Hirah (Arab: الحيرة ) merupakan sebuah bandar purba yang terletak di bahagian barat Sungai Furat di Iraq. Ia merupakan bandar yang penting dalam sejarah Arab sebelum Islam.
Kerana tempatnya yang berdekatan dengan Sungai Furat, sebuah kerajaan campuran ditubuhkan iaitu kerajaan Lakhmid yang merupakan wakil bagi Empayar Parsi Sasan.