Enrique si Hitam (Sepanyol: Enrique el Negro , bahasa Inggeris: Henry The Black ) atau Enrique dari Melaka (Sepanyol: Enrique de Malaca , bahasa Inggeris: Enrique of Malacca atau Henry of Malacca) merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan.
Nama "Enrique" (Bahasa Sepanyol) atau "Henrique" (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan masuk dalam Gereja Katolik Roman oleh pihak Portugis pada hari yang merupakan perayaan Santo Henry. Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.
Ekspedisi Ferdinand Magellan
Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyol pada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Di Filipina , beliau telah terbunuh. Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.
Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Borneo Utara yang dikenali Sabah sekarang dan kepulauan Mindanao. Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.
Portugis menyerang Melaka 1511
Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba . Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.
Misi kapal Sepanyol
Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.
Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.
Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.
Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.
Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.
Sampai di Filipina
Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.
Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.
Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.
Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.
Enrique turut cedera dalam serangan itu.
Dilantik sebagai kapten kapal
Duarte Barbosa , seorang kelahiran Portugis telah memilih Enrique sebagai kapten kapal yag baru menggantikan Magellan.
Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimiliki oleh Enrique , Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon telah setuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Malangnya mereka telah diserang hendap oleh Humabon pula.
Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.
Kubur Henry si Hitam
Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol iaitu:
- Juan Sebastián Elcano, ketua pelayaran dari Getaria.
- Francisco Albo, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
- Miguel de Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
- Juan de Acurio, dari Bermeo Pilot
- Antonio Lombardo (Pigafetta), dari Vicenza Supernumerary
- Martín de Judicibus, dari pelabuhan Genoa Chief Steward
- Hernándo de Bustamante, dari Alcántara Mariner
- Nicholas the Greek, dari Naples Mariner
- Miguel Sánchez, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Mariner
- Antonio Hernández Colmenero, dari Huelva Mariner
- Francisco Rodrigues, rakyat Portugis dari Seville Mariner
- Juan Rodríguez, dari Huelva Mariner
- Diego Carmena, dari Bayona (Galicia) Mariner
- Hans of Aachen Gunner
- Juan de Arratia, dari Bilbao Able Seaman
- Vasco Gómez Gallego, dari Bayona (Galicia) Able Seaman
- Juan de Santandrés, dari Cueto (Cantabria) Apprentice Seaman
- Juan de Zubileta, dari Barakaldo
18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.
Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.
Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.
Novel Henry si Hitam
Seorang guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim bernama Harun Aminurrashid telah menulis novel pelayaran Henry si Hitam pada 1958, yang dinamakannya Panglima Awang.
Cikgu Harun adalah orang Melayu pertama dapat mengesan akan kejayaan Panglima Awang ini. Beliau mungkin mendapat bahan-bahan sejarah Portugis yang menyerang Melaka pada 1511.
Kajian UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Henry si Hitam atau Enrique of Melaka ini.
Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :
- Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan.
- Di manakah letakkan kubur Henry si Hitam ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina.
- Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
- Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black.
- Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.
Etnik dan identiti
Dalam wasiat terakhirnya, Magellan menggambarkan Enrique sebagai seorang mulatto dan berasal dari Melaka, sebahagian daripada Malaysia moden hari ini. Secara alternatif, Pigafetta menyifatkan beliau berasal dari Sumatera di Indonesia moden, terletak tepat di seberang Selat Melaka. Walau apa pun, Enrique diterima umum sebagai seorang etnik Melayu. Walau bagaimanapun, ia telah ditegaskan oleh ahli sejarah Filipina Carlos Quirino bahawa Enrique sendiri adalah orang Filipina Bisaya, orang Cebuano atau orang asli Cebu di Filipina, atas anggapan yang salah bahawa Enrique mesti bercakap dengan orang Cebuano dalam bahasa Cebuano mereka dan bukannya bahasa Melayu seperti yang diperakui oleh sumber primer (bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau).[1]
Dalam budaya popular
Karya fiksyen
Di Malaysia, watak yang dikenali sebagai Panglima Awang, nama yang diberikan oleh pengarang novel sejarah, Harun Aminurrashid dalam novelnya berjudul Panglima Awang yang ditulis pada tahun 1957 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1958 oleh Pustaka Melayu (di bawah nama jenama: Buku Punggok) adalah. berdasarkan berdasarkan Enrique. Menurut pengarang, beliau memberikan Enrique nama Melayu Awang untuk sepadan dengan etniknya yang sepatutnya, manakala gelaran Panglima (bahasa Inggeris: Commander ) merujuk kepada kebijaksanaan, kekuatan dan keaktifan Enrique.[2]
Di Indonesia, judul buku "Pengeliling bumi pertama adalah orang Indonesia: Enrique Maluku " (Penjelajah pertama adalah orang Indonesia: Enrique of Moluccas), yang ditulis oleh Helmy Yahya dan Reinhard Tawas, disunting oleh Imam Hidayah dikeluarkan pada 2014.[3] Lebih-lebih lagi, Yahya terus menulis novel tentang Enrique Maluku dengan tajuk "Clavis Mundi" pada tahun 2022, bersama-sama rakan-rakannya (Utama Prastha dan Donna Widjajanto, serta penyelidikan oleh Reinhard Tawas).[4]
Pada tahun 2021, novel sejarah Enrique the Black oleh pengarang Singapura Danny Jalil telah diterbitkan oleh Penguin Random House SEA.[5] Buku ini menggambarkan kisah fiksyen Enrique sebagai seorang remaja Melayu yang diambil oleh Ferdinand Magellan dan dipaksa menjadi hamba, kemudian memainkan peranan penting sebagai jurubahasa dalam perjalanan ke Kepulauan Rempah Maluku, di mana penduduknya berbahasa Melayu.[6][7]
Penggambaran dalam budaya popular
- Digambarkan oleh Oscar Obligacion dalam filem Filipina 1955 Lapu-Lapu
- Digambarkan oleh Julio Diaz dalam filem Filipina 2002 Lapu-Lapu
- Digambarkan oleh Kidlat Tahimik dalam filem pendek Filipina 2010 beliau Memories of Overdevelopment 1980–2010
- Digambarkan oleh Kidlat Tahimik dalam filem cereka Filipina 2015 beliau Balikbayan #1: Memories of Overdevelopment Redux III
- Digambarkan oleh Aryan Farhan dalam filem dokumentari Portugis-Malaysia 2017 Henry of Malacca: A Malay and Magellan
- Digambarkan oleh Jon Samaniego dalam filem animasi CG Sepanyol 2019 Elcano & Magellan: The First Voyage Around the World
- Digambarkan oleh Colin Ryan dalam siri mini Sepanyol 2022 Boundless
Lihat pula
- Panglima Awang, watak novel fiksyen berdasarkan Henry the Black
Rujukan
- Sabri Zain
- Pigafetta, Antonio, journal, quoted in Skelton, R.A., 'Magellan's Voyage—A narrative Account of the First Circumnavigation', New Haven: Yale University Press, 1969
- Zweig, S. Magellan. 'Der Mann und seine Tat', Wien-Leipzig-Zürich, 1937 and Fischer Taschenbuch Verlag, 1983
- Pintado, M J, 'Portuguese Documents On Melaka', National Archives of Malaysia, 1993.
- ^ Reid, Anthony (1988). Southeast Asia in the Age of Commerce: v. 1: The Lands Beneath the Winds. New Haven and London: Yale University Press. m/s. 7. ISBN 0-300-03921-2.
- ^ Aminurrashid, Harun (1957). Panglima Awang. Singapore: Pustaka Melayu (Buku Punggok). m/s. Sudut Sejarah (The Preface).
- ^ Yahya, Helmy; Tawas, Reinhard R. (2014). Pengeliling bumi pertama adalah orang Indonesia : Enrique Maluku [The first circumnavigator was an Indonesian: Enrique of Moluccas]. PT Ufuk Publishing House. ISBN 9786027689824.
- ^ "Helmy Yahya Raised the Story of the First Indonesian Earth Explorer in the Latest Novel". thelocalread.com. 2022-11-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2023. Dicapai pada 2023-03-19.
- ^ Jalil, Danny (September 2021). Enrique the Black. Singapore: Penguin Random House SEA Pte. Limited. m/s. 240. ISBN 9789814954051. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2022. Dicapai pada 27 July 2022.
- ^ Jalil, Danny (2021). Enrique the Black. Penguin Random House SEA Pte. Limited. ISBN 9789814954051. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2023. Dicapai pada 27 July 2022.
- ^ "Enrique the Black". Good Reads. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2022. Dicapai pada 27 July 2022.