Hikayat Jauhar Ma’Nikam atau juga dikenali sebagai Hikayat Puteri Jauhar Manikam (HPJM) merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis pada masa dahulu sekitar. Hikayat Puteri Jauhar Manikam ini merupakan naskah Melayu lama yang bergenre hikayat, berbahasa Melayu, berhuruf Arab Melayu, dan bercorak Islam dengan unsur-unsur Parsi. Naskah ini juga terdapat dalam beberapa bahasa daerah lainnya, seperti bahasa Sunda, Jawa, Aceh, Minang, dan Bali. Pada ketika ini, terdapat dua belas buah naskah manuskrip yang tersimpan di berbagai tempat, yaitu Perpustakaan Nasional Jakarta, Indonesia, Leidsche Universiteit Bibliotheek, Leiden, Belanda, Royal Asiatic Society, London, Inggris, dan Bibliotheque Royale de Belgiqwue, Brusel, Belgia.
Daripada 12 naskah yang dikaji, didapati terdapat 4 versi dan 2 jalan cerita. Naskah versi 1 adalah M1 579 dan M1 580; naskah versi 2 adalah 6064; naskah versi 3 adalah M1 580, Cod. 1727, Cod. 3315, Cod, 3266, Cod. 1691 (1), K1 51, MS 21516, dan 58 II; naskah versi 4 adalah cod. 2199 (4). Naskah yang termasuk dalam jalan cerita 1 adalah naskah versi 1 dan 2 serta yang termasuk dalam jalan cerita 2 adalah naskah versi 3 dan 4. [1]
Terbitan semula
Hikayat Jauhar Manikam ini pernah diterbitkan semula dalam bentuk Shaer Jauhar Minikam oleh Mohammad Tajri bin Abu Yamin. Ia diterbitkan oleh Utusan Melayu, 1969.[2]
Kehilangan kesusteraan Melayu
Banyak hasil kesusteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.
Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah dibakar.
Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso de Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.
Selain itu berlaku juga kebakaran pada sebuah kapal yang bernama the Fame yang dalam pelayaran ke British. Dalam kebakaran itu turut musnah segala muatannya iaitu berbagai khazanah termasuklah perpustakaan lama Melayu yang telah di kumpulkan oleh tuan Raffles.
Menurut keterangan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam hikayatnya, nyatalah amat banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-tulisan di atas daun lontar.
Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada tuan Raffles, kerana ade tersebut di dalam buku yang bernama “ Raffles “ of Singapore karangan Reginald Coupland, mengatakan bahawa berbagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke England beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah segala naskah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebainya yang telah di simpan kedalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada Bencoolen.
Pada masa kini Hikayat Jauhar Ma’Nikam menjadi salah satu sumber penting pengkajian bahasa Melayu dan untuk penyelidikan ia boleh didapati di Hikayat Jauhar Ma’nikam [Microfilm: NL 10976]. [1981]. [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz, Staatsbibliothek..
Rujukan
- Hikayat Jauhar Ma’nikam [Microfilm: NL 10976]. [1981]. [Berlin]: Orientabteilung, Preussisohe Kulturbesitz, Staatsbibliothek.
Pautan luar
Senarai Kesusasteraan Melayu |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |