Herbert Eugene Ives | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Tarikh lahir | 21 Julai 1882 |
Tempat lahir | Philadelphia, Pennsylvania |
Tarikh mati | 13 November 1953 |
Pendidikan | Universiti Pennsylvania |
Kerja | |
Projek utama | faks televisyen |
Herbert Eugene Ives (21 Julai 1882, Philadelphia, Pennsylvania – 13 November 1953) ialah seorang saintis dan jurutera yang menerajui pembangunan sistem faksimili dan televisyen di syarikat AT&T pada separuh awal abad ke-20.
Biografi
Ives menuntut di Universiti Pennsylvania dan Universiti Johns Hopkins, di mana beliau menerima ijazahnya pada tahun 1908. Beliau mengarang sebuah buku mengenai fotografi udara pada tahun 1920, ketika bertugas sebagai pegawai simpanan di bahagian penerbangan tentera.[1] Ives juga gemar mengumpul syiling, dan pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Numismatik Amerika. Beliau merupakan presiden Persatuan Optik Amerika dari tahun 1924 hingga 1925.[2]
Mengikut jejak bapanya Frederic Eugene Ives, Herbert juga merupakan pakar fotografi warna. Pada tahun 1924, beliau memancarkan dan membina semula ciptaan faksmili warna pertama dengan menggunakan pemisahan warna. Pada tahun 1927, beliau menunjuk cara televisyen jarak jauh 185 baris yang menyiarkan imej Setiausaha Perdagangan ketika itu, Herbert Hoover, dari stesen ujian AT&T 3XN di Whippany, New Jersey.
Pada 1940-an, Ives menyangkal teori kerelatifan Albert Einstein[3] atas sebab pemerolehan hubungan antara jisim dan tenaga oleh Einstein adalah tidak sahih.[4] Ives menegaskan bahawa ramalan kerelatifan khas adalah salah[5], bahkan juga mengutuk "ketidakpastian dan kepincangan yang dihebahkan dalam "teori kerelatifan yang terbatas"."[6]
Ives mendukung pandangan fizik berasaskan eter yang agak serupa dengan pandangan Hendrik Lorentz; bezanya Ives bertegas bahawa pandangannya bercanggah dengan teori kerelatifan khas Einstein. Ives cuba mendemonstrasi ketepatan pandangan berasaskan eter sambil menyangkal kerelatifan khas secara hujah logik dan uji kaji. Beliau paling dikenali kerana eksperimen Ives–Stilwell, yang ironinya terang-terangan mengesahkan faktor dilasi masa dalam kerelatifan khas, namun Ives sendiri menafikan hasil eksperimen seiringan dengan kerelatifan khas. Aspek paradoks dalam kerja Ives ini disifatkan oleh sahabatnya, ahli fizik terkenal H. P. Robertson, yang menyumbangkan ringkasan pendirian Ives terhadap kerelatifan khas dalam sebuah biografi mengenai Ives seperti berikut:
- "Usaha Ives dalam bidang optik asas memperlihatkan kejanggalan yang aneh sekali, kerana biarpun beliau menganggap bahawa teori kerelatifan khas dapat disangkal, namun hakikatnya adalah usaha eksperimennya ini menyumbangkan salah satu bukti sokongan yang paling berharga untuk teori itu, apalagi banyak sekali penyelidikan teorinya yang agak konsisten dengan teori itu… sebenarnya kesimpulan beliau ada maknanya, cuma pada zahirnya bercanggah dengan teori kerelatifan; rumitnya dan sukarnya adalah berpunca sepenuhnya dari penegasan Ives agar mengekalkan kerangka dan cara pengungkapan secara eter. Saya... tidak pernaha dapat meyakinkan beliau bahawa memandangkan hasilnya pada hakikatnya tidak boleh dibezakan ramalannya dari teori kerelatifan dalam bidang fizik, sebalinya sama teorinya sebenarnya... sesiapa yang tidak mendalami intipati kerja-kerja teori Ives ini menganggapnya sebagai mengatasi teori kerelatifan, serta menggunakannya sebagai hujah untuk kembali ke cara pemikiran yang kolot dan tidak sahih."
Presiden A.S. Harry Truman menghadiahkan "Medal for Merit" kepada Ives pada tahun 1948 sebagai penghargaan kepada usaha-usaha sistem pencahayaan kecemasan dan komunikasi optik sewaktu perang.[3]
Rujukan
- ^ Herbert E. Ives, Airplane Photography, Philadelphia: J. B. Lippincott Company, 1920.
- ^ "Past Presidents of the Optical Society of America". Optical Society of America. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ a b Dean Turner and Richard Hazelett, eds., The Einstein Myth and the Ives Papers: A Counter-Revolution in Physics, Pasadena: Hope Publishing (1979).
- ^ http://www.opticsinfobase.org/abstract.cfm?id=50439
- ^ Misalnya, dalam kertas "Lorentz Type Transformations..." (1949) Ives berhujah bahawa takrifan Einstein bagi keserentakan adalah "tidak sahih" dan "tidak benar", serta mendakwa telah membuktikan hal ini secara uji kaji dalam kertas "The Measurement of the Velocity of Light..." (1948).
- ^ H. Ives, "Derivation of the Lorentz transformations", Phil. Mag. 7, vol.39, 1945 p.392
Pautan luar
- AT&T history with photos
- More television history and photos
- Even more television history Diarkibkan 2006-02-12 di Wayback Machine
- Partial bibliography
- Ives papers at the Smithsonian
- Quotes Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine
- Articles Published by early OSA Presidents Journal of the Optical Society of America