Herlene Budol | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Herlene Nicole Policarpio Budol 23 Ogos 1999 |
Pusat pendidikan | Kolej Seni dan Sains Santo John Paul II (BS) |
Pekerjaan |
|
Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in) |
Herlene Nicole Policarpio Budol ( lahir 23 Ogos 1999), juga dikenali sebagai " Hipon Girl " ( har. 'Gadis Udang' ) atau " Magandang Dilag" ( har. Keindahan yang cantik ), atau " Binibining Marikit" ( har. Wanita Jelita ), ialah seorang model Filipina, pelawak, pelakon dan pemegang gelaran ratu cantik FIlipina. Beliau pernah menjadi pengacara bersama rancangan permainan hiburan Filipina Wowowin . [1] Budol meraih populariti menyertai segmen Wowowin "Willie of Fortune". Willie Revillame kemudain menjadikannya pengacara tetap rancangan itu kerana bakat dan jenakanya yang menghiburkan. [2] [3]
Kerjaya
Kerjaya lakonan
Budol muncul dalam telenovela Magpakailanman pada 30 November 2019, dan memainkan watak Jenny, seorang pekerja Filipina di luar Negara, dalam episod "Yaya Dubai & I". [4] [5] .Dia juga berlakin dalam siri TV Madrasta, memainkan peranan 'Sandy Escudero'. [6] [7]
Pada tahun 2023, dia memainkan watak utama pertamanya dalam siri , Magandang Dilag. Selepas menamatkan siri Magandang Dilag, dia turut menyertai pelakon siri drama aksi Black Rider yang memainkan watak Marikit "Pretty" Calaguas.
Pertandingan Ratu Cantik
Beliau mengambil bahagian dalam Binibining Pilipinas 2022, memperoleh tujuh anugerah khas dan menamatkan saingan sebagai naib juara. Walaupun dipilih sebagai wakil Filipina untuk Miss Planet International 2022, dia kemudiannya menarik diri. Selepas itu, dia menyertai Miss Grand Philippines 2023, memenangi gelaran Miss Philippines Tourism 2023. [8]
Pendidikan
Pada tahun 2022, Budol memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Pelancongan daripada Kolej Seni dan Sains Saint John Paul II . [9]
Filemografi
Televisyen
- Madrasta (2019) Sebagai Sandy Escudero
- Magpakailanman: Yaya in Dubai (2019)
- Wowowin (2019) Sebagai punong-abala
- Sing Galing: Sing-lebrity Edition (2021)
- Stories from the Heart (2021)Sebagai Alana
- False Positive (2022) Sebagai Maganda
- Magandang Dilag (2023) Sebagai Gigi at Greta V
- Black Rider (2023) Sebagai Pretty
- Binibining Marikit (2025)
Rujukan
- ^ Totanes, Benjamin. "From Squamy to TV Personality: Alamin ang transformation ni "Hipon Girl" Harlene ng Wowowin – BUZZ FLARE PH" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 27, 2022. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ Garcia, Cara Emmeline. "WATCH: Kilalanin si Herlene Budol, a.k.a. "Hipon Girl," ng 'Wowowin'". www.gmanetwork.com. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2020. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ "Herlene 'Hipon Girl' Budol: "Si Wil, ginawa si Sir Wil para sa akin."". PEP.ph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 27, 2022. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ "Balitambayan". Balitambayan. Diarkibkan daripada yang asal pada March 18, 2020. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ "Hipon girl bibida sa Magpakailanman". philstar.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 18, 2020. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ "Hipon Girl Herlene Budol to join the stars of 'Madrasta'". LionhearTV (dalam bahasa Inggeris). December 12, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada March 18, 2020. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ Sun, Cherry. "EXCLUSIVE: "Sexy Hipon" Herlene Budol, eeksena sa 'Madrasta'". www.gmanetwork.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 18, 2020. Dicapai pada March 17, 2020.
- ^ "Herlene Budol to compete in Miss Planet International 2022, says manager". ABS-CBN. 29 August 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2022. Dicapai pada 29 August 2022.
- ^ "Bb Pilipinas bet Herlene Budol earns degree in tourism management". ABS-CBN News. July 17, 2022. Dicapai pada February 8, 2025.