HIGH and MIGHTY COLOR | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Haikara, HandMC, H&MC |
Berasal dari | Okinawa, Jepun |
Genre | Hard rock, Heavy metal, Thrash metal, Mixture Rock, J-pop |
Tahun aktif | 2003 – 2010 |
Syarikat rakaman | SME Records, SPICE MUSIC |
Laman sesawang | handmc.jp |
Ahli | HALCA ユウスケ (Yuusuke) カズト(Kazuto) MEG mACKAz SASSY |
Bekas ahli | マーキー (Maakii) |
High and Mighty Color (ハイ・アンド・マイティ・カラー , Hi Ando Maiti Karā) ialah sebuah kumpulan muzik bergenre rock dari Okinawa, Jepun. Seringkali dianggap sebagai "sister band" kepada kumpulan ORANGE RANGE kerana berasal dari kepulauan yang sama. HIGH and MIGHTY COLOR lebih dikenali kerana banyak menyumbangkan lagu kepada anime-anime terkenal seperti Gundam Seed Destiny dan Bleach.
Pembentukan band
Metallica dan Anti-Nobunaga
Band bermula dengan dua orang ahli band HIGH and MIGHTY COLOR, SASSY & MEG, pada waktu itu membuat cover untuk lagu-lagu Metallica di kampung halaman mereka di Okinawa. Merasakan diri mereka boleh pergi lebih jauh, kedua-dua mereka mula mencari ahli untuk melengkapkan band mereka. Selepas meninggalkan band, SASSY menawarkan mACKAz peluang untuk menyertai band mereka. mACKAz bersetuju dan mengajak カズト(Kazuto) menyertainya. Vokalis merupakan ahli yang terakhir meyertai band ini. Pada suatu hari, MEG menghadiri satu persembahan sekolah dan terkejut dan tertarik dengan satu suara, ユウスケ (Yuusuke). MEG mengajak ユウスケ (Yuusuke) menyertai bandnya tetapi ユウスケ (Yuusuke) tidak mahu dan MEG terus memujuk ユウスケ (Yuusuke) menyertai setiap hari hampir empat bulan. ユウスケ (Yuusuke) bersetuju dan sebuah band bergelar Anti-Nobunaga hasil idea カズト(Kazuto) tercipta.
Band Anti-Nobunaga menjalani aktiviti muzik mereka di kedai-kedai kecil dan teater seni selama setahun. SASSY, drummer dan juga ketua band, menghantar demo kepada setiap label major di seluruh Jepun dan hampir kesemuanya menolak demo mereka sehinggalah pada suatu hari satu unit label muzik Jepun meynyedari kehadiran mereka dan mengambil mereka sebagai artis di bawah pengurusan mereka. Band mereka sekarang menggiatkan seni mereka lebih jauh dari kepulauan Okinawa mereka sehinggalah mereka menyerai saru festival muzik tahunan Okinawa.
Kehadiran マーキー (Maakii)
Ketika musim panas 2003, di festival muzik tahunan Okinawa, label muzik band ini menduduki tangga teratas dan persembahan mereka laku. Disebabkan oleh persembahan mereka yang sentiasa laku, SMEJ, salah satu label muzik terbesar di Jepun, menawarkan band ini menghasilkan muzik untuk kompilasi Okinawa 2003. Band ini menghasilkan dua buah lagu bertajuk Meaning dan Hate You!.
Di sebuah festival muzik yang lain, マーキー (Maakii) turut mencuri perhatian pemantau yang sama. Pemantau-pemantau ini merasakan kedua-dua projek mereka yang berasingan mungkin tidak akan berjaya namun, jika disatukan, impaknya pasti menggegarkan industri muzik Jepun. マーキー (Maakii) pada mulanya menolak kerana ingin melanjutkan pelajaran Bahasa Inggeris di Kanada tetapi kemudiannya dipujuk oleh Anti-Nobunaga untuk menyaksikan persembahan mereka. マーキー (Maakii) terkejut dengan tenaga yang diberikan lalu bersetuju menjadi sebahagian dari ahli band.
Dengan kehadiran マーキー (Maakii), Anti-Nobunaga bertukar menjadi HIGH and MIGHTY COLOR. Mereka menghabiskan seluruh 2004 menghasilkan produk yang terbaik. Pada akhir 2004, mereka merilis "OVER" yang hanya boleh didapati di Tower Records.
2005
Pada 26 Januari 2005, single debut mereka "Pride" telah dikeluarkan. Pada mulanya, "Pride" sepatutnya digunakan untuk perlawanan bola sepak Jepun tetapi, kemudiannya digunakan sebagai lagu pembuka yang ke 2 untuk anime Mobile Suit Gundam Seed Destiny dari Sunrise. "Pride" menjadi terkenal sekaligus memperkenalkan kumpulan muzik ini kepada semua. Kumpulan ini kemudiannya merilis single "Over" versi terbaru, "Run Run Run", "Days" dan juga versi remiks lagu "Pride" dan album berjudul G∞VER (Goover).
2006
April 2006, band merilis album kedua mereka, 傲音プログレッシヴ (Gou on PROGRESSIVE) selepas merilis dua lagu dari album tersebut iaitu, Ichirin No Hana (一輪の花) yang juga merupakan tema untuk anime Bleach dan juga single Style ~Get Glory In This Hand~. Mereka menyertai Konvensi Anime pertama mereka di Houston, Texas. Pada Ogos, mereka merilis single ketujuh mereka "DIVE into YOURSELF" dan juga "Enrai ~Tookuni Aru Akari~ (遠雷 ~遠くにある明かり~)" yang akan digunakan sebagai lagu penutup yang ke 7 untuk anime Mobile Suit Gundam Seed Destiny HD Remaster.
2007
マーキー (Maakii) telah berlakon untuk salah satu filem mengingati Lee Su Hyun bertajuk "Anata o Wasurenai" bersama-sama Lee Tae Sung dan menggunakan lagu 辿り着く場所 (Tadoritsuku Basho) sebagai lagu tema dan オキザリス (Oxalis). 4 Febuari, 参 (San) telah diriliskan. Pada Mac, Tama (bekas ahli dan basis Prono Graffitti) mengumumkan akan bekerjasama dengan ユウスケ (Yuusuke) bagi single terbaru beliau bertajuk ホンノウ (Honnou).
Band menghadiri Konvensi Anime mereka yang kedua di Anime Central.
Single kesepuluh adalah "Dreams", sebuah balada mengenai patah hati. "Dreams menjadi lagu penutup kepada anime "Darker than Black". "Amazing" menyusuli "Dreams" dan bernada lebih rancak. Band merilis album kompilasi mereka yang pertama berjudul "10 COLOR SINGLES". Mereka juga membuat cover untuk album memorial LUNA SEA.
2008: Tahun kesedihan
フラッシュバック/木漏レビノ歌 (Flashback / Komorebi no Uta) merupakan single double A-side mereka yang kedua selepas 辿り着く場所/オキザリス (Tadoritsuku Basho/Oxalis) dan telah digunakan sebagai lagu tema anime "Hero Tales". Pada musim panas 2008, band telah membuat cover untuk lagu T.M.Revolution iaitu "HOT LIMIT". "ROCK PIT" merupakan album keempat mereka.
1 Julai, マーキー (Maakii) memberitahu bahawa dia telah pun berkahwin dengan basis kumpulan pop DREAMS COME TRUE, 中村正人 (Nakamura MAsato) pada 22 Jun dan akan bersara dari dunia seni pada akhir tahun 2008. Keadaan ini mengejutkan seluruh industri muzik Jepun dan peminat mereka kerana 中村 (Nakamura) berusia 30 tahun lebih tua dari マーキー (Maakii). Sebuah konsert terakhir telah dilangsngkan di Akasaka BLITZ bertajuk LIVE BEE LOUD ~THANKS GIVING~. Single keempat belas dan terakhir dengan マーキー (Maakii) berjudul "Remeber" dirilis.
Pencarian pengganti マーキー (Maakii) telah pun dijalankan pada 7 November dan terbuka untuk wanita sahaja. Sepanjang nelum bertemu dengan pengganti マーキー (Maakii), ahli yang lain menjalani aktiviti muzik mereka sebagai Ant-Nobunaga semula.
2009: HALCA, pembawa harapan
Band telah dipindahkan ke SPICE MUSIC pada hari pertama 2009. Pada 9 Febuari, band memberitahu bahawa telah pun berjumpa dengan pengganti マーキー (Maakii) iaitu HALCA. Single pertama bersama HALCA juga single digital pertama telah dirilis di iTunes Jepun dan Amerika. "SWAMP MAN", album pertama mereka dengan HALCA dirilis pada 2 September.
Band sibuk dengan memperkenalkan vokalis wanita terbaru mereka.
"RED" single digital ketiga mereka telah dirilis sebagai penghargaan kepada dua manga terkenal karya Takahasi Hiroshi berjudul CROWS ZERO & WORST.
2010: Pengakhiran bersama
Pada 19 Mei, band memberitahu bahawa pada 11 Ogos mereka bakal merilis single kelima belas dan terakhir mereka iaitu "Re:ache". Sebab perpecahan adalah "perbezaan muzik" dan "peluang masa hadapan". Single yang berhaga ¥1,575 mengandungi lagu "night light parade" dan "daydreaming" dan juga versi live "RED". Edisi terhad mengandungi PV "Re:ache" dan "good bye" juga futej dari Sakura-con.
Ahli
- HALCA - vokalis wanita
- ユウスケ (Yuusuke) - vokalis, rapper, death growl
- カズト(Kazuto) - Gitaris utama
- MEG - Guitaris ritma
- mACKAz - Basis
- SASSY - Drummer
- マーキー (Maakii) - ex-vokalis wanita