Hikayat Seri Kelantan merupakan manuskrip tulisan Melayu mengenai sejarah pemerintahan negeri Kelantan. Naskhah ini dipercayai ditulis pada 5 Februari 1914 (9 Rabiulawal 1332H). Penulis asal naskhah ini tidak diketahui.
Satu salinan fotokopi naskhah "Hikayat Seri Kelantan", terdapat di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada 1914 manuskrip yang dihimpun dari dua sumber lebih awal, sumber yang paling tua bertarikh dari tahun 1783. Manuskrip asal dipegang oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, yang diwarisi dari bapanya, Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.
Manuskrip rujukan yang bercetak ini memiliki 28,612 perkataan.
Terbitan semula
Ia telah diterbitkan semula oleh Mohd. Taib Osman (ed.), Hikayat Seri Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Siri Warisan Sastera Klasik. Ia berdasarkan Naskhah "Hikayat Seri Kelantan", Library of Universiti Malaya, Kuala Lumpur. [Fotokopi], yang asal dimiliki oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Kuala Lumpur diwarisi dari bapanya, Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan (pengumpul "Ringkasan Cetera Kelantan").
Pautan luar
- Hikayat Seri Kelantan, Penyelidik Mohd. Taib Osman, 1934-[pautan mati kekal]
- malay concordance project - Hikayat Seri Kelantan
- Hikayat Seri Kelantan, Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004 - 144 pages, Teks Hikayat Seri Kelantan, kesusteraan klasik dengan teks kritikan.
Senarai Kesusasteraan Melayu |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |