Pengeluar | Honda |
---|---|
Pengeluaran | 2002-sekarang |
Pendahulu | Honda NSR 150 |
Kelas | Motosikal sport |
Enjin | 150cc DOHC 4 injap 4 lejang sejukan air |
Kuasa | 18.98 PS @ 10,500 rpm |
Tork | 1.37 kgf-m @ 8,500 rpm |
Transmisi | 6 kelajuan |
Suspensi | Depan: Gantungan teleskopik Belakang: Lengan ayun dengan sistem monoshock |
Brek | Cakera (depan dan belakang |
Muatan bahan api | 10.0 l |
Berkaitan | Honda CBR125R |
Honda CBR150R merupakan sebuah motosikal sport 4 lejang 150cc yang merupakan sebahagian daripada keluarga Siri Honda CBR keluaran APHonda. APHonda adalah syarikat bersekutu Honda milik Thailand, ditubuhkan pada tahun 1986. Dibina sebagai pengganti kepada motosikal Honda NSR 150 2 lejang, motosikal CBR150R di sasarkan terutamanya kepada pasaran Asia Tenggara. Ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Disember 2007 dengan dua pilihan warna iaitu merah dan biru. Sebelum ini, motosikal tersebut hanya dikeluarkan untuk pasaran Thailand dan Singapura.
Honda CBR150R ini telah pun dihentikan kemasukannya ke Malaysia pada hujung tahun 2009. Walau bagaimanapun, atas permintaan yang secara tiba-tiba meningkat, Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memasarkan semula model yang sama dan ia masih belum lagi dihentikan pasarannya.
Ciri-ciri
- Enjin DOHC 4 injap 150 cc sejukan air dengan aci pengimbang.
- Transmisi manual 6 kelajuan.
- Brek cakera depan dan belakang.
- Penutup slot kekunci bagi perlindungan daripada kecurian (bermula keluaran 2007).
- Penyerap hentakan belakang monoshock.
- Sistem Bekalan Udara Sekunder (SASS) yang menyuntik udara tambahan ke sistem ekzos bagi keluaran ekzos yang lebih bersih.
- Penukar bermangkin
Papan pemuka
Motosikal ini menggunakan panel kawalan analog yang mengandungi tolok bahan api, meter laju, takometer, tolok suhu bendalir penyejuk serta lampu-lampu isyarat membelok, bim tinggi dan penanda kedudukan gear.
Pautan luar
- Honda CBR150R oleh Boon Siew Honda Diarkibkan 2008-12-20 di Wayback Machine
- Kelab Honda CBR150R di Malaysia Diarkibkan 2014-12-16 di Wayback Machine
- Naik taraf CBR-125R kepada CBR-150R Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine