Heo Jun | |
---|---|
Hangul | 허준 |
Hanja | 許浚 |
Perumian Semakan | Heo Jun |
McCune–Reischauer | Hŏ Chun |
Nama pena | |
Hangul | 구암 |
Hanja | 龜巖 |
Perumian Semakan | Guam |
McCune–Reischauer | Kuam |
Nama sopan | |
Hangul | 청원 |
Hanja | 淸源 |
Perumian Semakan | Cheongwon |
McCune–Reischauer | Ch'ŏngwŏn |
Heo Jun (허준, 1537?/1539 – 9 Oktober 1615) ialah seorang doktor istana dari keluarga Heo Yangcheon semasa pemerintahan raja King Seonjo Dinasti Joseon di Korea.[1] Dia dilantik menjadi doktor istana pada usia 29 tahun. Dia menulis sejumlah teks-teks perubatan, tetapi pencapaiannya yang paling signifikan adalah Dongui Bogam ("Cermin Perubatan Timur"), yang sering dinyatakan sebagai teks jelas bagi perubatan tradisional Korea. Karya itu tersebar ke negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Vietnam yang masih menganggapnya sebagai salah satu klasik bagi perubatan Timur pada hari ini. Walaupun Heo dengan giat bertugas dengan keluarga diraja, dia menekankan penciptaan kaedah rawatan yang dapat dicapai dan difahami rakyat biasa. Dia menemui ubat-ubat herba semulajadi yang mudah diperolehi rakyat biasa. Tambahan lagi, dia menulis nama-nama herba-herba itu menggunakan huruf-huruf hangul yang mudah itu dan bukannya hanja (aksara Cina) yang lebih susah, yang difahami oleh kebanyakan rakyat biasa.[2][3]
Nama dan pencapaian Heo Jun diiktiraf secara meluas oleh orang Korea hatta pada hari ini. Orang Korea masih merujuk pada ubat-ubatan semulajadi Heo Jun yang didapati di dalam Dongui Bogamnya.
Dalam budaya popular
- Dilakonkan oleh Kim Mu-saeng dalam siri TV MBC 1975 Jibnyeom ("Tenacity").
- Dilakonkan oleh Lee Soon-jae dalam filem 1976 Jibnyeom ("Concentration of Attention").[4]
- Novel Dongui Bogam oleh Lee Eun-seong diterbitkan pada tahun 1990, dan menjadi buku laris yang paling banyak dijual.
- Dilakonkan oleh Seo In-seok dalam siri TVMBC 1991 Dongui Bogam ("The Wonders of Eastern Medicine").
- Dilakonkan oleh Jun Kwang-ryul dalam siri TV MBC 1999-2000 Hur Jun, yang mencapai rating tontonan yang pecah rekod sebanyak 64%.[5] Dalam drama itu, Heo Jun adalah seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu tanpa kerja yang releva, sehinggalah dia dilatih oleh Yoo Ui-tae, seorang doktor yang mengajarnya perubatan dan mengilhamkannya menjadi seorang doktor bagi orang ramai. Sebenarnya, Yoo Ui-tae lebih muda kira-kira 100 tahun daripada Heo Jun.
- Dilakonkan oleh Kim Joo-hyuk dalam siri TV harian MBC 2013 Hur Jun, the Original Story (in Korean, Guam Heo Jun). Mendiang bapa Kim (Kim Mu-saeng) sebelumnya melakonkan watak Heo Jun pada tahun 1975.[6][7][8][9]
Lihat juga
Catatan
- ^ 허준 許浚 (1539 ~ 1615) (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2009-09-18. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Han, Sang-hee (31 July 2009). "Mirror of Eastern Medicine Becomes UNESCO Heritage". The Korea Times. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ Chung, Ah-young (7 August 2009). "Korean of Dongui Bogam Unveiled". The Korea Times. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ "Concentration Of Attention (Jibnyeom) (1976)". Korean Movie Database. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ Lee, Sang-min (February 2013). "Historical Drama and Future". KOFICE WebZine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-24. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ Kang, Hyo-jin (6 March 2013). "Kim Joo Hyuk seeks to bring his new interpretation of Heo Jun in Gu Am Heo Jun". Korea Star Daily via Yahoo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-01. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ "Hur Jun, the Original Story script reading of MBC's new drama series". MBC Global Media. 7 March 2013. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ Oh, Jean (13 March 2013). "Period piece overload? Spring drama lineup goes heavy on historical settings". The Korea Herald. Dicapai pada 2013-03-20.
- ^ "Hur Jun, the Original Story Casts Interview". MBC Global Media. 9 April 2013. Dicapai pada 2014-06-13.