang's unfinished Ryugyong Hotel". NK News.
- ^ O'Carroll, Chad (2 April 2018). "Huge LED display added to top of Pyongyang's iconic Ryugyong Hotel: photo". NK News.
- ^ Talmadge, Eric (30 Disember 2018). "World's tallest empty hotel lit up with N. Korean propaganda". Dicapai pada 31 Oktober 2019.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Hotel Ryugyong di Wikimedia Commons