Rabun dekat atau hiperopia ialah kesukaran melihat objek dalam jarak dekat secara jelas.
Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.
Sebab
Rabun dekat disebabkan oleh imej ditumpukan di belakang retina, bukan di atasnya. Ia boleh disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu yang terlalu lemah.
Rabun dekat selalunya wujud sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.