Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Haziq bin Kamaruddin | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kewarganegaraan | Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 4 Julai 1993|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Meninggal | 14 Mei 2021 Hospital Kajang, Kajang, Selangor, Malaysia | (umur 27)|||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | Memanah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Acara | Recurve | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelab | Johor | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dilatih oleh | Lee Jae Hyung | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Muhammad Haziq Kamaruddin (4 Julai 1993 - 14 Mei 2021) ialah seorang pemanah Malaysia.[1] Di Sukan Olimpik Musim Panas 2012, beliau bertanding mewakili negaranya di dalam acara memanah lelaki.
Kehidupan peribadi
Haziq berasal dari Johor Bahru. Beliau merupakan bekas pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil, kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya (UM). Beliau berkahwin dengan Shahira Abdul Halim dan pasangan ini tidak dikurniakan anak sehingga kematiannya.
Kematian
Haziq rebah selepas menunaikan solat Subuh pada Hari Raya Aidilfitri kedua di kediamannya di Kajang sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.37 pagi di usia 27 tahun pada 14 Mei 2021.[2] Semasa bedah siasat dijalankan di hospital, media sosial telah dihujani dengan pelbagai khabar angin yang mengaitkan punca kematiannya dengan pandemik COVID-19 dan program vaksinasi yang mana Haziq telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech pada 4 Mei, yang diwajibkan bagi atlet dan pegawai dalam persiapan menjelang Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang akan datang.[3] Majlis Sukan Negara (MSN) sebaliknya mengatakan bahawa Haziq disahkan negatif COVID-19.[4] Jenazahnya dibawa ke kampung halaman isterinya di Merlimau, Melaka untuk solat di Surau Al-Taqwa sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, jam 1.40 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).[5] Kementerian Kesihatan (KKM) akhirnya mengeluarkan kenyataan selepas pengebumiannya, menjelaskan bahawa kematian Haziq tidak berkaitan dengan jangkitan COVID-19 atau vaksinasi dan ia disebabkan oleh komplikasi salur darah jantung tersumbat yang berpunca daripada perubahan aterosklerosis seperti yang ditunjukkan oleh hasil bedah siasat.[6][7]
Anugerah
Pada 30 Oktober 2012, beliau bersama-sama Pandelela Rinong telah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil 2012.[8]
Pada 16 Februari 2013, Sinar Harian melaporkan bahawa Haziq, dipilih untuk menerima anugerah Atlet Remaja Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2012.[9]
Rujukan
- ^ London2012.com
- ^ "National archer Haziq Kamaruddin dies at 27". Free Malaysia Today. 14 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-14. Dicapai pada 14 May 2021.
- ^ "Don't link Haziq's death to vaccination, says minister". Free Malaysia Today. 14 May 2021. Dicapai pada 14 May 2021.
- ^ "Respect Haziq's family, don't speculate on his death — Reezal". The Sun Daily. 14 May 2021. Dicapai pada 14 May 2021.
- ^ "Archer Haziq Kamaruddin laid to rest in Merlimau". Malay Mail. 15 May 2021. Dicapai pada 15 May 2021.
- ^ "Health Ministry says national archer Haziq's death not related to Covid-19 or vaccine". The Malay Mail. 15 May 2021. Dicapai pada 15 May 2021.
- ^ "Haziq Kamaruddin: Malaysia mourns death of Olympic archer at 27; health officials say no link to Covid-19 vaccine". South China Morning Post. 16 May 2021. Dicapai pada 16 May 2021.
- ^ "Pandelela and Haziq are simply the best at sports school", The Star Online, 30 Oktober 2013.
- ^ "Haziq dinobat atlet remaja terbaik SAM-100 Plus 2012", Sinar Harian, 16 Februari 2013.