Homer Jay Simpson | |
---|---|
Watak The Simpsons | |
Maklumat | |
Disuarakan oleh | Dan Castellaneta |
Jantina | Lelaki |
Pekerjaan | Inspektor Keselamatan di Loji Kuasa Nuklear Springfield, bekas pengendali loji kuasa nuklear |
Saudara-mara | Isteri: Marge Anak: Bart, Lisa dan Maggie Ibu bapa: Abraham dan Mona Adik beradik tiri: Herbert Powell dan Abbie (lihat juga: Keluarga Simpson) |
Kemunculan pertama | |
Sketsa | "Good Night" (1987) |
The Simpsons | "Simpsons Roasting on an Open Fire" (1989) |
Homer Jay Simpson (15 April 1976) adalah watak rekaan dan protagonis utama dalam siri televisyen Amerika The Simpsons sebagai ketua keluarga bagi keluarga Simpson. Ia di alih suara oleh Dan Castellaneta dan pertama kali muncul televisyen, bersama keluarganya yang lain, dalam The Tracey Ullman Show "Selamat Malam" singkat pada 19 April 1987. Homer telah dicipta dan direka oleh kartunis Matt Groening ketika dia menunggu di lobi pejabat James L. Brooks. Groening telah dipanggil bagi menjual siri ringkas berdasarkan strip komiknya Life in Hell (Hidup di Neraka) tetapi sebaliknya memutuskan untuk mencipta satu set watak baru. Dia menamakan watak tersebut sempena bapanya, Homer Groening. Selepas muncul selama tiga musim dalam The Tracey Ullman Show, keluarga Simpson akhirnya mendapat siri mereka sendiri di Fox Broadcasting Company yang mula tayang pada 17 Disember 1989.
Homer dan isterinya, Marge Simpson mempunyai tiga orang anak: Bart Simpson, Lisa Simpson, dan Maggie Simpson. Sebagai ketua keluarga, dia bekerja di Logi Nuklear Springfield sebagai operator logi kuasa. Homer merangkumi beberapa sterotaip kelas kerja Amerika Syarikat: dia merupakan seorang yang kasar, botak, obes (gemuk), canggung, pemalas, kuat minum, bingung dan bodoh; bagaimanapun, dia pada asasnya seorang yang baik dan amat taat pada keluarganya. Sungguhpun mempunyai kehidupan biasa sebagai pekerja kolar biru pinggir bandar, dia telah mengalami beberapa pengalaman yang luar biasa.
Dalam episod singkat dan lebih awal, Castellaneta membunyikan Homer dengan menyerupai Walter Matthau; bagaimanapun, semasa siri kedua dan ketiga tayangan setengah jam, suara Homer berubah menjadi lebih tegas, membolehkan ekspresi emosi yang lebih luas. Dia juga muncul dalam media lain yang berkait dengan The Simpsons – termasuk permainan video, "The Simpsons Movie", "The Simpsons Ride", perdagangan dan buku komik;– dan mengilhamkan keseluruhan barisan barang dagangan. Kata popularnya, merengus "D'oh! ", telah dimasukkan dalam Kamus Baru Oxford untuk Inggeris ("The New Oxford Dictionary of English" sejak 1998 dan Kamus Inggeris Oxford ("Oxford English Dictionary") sejak 2001.
Homer merupakan watak paling berpengaruh dalam sejarah televisyen. Akhbar British The Sunday Times menggambarkan dia sebagai "ciptaan komik teragung bagi masa moden". Dia telah dinamakan sebagai watak terbesar "bagi 20 tahun terakhir" pada 2010 oleh Entertainment Weekly, disenaraikan watak karton kedua terbesar oleh TV Guide, selepas Bugs Bunny, dan dipilih sebagai watak televisyen terbesar sepanjang masa oleh penonton Channel 4. Bagi alih suara Homer, Castellaneta telah memenangi empat Anugerah Primetime Emmy bagi Persembahan Alih Suara Terbaik ("Outstanding Voice-Over Performance") dan Anugerah Annie pencapaian khas. Pada 2000, Homer dan keluarganya dianugerahkan satu bintang di Laluan Hollywood bagi Kemashyuran ("Hollywood Walk of Fame").
Peranan dalam The Simpsons
Homer merupakan suami canggung pada Marge dan bapa kepada Bart, Lisa dan Maggie Simpson.[1] Dia adalah anak Mona Simpson dan Abraham "Grampa" Simpson. Homer bekerja lebih 188 pekerjaan berbeza dalam 400 episod pertama The Simpsons.[2] Dalam kebanyakan episod, dia bekerja sebagai Inspektor Keselamatan Nuklear di Logi Kuasa Nuklear Springfield, jawatan yang dipegangnya sejak "Homer's Odyssey", episod ketiga siri tersebut.[3] Di logi tersebut, Homer seringkali diabaikan dan dilupai sama sekali oleh ketuanya Mr. Burns, dan sering kali tertidur dan mengabaikan tugasnya. Matt Groening telah menyatakan bahawa dia memutuskan agar Homer bekerja di logi kuasa kerana potensi bagi Homer untuk mengakibatkan huru-hara.[4] Setiap kerjanya yang lain bertahan hanya satu episod. Pada pertengahan pertama siri, penulis mengembangkan penjelasan mengenai bagaimana dia dipecat dari logi dan kemudian diambil kembali pada setiap episod. Pada episod berikutnya, dia sering memulakan kerja baru secara spontan, tanya menyebut pekerjaan tetapnya.[5]
The Simpsons menggunakan garis masa terapung di mana watak-wataknya tidak pernah meningkat usia, dan, dengan itu, rancangan ini dianggap berlatar pada masa kini. Walaubagaimanapun, dalam beberapa episod, peristiwa dalam kehidupan Homer telah dikaitkan dengan tempoh masa tertentu.[1] "Mother Simpson" (The Simpsons (musim 7), 1995) menggambarkan ibu Homer, Mona, sebagai seorang radikal yang menyorok pada tahun 1969 selepas pertembungan dengan undang-undang;[6] "The Way We Was" (The Simpsons (musim 2), 1991) menunjukkan Homer jatuh cinta dengan Marge Simpson sebagai senior di Sekolah Tinggi Springfield pada tahun 1974;[7] dan "I Married Marge" (The Simpsons (musim 3), 1991) membayangkan bahawa Marge mengandungkan Bart pada tahun 1980.[8] Bagaimanapun, episod "That '90s Show" (The Simpsons (musim 19), 2008) bersalahan dengan kebanyakan kisah terdahulu ini, menggambarkan Homer dan Marge sebagai pasangan tanpa anak pada awal 1990-an.[9]
Usia Homer berubah ketika sirinya berkembang; dia berusia 36 pada episod awal,[10] 38 dan 39 dalam The Simpsons (musim 8),[11] dan 40 dalam The Simpsons (musim 18),[12] sungguhpun malah ketika episod awal musim tersebut usianya berubah-ubah.[1] Semasa tempoh Bill Oakley dan Josh Weinstein sebagai pengendali rancangan ("showrunner"), mereka mendapati bahawa ketika mereka berusia, Homer juga kelihatannya bertambah usia, dengan itu mereka meningkatkan usianya pada 38. Ketinggiannya adalah 5'9" (1.75 m).[13]
Watak
Ciptaan
Menamakan watak sempena ahli keluarganya, Homer dinamakan sempena bapa Groening, Homer Groening, yang dia sendiri dinamakan sempena pujangga Yunani Homer.[14][15][16] Tiada apa yang lain mengenai ciri Homer berdasarkannya, dan bagi membuktikan bahawa erti disebalik nama Homer tidak penting, Groening kemudian menamakan anaknya sendiri sebagai Homer.[17][18] Menurut Groening, "Homer bermula dengan matlamat saya untuk melawak bapa saya sebenar dan mengganggunya sedikit. Bapa saya merupakan seorang atletik, kreatif, pembuat filem dan penulis pintar, dan satu-satunya perkara yang dia berkongsi dengan Homer adalah sukakan donut."[19] Sungguhpun Groening telah menyatakan dalam beberapa wawancara bahawa Homer dinamakan sempena bapanya, dia turut mendakwa bahawa dalam beberapa wawancara 1990 bahawa watak dalam novel Nathanael West 1939 The Day of the Locust merupakan inspirasi bagi menamakan Homer.[1][20][21] Singkatan nama tengah Homer "J", yang mewakili "Jay",[22] merupakan penghargaan bagi watak animasi seperti Bullwinkle J. Moose dan Rocket J. Squirrel ("Rocky the Flying Squirrel") dari The Rocky and Bullwinkle Show, yang mendapat singkatan nama tengah mereka dari Jay Ward.[23][24]
Homer membuat penampilan pertamanya bersama keluarga Simpson yang lain pada 19 April 1987, dalam The Tracey Ullman Show singkat "Good Night".[25] Pada tahun 1989, segmen singkat itu disesuaikan menjadi The Simpsons, siri setengah jam yang disiarkan di Fox Broadcasting Company. Homer dan keluarga Simpson kekal sebagai watak utama dalam rancangan baru ini.[26]
Rekabentuk
Keseluruhan keluarga Simpson direka agar mereka boleh dikenali melalui bayangan luar.[27] Keluarga tersebut dilakar kasar kerana Groening menghantar lakaran asas pada animator, mengganggap mereka akan membersihkannya; sebaliknya, mereka sekadar melekap lukisannya.[14] Ciri-ciri fizikal Homer biasanya tidak digunakan pada watak yang lain; contohnya, dalam musim berikutnya, tiada watak selain Homer, Grampa Simpson, Lenny, dan "Krusty the Clown" memiliki garis janggut yang serupa.[28] Apabila Groening mereka Homer pada asalnya, dia meletakkan singkatannya pada garis rambut dan telinga watak: garis rambut menyerupai 'M', dan telinga kanan menyerupai 'G'. Groening memutuskan bahawa ia terlalu mengganggu dan mengubah bentuk telinga untuk kelihatan normal. Bagaimanapun, dia masih melukis telinga sebagai 'G' apabila dia melukis gambar Homer bagi peminat.[29] Bentuk asas kepala Homer digambarkan oleh pengarah Mark Kirkland sebagai tin kopi berbentuk tiub dengan mangkuk salad di atas. Kepala Bart juga berbentuk tin kopi, sementara bentuk sfera digunakan bagi Marge, Lisa, dan Maggie.[30] Semasa segmen pendek, para animator menguji dengan cara Homer menggerakkan mulutnya apabila bercakap. Pada satu masa, mulutnya menganjur kebelakang "melampau garis janggutnya"; tetapi ini ditinggalkan apabila ia menjadi "luar kawal."[31] Dalam beberapa episod awal, rambut Homer melengkung berbanding tajam kerana pengarah animasi Wes Archer merasakan ia kelihatan tidak terurus. Rambut Homer berubah untuk menjadi sentiasa tajam.[32] Semasa tiga musim pertama, rekabentuk Homer bagi penggambaran sudut dekat termasuk garis kecil yang sepatutnya melambangkan garis kening. Matt Groening amat tidak menyukainya dan ia akhirnya ditinggalkan.[32]
Dalam musim ke tujuh (1995) episod "Treehouse of Horror VI", Homer telah dianimasi komputer menjadi watak tiga dimensi buat kali pertama bagi segmen "Homer3" episod tersebut. Pengarah animasi komputer di Pacific Data Images bekerja keras untuk tidak "mengubah watak".[33] Dalam minit terakhir segmen tersebut, Homer 3D berakhir di dunia sebenar, aksi sebenar Los Angeles. Babab ini diarah oleh David Mirkin dan pertama kali satu watak Simpsons berada di dunia sebenar dalam siri tersebut.[33] Disebabkan "Perkahwinan Lisa" (The Simpsons (musim 6), 1995) diletak lima belas tahun di masa hadapan, reka bentuk Homer diubah untuk menjadikannya lebih tua dalam episod itu. Dia lebih gempal; datu dari rambut di atas kepalanya dibuang; dan satu garis tambahan diletakkan di bawah matanya. Reka bentuk yang sama telah digunakan dalam flashforward berikutnya.[34]
Suara
Suara Homer dilakukan oleh Dan Castellaneta, yang menyuarakan sejumlah watak yang lain, termasuk Grampa Simpson, Krusty Si Badut, Barney Gumble, Groundskeeper Willie, Mayor Quimby dan Hans Moleman. Castellaneta telah menjadi sebahagian dari pelakon biasa dalam The Tracey Ullman Show dan sebelumnya melakukan kerja alih suara di Chicago disamping isterinya Deb Lacusta. Suara diperlukan bagi The Simpsons shorts, dengan itu penerbit memutuskan untuk meminta Castellaneta dan Julie Kavner, ahli pelakon lain, untuk meminjam suara pada Homer dan Marge dan bukannya menggajikan lebih ramai pelakon.[35][36] Dalam segmen singkat dan beberapa musim pertama pertama bagi siaran setengah jam, suara Homer berbeza dari kebanyakan dalam siri. Suara itu bermula sebagai tiruan longgar gaya Walter Matthau, tetapi Castellaneta tidak dapat "memberikan cukup kuasa disebalik suara",[36] atau mengekalkan ikutan Matthau bagi sembilan-hingga-sepuluh jam sesi rakaman, dan akhirnya perlu mencari sesuatu yang lebih mudah.[2] Semasa musim kedua dan ketiga siaran setengah jam berikutnya, Castellaneta "merendahkan suara"[35] dan mengembangkan ia sebagai lebih terbuka dan kelakar, memberikan Homer julat emosi yang lebih meluas.[37]
Suara pertuturan Castellaneta biasa tidak menyerupai suara Homer.[38] Bagi membunyikan suara Homer, Castellaneta merendahkan dagunya pada dadanya[36] and is said to "let his I.Q. go".[39] Ketika dalam kedudukan sebegini, dia menambah ("ad-libbed") beberapa ulasan kurang pintar Homer,[39] seperti ayat "Saya cukup pintar ("smart"), s-m-r-t" dari "Homer Goes to College" (The Simpsons (musim 5), 1993) yang merupakan kesilapan sebenar yang dilakukan oleh Castellaneta semasa rakaman.[40] Castellaneta gemar kekal dalam watak sepanjang sesi rakaman,[41] dan dia cuba membayangkan adegan agar dia dapat memberikan suara sempurna padanya.[42] Disebalik kemashyuran Homer, Castellaneta mendakwa bahawa dia tidak dikenali di khalayak awam, "kecuali, barangkali, oleh peminat tegar".[41]
"Homer's Barbershop Quartet" (The Simpsons (musim 5), 1993) merupakan satu-satunya episod di mana suara Homer diberikan oleh orang lain selain Castellaneta. Episod ini menjadikan Homer membentuk quartet kedai gunting yang bergelar "The Be Sharps"; dan, pada satu ketika, suara nyanyiannya diberikan oleh ahli The Dapper Dans.[43] The Dapper Dans telah merakamkan bahagian nyanyian bagi kesemua empat ahli The Be Sharps. Nyanyian mereka dicampur dengan suara biasa pelakon, sering kali suara pelakon biasa menyanyikan melodi dan Dapper Dans sebagai latar.[44]
Sehingga 1998, Castellaneta dibayar $30,000 setiap episod. Semasa pertikaian bayaran pada 1998, Fox mengancam untuk menggantikan enam pelakon suara utama dengan pelakon baru, pergi sejauh bersedia untuk menguji suara baru.[45] Bagaimanapun pertikaian dapat diselesaikan dan dia menerima $125,000 setiap episod sehingga 2004 apabila pelakon suara menuntut mereka dibayar $360,000 setiap episod.[45] Issue tersebut diselesaikan sebulan berikutnya,[46] dan Castellaneta mendapat $250,000 setiap episod.[47] Selepas perundingan gaji pada tahun 2008, pelakon suara menerima sekitar $400,000 setiap episod.[48] Tiga tahun berikutnya, dengan Fox mengancam untuk membatalkan siri tersebut kecuali kos prngeluaran dikurangkan, Castellaneta dan ahli pelakon lain menerima 30 peratus potongan gaji, bawah sehingga atas sedikit dari $300,000 setiap episod.[49]
Perkembangan watak
Pengeluar esekutif producer Al Jean mengulas bahawa dalam bilik mengarang The Simpsons, "semua orang suka menulis mengenai Homer", dan kebanyakan pengembaraannya adalah berdasarkan pengalaman penulis.[50] Pada musim awal kisah tersebut, Bart merupakan tumpuan utama. Tetapi, sekitar The Simpsons (musim 4), tumpuan semakin kearah Homer. Menurut Matt Groening, ini disebabkan "dengan Homer, kisah lucu lebih meluas yang anda boleh buat. Dan terdapat akibat yang lebih drastik akibat kebebalan Homer. Anda hanya dapat pergi begitu jauh dengan seorang remaja nakal. Kami mahu Bart melakukan apa sahaja sehingga pada tahap di dibicarakan di mahkamah sebagai orang dewasa. Tetapi Homer merupakan seorang dewasa, dan kebebalannya adalah lebih lucu. [...] Homer terus melakukan apa sahaja pada setiap idea yang terlintas dalam fikirannya."[19]
Tingkah-laku Homer berubah beebrapa kali sepanjang siri tersebut disiarkan. Dia pada asalnya "amat marah" dan suka menindas Bart, tetapi ciri ini berkurangan sedikit ketika sifatnya berkembang lebih lanjut.[51] Pada musim awal, Homer kelihatannya bimbang keluarganya akan menjadikan dia kelihatan buruk; bagaimanapun, dalam episod berikutnya, dia lebih kurang bimbang mengenai bagaimana dia dipandang oleh orang lain.[52] Pada beberapa tahun pertama, Homer sering kali dipaparkan sebagai baik dan ikhlas, tetapi semasa tempoh Mike Scully sebagai pengeluar esekutif (The Simpsons (musim 9), 1997 hingga The Simpsons (musim 12), 2001), dia menjadi lebih "kasar, pentingkan diri".[53] Chris Suellentrop dari majalah Slate]] menulis, "di bawah tempoh Scully, The Simpsons menjadi, apa, satu kartun. [...] Episod yang dahulunya akan berakhir dengan Homer dan Marge menunggang basikal ke matahari terbenam [...] kini berakhir dengan Homer menyumpit sumpitan penenang [ada leher Marge."[54] Peminat telah menggelar kelahiran semula watak ini sebagai "Homer Si Keldai".[55][56][57] Semasa sesi rakaman suara, Dan Castellaneta telah menolak bahan yang ditulis dalam skrip yang menunjukkan Homer sebagai bersifat terlalu kejam. Dia percaya bahawa Homer adalah "kasar dan tidak sensitif, tetapi dia tidak bermaksud kejam secara sengaja."[58] Ketika menyunting The Simpsons Movie, beberapa babad diubah atau dilembutkan untuk menjadikan Homer lebih bersimpati.[59]
Para penulis telah menjadikan kepintaran Homer kelihatan berkurangan melalui masa beberapa tahun; mereka menjelaskan bahawa ini tidak dilakukan dengan sengaja, tetapi diperlukan bagi mengatasi kelakar sebelumnya.[60] Sebagai contoh, dalam "When You Dish Upon a Star", (The Simpsons (musim 10), 1998) para penulis memasukan adegan di mana Homer mengakui bahawa dia buta huruf. Para penulis berdebat sama ada untuk memasukkan belitan plot ini kerana ia akan bercanggah dengan adigan sebelumnya di mana Homer membaca, tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk mengekalkan olokan ini kerana mereka mendapati ianya kelakar. Para penulis sering berdebat sejauh mana mereka akan pergi untuk menggambarkan kedunguan Homer; satu peraturan yang dicadangkan adalah "dia tidak boleh melupakan namanya sendiri".[61]
Analisa
Homer merupakan "semua orang" dan mewakili beberapa stereotaip Warga Amerika yang berkerja kasar kolar biru: dia kasar, lebih berat, tidak cekap, dungu, kekok dan hampir sebagai kaki botol.[1] Matt Groening menggambarkannya sebagai "dikawal sepenuhnya oleh apa yang terlintas difikirannya".[62] Dan Castellaneta menggelarkannya sebagai "seekor anjing yang terperangkap dalam tubuh manusia", menambah, "Dia sangat taat – tidak begitu bersih – tetapi anda pasti sayangkannya."[36] Dalam bukunya Planet Simpson, pengarang Chris Turner menggambarkan Homer sebagai "paling Amerika bagi Simpsons" dan percaya bahawa ketika ahli keluarga Simpson lain dapat ditukar kepada kewarganegaraan lain, Homer merupakan "warga Amerika tulin".[63] Dalam buku God in the Details: American Religion in Popular Culture, pengarang mengulas bahawa "Kemajuan Homer (atau ketiadaannya) mendedahkan watak yang dapat melakukan perkara betul, samaada secara tidak sengaja atau dengan berat hati."[64] Buku The Simpsons and Philosophy: The D'oh! of Homer termasuk satu bab yang menganalisa watak Homer dari sudut pandangan etik maya Aristotelianism. Raja Halwani menulis bahawa "kecintaan kehidupan" Homer merupakan trait watak yang disanjung, "kerana ramai orang terdorong untuk melihat Homer sekadar sebagai bebal dan tidak bermoral. [...] Dia tidak berpolitik ("politically correct"), dia lebih gembira menilai orang lain, dan dia jelas tidak kelihatan taksub dengan kesihatannya. Kualiti ini mungkin tidak menjadikan Homer orang yang dikagumi, tetapi ia menjadikannya dikagumi dalam cara lain, dan, menjadikan kira inginkannya dan Homer Simpsons bagi dunia ini."[65] Pada tahun 2008, Entertainment Weekly membenarkan menamakan The Simpsons sebagai klasik televisen dengan menyatakan, "kita semua meraikan Homer ketua keluarga Simpson kerana kegembiraanya adalah sejelas sebagai mana kebebalannya mengejutkan".[66]
Dalam The Simpsons (musim 8) episod "Homer's Enemy" penulis memuuskan untuk memeriksa "bagaimana rasanya untuk sebenarnya bekerja disamping Homer Simpson".[67] Episod ini menjelajah kemungkinan watak realistik dengan etik kerja yang kuat bernama Frank Grimes diletakkan disamping Homer dalam persekitaran pekerjaan. Dalam episod ini, Homer digambarkan sebagai orang kebiasaan dan mewakili semangat Amerika; bagaimanapun, dalam sesetengah adigan ciri-ciri negetifnya dan kedunguannya jelas ditonjolkan.[68][69] Pada penghujung episod, Grimes, kuat bekerja dan tekun "hero Amerika sebenar", menjadi penjahat; penonton bertujuan menjadi gembira bahawa Homer muncul sebagai pemenang.[68]
Dalam Gilligan Unbound, pengarang Paul Arthur Cantor menyatakan bahawa dia percaya perhatian Homer pada keluarganya telah menambah pada kepopulaan watak tersebut. Dia menulis , "Homer merupakan pati sifat seorang ayah sebenar. [...] inilah mengapa, disebalik kebodohannya, sifat bigot dan kualiti pentingkan diri sendirinya, kita tidak dapat membenci Homer. Dia berterusan gagal menjadi seorang bapa yang baik, tetapi dia tidak pernah berhenti mencuba, dan dalam satu segi asas dan penting yang menjadikannya sebagai seorang bapa yang baik."[70] The Sunday Times mengulas "Homer adalah seorang yang baik kerana, melebihi yang lain, dia berkeupayaan untuk menyayangi sepenuhnya. Apabila diperlukan, dia sentiasa melakukan perkara yang betul bagi anak-anaknya-dia tidak bernah curang disebalik beberapa peluang."[58]
Pengaruh budaya
Homer Simpson merupakan watak televisyen yang paling berpengaruh dan popular dalam pelbagai standard. USA Today memetik watak ini sebagai satu dari "25 orang paling berpengaruh teratas bagi 25 tahun kebelakangan ini" pada 2007, menambah bahawa Homer "melambangkan ironi dan tidak berkait pada teras humor penduduk Amerika."[71] Robert Thompson, pengarah Pusat bagi Kajian Televisyen Universiti Syracuse percaya bahawa tiga kurun dari sekarang, profesor Inggeris akan menganggap Homer Simpson sebagai salah satu ciptaan teragung dalam penceritaan manusia."[72] Sejarahwan animasi Jerry Beck menggambarkan Homer sebagai salah satu watak animasi terbaik, berkata, "anda kenal seseorang yang sukakannya, atau anda mengait diri dengannya. Ia merupakan kunci bagi watak klasik."[73] Homer telah digambarkan oleh The Sunday Times sebagai ciptaan komik terbesar bagi masa moden". Rencana mengulas, "setiap usia memerlukan kegagalan besar yang memujuk, ia boleh disayangi, bebas kepura-puraan keserdahanaan. Dan kita melihat diri kita dalam Homer Simpson."[58]
Homer telah dipetik sebagai memiliki pengaruh buruk pada kanak-kanak; sebagai contoh, pada 2005 satu kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati 59% ibu-bapa merasakan bahawa Homer menggalakkan gaya hidup kurang sihat.[74] Satu kajian lima tahun merangkumi lebih 2,000 orang usia pertengahan di Perancis mendapati kemungkinan terdapat kaitan antara berat dan fungsi otak, jumpaan yang kemudiannya digelar "Sindrom Homer Simpson".[75] Keputusan dari satu ujian ingat perkataan menunjukkan bahawa orang dengan index berat badan (BMI) bagi 20 (dianggap tahap sihat) mengingati purata sembilan dari 16 perkataan. Sementara, orang dengan BMI 30 (dalam julat obes) mengingati purata hanya tujuh perkataan dari 16 perkataan.[75]
Sungguhpun Homer mewakili budaya rakyat Amerika, pengaruhnya telah tersebar kebahagian lain dunia. Pada 2003, Matt Groening mendedahkan bahawa bapanya, yang Homer dinamakan sempenanya, merupakan rakyat Kanada, dan berkata bahawa ini menjadikan Homer sendiri sebagai seorang rakyat Kanada.[76] Watak ini kemudiannya dijadikan rakyat kehormat ("honorary citizen]") bagi Winnipeg, Manitoba, Kanada, kerana Homer Groening dipercayai sebagai berasal dari sana, sungguhpun terdapat sumber yang menyatakan bahawa Groening senior sebenarnya dilahirkan di province Saskatchewan.[77] Pada tahun 2007, satu imej Homer dilukis disebelah Gergasi Cerne Abbas di Dorset, England sebagai sebahagian dari promosi bagi The Simpsons Movie. Ini menimbulkan kemarahan dikalangan neopagans yang melakukan upacara "hujan anjaip" bagi menjadikannya dihanyut pergi.[78] Pada tahun 2008, siling euro Sepanyol didijumpai di Avilés, Sepanyol dengan muka Homer menggantikan efigi (gambar) Raja Juan Carlos I dari Sepanyol.[79]
Rujukan
- ^ a b c d e Turner 2004, m/s. 78–79.
- ^ a b Carroll, Larry (2007-07-26). "'Simpsons' Trivia, From Swearing Lisa To 'Burns-Sexual' Smithers". MTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-20. Dicapai pada 2008-09-21. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Angus, Kat; David Weis (2007-07-26). "Homer Simpson's Top Ten Jobs". Canwest News Service, Montreal Gazette. Dicapai pada 2008-06-13. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Groening, Matt. (2001). Commentary for "Simpsons Roasting on an Open Fire", in The Simpsons: The Complete First Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Al Jean (2008). The Simpsons: The Complete Eleventh Season (DVD). 20th Century Fox.
- ^ Richard Appel; David Silverman (1995-11-19). "Mother Simpson". The Simpsons. Musim 07. Episod 08. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Al Jean; Mike Reiss; Sam Simon; Silverman, David (1991-01-31). "The Way We Was". The Simpsons. Musim 02. Episod 12. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Jeff Martin; Jeffrey Lynch (1991-12-26). "I Married Marge". The Simpsons. Musim 03. Episod 12. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Matt Selman; Mark Kirkland (2008-01-27). "That '90s Show". The Simpsons. Musim 19. Episod 11. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Martin, Jeff; Kirkland, Mark (1992-10-15). "Lisa the Beauty Queen". The Simpsons. Musim 04. Episod 04. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Jonathan Collier; Kirkland, Mark (1996-11-10). "The Homer They Fall". The Simpsons. Musim 08. Episod 03. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Matt Warburton; Chuck Sheetz (2007-02-18). "Springfield Up". The Simpsons. Musim 18. Episod 13. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ Bill Oakley. (2005). Commentary for "Grampa vs. Sexual Inadequacy", dalam The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b BBC (2000). 'The Simpsons': America's First Family (six minute edit for the season 1 DVD) (DVD). UK: 20th Century Fox.
- ^ Sadownick, Doug (1991-02-26). "Matt Groening". Advocate, Issue 571. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ De La Roca, Claudia (May 2012). "Matt Groening Reveals the Location of the Real Springfield". Smithsonian. Dicapai pada 2013-11-27.
- ^ Rose, Joseph (2007-08-03). "The real people behind Homer Simpson and family". The Oregonian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-03. Dicapai pada 2013-04-15. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Kolbert, Elizabeth (1993-02-25). "Matt Groening; The Fun of Being Bart's Real Dad". New York Times. Dicapai pada 2008-09-03.
- ^ a b Snierson, Dan (2010-06-09). "'The Simpsons': Matt Groening and Dan Castellaneta on EW's Greatest Character, Homer Simpson". Entertainment Weekly. Dicapai pada 2010-09-07.
- ^ Rense, Rip (1990-04-13). "Laughing With 'The Simpsons' – The animated TV series shows us what's so funny about trying to be normal". St. Louis Post-Dispatch. Entertainment News Service.
- ^ Andrews, Paul (1990-10-16). "Groening's Bart Simpson an animated alter ego". South Florida Sun-Sentinel. Seattle Times.
- ^ Cary, Donick; Kirkland, Mark; Nastuk, Matthew (1998-11-15). "D'oh-in in the Wind". The Simpsons. Musim 10. Episod 06. Fox. Unknown parameter
|episodelink=
ignored (bantuan) - ^ "J is for Jay". BBC. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ Groening, Matt. (2007). Commentary for "D'oh-in in the Wind", in The Simpsons: The Complete Tenth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Richmond & Coffman 1997, m/s. 14.
- ^ Kuipers, Dean (2004-04-15). "'3rd Degree: Harry Shearer'". Los Angeles: City Beat. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2008. Dicapai pada 2008-09-21. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan) - ^ Groening, Matt. (2005). Commentary for "Fear of Flying", in The Simpsons: The Complete Sixth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Groening, Matt; Reiss, Mike; Kirkland, Mark. (2002). Commentary for "Principal Charming", in The Simpsons: The Complete Second Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Matt Groening (2001). Simpsons Comics Royale. HarperCollins. m/s. 90. ISBN 0-00-711854-6.
- ^ Archer, Wes; Groening, Matt; Kirkland, Mark. (2005). "A Bit From the Animators", illustrated commentary for "Summer of 4 Ft. 2", in The Simpsons: The Complete Seventh Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Silverman, David; Archer, Wes. (2004). Illustrated commentary for "Treehouse of Horror IV", in The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b Groening, Matt; Isaacs, David; Levine, Ken; Reiss, Mike; Kirkland, Mark. (2002). Commentary for "Dancin' Homer", in The Simpsons: The Complete Second Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b Oakley, Bill; Weinstein, Josh; Johnson, Tim; Silverman, David; Mirkin, David; Cohen, David X. "Homer in the Third Dimpension" (2005), in The Simpsons: The Complete Seventh Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Mirkin, David. (2005). Commentary for "Lisa's Wedding", in The Simpsons: The Complete Sixth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b c Elber, Lynn (2007-08-18). "D'oh!: The Voice of Homer Is Deceivingly Deadpan". Fox News Channel. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ a b c d Lee, Luaine (2003-02-27). "D'oh, you're the voice". Melbourne: The Age. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ Brownfield, Paul (1999-07-06). "He's Homer, but This Odyssey Is His Own". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2008. Dicapai pada 2008-09-08. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Harden, Mark (2000-02-09). "'Simpsons' voice Dan Castellaneta has some surprises for Aspen fest". The Denver Post. Diarkibkan daripada yang asal pada July 10, 2009. Dicapai pada 2008-09-08. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b David Mirkin. (2004). Commentary for "Bart's Inner Child", dalam The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Castellaneta, Dan. (2004). Commentary for "Bart's Inner Child", in The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b Morrow, Terry (2007-06-23). "Voice of Homer Simpson leads his own, simple life". The Albuquerque Tribune. Scripps Howard News Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-12. Dicapai pada 2008-09-05. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Castellaneta, Dan. (2005). Commentary for "Homer the Great", in The Simpsons: The Complete Sixth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Richmond & Coffman 1997, m/s. 120.
- ^ Jeff Martin. (2004). Commentary for "Homer's Barbershop Quartet", in The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ a b Glaister, Dan (2004-04-03). "Simpsons actors demand bigger share". Melbourne: The Age. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ "'Simpsons' Cast Goes Back To Work". CBS News. 2004-05-01. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ Sheridan, Peter (2004-05-06). "Meet the Simpsons". The Daily Telegraph (Australia). Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Simpsons cast sign new pay deal". BBC News. 2008-06-03. Dicapai pada 2008-09-08.
- ^ Block, Alex Ben (October 7, 2011). "'The Simpsons' Renewed for Two More Seasons". The Hollywood Reporter. Dicapai pada October 15, 2011.
- ^ Tanz, Jason (2003-02-13). "The Simpsons Rakes in the D'oh!". CNN. Dicapai pada 2008-09-10.
- ^ Groening, Matt. (2004). Commentary for "Marge on the Lam", in The Simpsons: The Complete Fifth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Reiss, Mike. (2001). Commentary for "There's No Disgrace Like Home", in The Simpsons: The Complete First Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Bonné, Jon (2000-10-02). "'The Simpsons' has lost its cool". MSNBC. Dicapai pada 2008-09-05.
- ^ Suellentrop, Chris (2003-02-12). "The Simpsons: Who turned America's Best TV Show into a Cartoon?". Slate magazine. Dicapai pada 2008-09-27. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Ritchey, Alicia (2006-03-28). "Matt Groening, did you brain your damage?". The Lantern. Dicapai pada 2008-03-13.
- ^ Bonné, Jon (2003-11-07). "The Simpsons,' back from the pit". MSNBC. Dicapai pada 2008-09-05.
- ^ Selley, Chris; Ursi, Marco; Weinman, Jaime J. (2007-07-26). "The life and times of Homer J.(Vol. IV)". Maclean's. Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2009. Dicapai pada 2008-09-05. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c McIntosh, Lindsay (2007-07-08). "There's nobody like him ... except you, me, everyone". London: The Sunday Times. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ Brooks, James L.; Groening, Matt; Jean, Al; Scully, Mike; Silverman, David; Castellaneta, Dan; Smith, Yeardley. (2007). Commentary for The Simpsons Movie [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Groening, Matt; Bill Oakley, Josh Weinstein, Jon Vitti, George Meyer. (2006). Commentary for "The Simpsons 138th Episode Spectacular", in The Simpsons: The Complete Seventh Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Scully, Mike; Hauge, Ron; Selman, Matt; Appel, Rich; Michels, Pete. (2007). Commentary for "When You Dish Upon a Star", in The Simpsons: The Complete Tenth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ "Person of the Week: Matt Groening". ABC News. 2007-07-27. Dicapai pada 2008-09-03.
- ^ Turner 2004, m/s. 80.
- ^ Mazur, Eric Michael; Kate McCarthy (2001). God in the Details: American Religion in Popular Culture. Routledge. m/s. 243. ISBN 0-415-92564-9.
- ^ Halwani, pp. 22–23
- ^ Armstrong, Jennifer; Pastorek, Whitney; Snierson, Dan; Stack, Tim; Wheat, Alynda (2008). "100 New TV Classics". Entertainment Weekly. Dicapai pada 2008-09-14.
- ^ Snierson, Dan (2000-01-14). "Springfield of Dreams". Entertainment Weekly. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ a b Turner 2004, m/s. 99–106.
- ^ Weinstein, Josh. (2006). Commentary for "Homer's Enemy", in The Simpsons: The Complete Eighth Season [DVD]. 20th Century Fox.
- ^ Cantor, Paul Arthur (2001). Gilligan Unbound: Pop Culture in the Age of Globalization. Rowman & Littlefield. m/s. 74–76. ISBN 0-7425-0779-3.
- ^ Page, Susan (2007-09-03). "Most influential people". USA Today. Dicapai pada 2008-09-23.
- ^ Baker, Bob (2003-02-16). "The real first family". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-05. Dicapai pada 2008-09-04. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBugs
- ^ "The influence Homer Simpson has on children". Daily Mail. London. 2005-08-13. Dicapai pada 2008-09-23.
- ^ a b "Obese people lose IQ through 'Homer Simpson effect'". ThisisLondon. London Evening Standard. 2006-10-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-21. Dicapai pada 2007-08-15. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Don't have a cow! Homer Simpson is Canadian, creator says". Yahoo!. 2003-07-18. Diarkibkan daripada yang asal (News article) pada 2002-10-05. Dicapai pada 2013-03-04.
- ^ "Homer Simpson to become an honourary [sic] Winnipegger". CBC. 2003-05-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-10. Dicapai pada 2008-01-19.
- ^ "Wish for rain to wash away Homer". BBC News. 2007-07-16. Dicapai pada 2008-09-21.
- ^ "Spanish Sweetshop Owner Finds Homer Simpson Euro". Fox News. 2008-08-10. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2008. Dicapai pada 2008-09-03. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Bibliografi
- Groening, Matt (1997). Richmond, Ray; Coffman, Antonia (penyunting). The Simpsons: A Complete Guide to Our Favorite Family (ed. 1st). New York: HarperPerennial. ISBN 978-0-06-095252-5. LCCN 98141857. OCLC 37796735. OL 433519M.
- Halwani, Raja (1999). "Homer and Aristotle". Dalam Irwin, William; Conrad, Mark T.; Skoble, Aeon (penyunting). The Simpsons and Philosophy: The D'oh! of Homer. Chicago: Open Court Publishing Company. ISBN 0-8126-9433-3.
- Turner, Chris (2004). Planet Simpson: How a Cartoon Masterpiece Documented an Era and Defined a Generation. Foreword by Douglas Coupland. (ed. 1st). Toronto: Random House Canada. ISBN 978-0-679-31318-2. OCLC 55682258.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
- Alberti, John (ed.) (2003). Leaving Springfield: The Simpsons and the Possibility of Oppositional Culture. Wayne State University Press. ISBN 0-8143-2849-0.CS1 maint: extra text: authors list (link)
- Brown, Alan; Chris Logan (2006). The Psychology of The Simpsons. BenBella Books. ISBN 1-932100-70-9.
- Groening, Matt (2005). The Homer Book. HarperCollins. ISBN 0-06-111661-0.
- Groening, Matt (1991). The Simpsons Uncensored Family Album. HarperCollins. ISBN 0-06-096582-7.
- Pinsky, Mark I (2004). The Gospel According to The Simpsons: The Spiritual Life of the World's Most Animated Family. Louisville, Kentucky: Westminster John Knox Press. ISBN 0-664-22419-9.
Pautan luar
Cari d'oh dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Kategori berkenaan Homer Simpson di Wikimedia Commons
- Templat:IMDb character