Hikayat Gulbakawali merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang diterjemah dari bahasa Hindi. Hikayat Gulbakawali bererti cerita bunga dan puteri Wijaya Mala dan ia diterjemahkan oleh almarhum Sheikh Mohd. Ali bin Ghulam Hussein Alhandi daripada kitab Hindi kepada bahasa Melayu.
Edisi kelimanya dikeluarkan di Singapura oleh Denodaya Press pada tahun 1913 menggunakan skrip jawi.[1] Ia adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini.
Ciri-ciri fizikal
Hikayat Gulbakawali telah diterjemahkan oleh almarhum Sheikh Mohd. Ali bin Ghulam Hussein Alhandi daripada kitab Hindi kepada bahasa Melayu. Ia menggunakan skrip jawi dan terbitan ke-5nya dicetak oleh Denodaya Press pada tahun 1913 di Singapura. Ia terdiri daripada 211 muka surat berukuran 19 cm, dengan nombor pengelasan PL 5135 .B479 (Singapura?)