Hassan Sheikh Mohamud حسن شيخ محمود | |
---|---|
Presiden Somalia ke-8 dan ke-10 | |
Menyandang jawatan 15 Mei 2022 | |
Perdana Menteri | Mohamed Hussein Roble |
Didahului oleh | Mohamed Abdullahi Mohamed |
Dalam jawatan 10 September 2012 – 16 Februari 2017 | |
Perdana Menteri | Abdiweli Mohamed Ali Abdi Farah Shirdon Abdiweli Sheikh Ahmed Omar Abdirashid Ali Sharmarke |
Didahului oleh | Mohamed Osman Jawari (pemangku) |
Digantikan oleh | Mohamed Abdullahi Mohamed |
Pemimpin Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan | |
Menyandang jawatan 4 Oktober 2018 | |
Pemimpin Parti Damai dan Pembangunan | |
Dalam jawatan 20 April 2011 – 22 Disember 2016 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Ahmed Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jalalaqsi, Wilayah Amanah Somaliland | 29 November 1955
Parti politik | Parti Damai dan Pembangunan (Sebelum 2016) Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan (2018–kini) |
Pasangan | Sahro Xasan () Qamar Ali |
Pendidikan | Universiti Nasional Somalia Universiti Barkatullah |
Tandatangan | |
Hassan Sheikh Mohamud (Somali: Xasan Sheekh Maxamuud , Arab: حسن شيخ محمود ; lahir 29 November 1965) ialah seorang ahli politik Somaliayang kini berkhidmat sebagai presiden Somalia sejak Mei 2022.[1] Beliau ialah pengasas dan pengerusi bagi Parti Kesatuan Damai dan Pembangunan. Beliau juga terpilih sebagai Presiden Republik Persekutuan Somalia pada 15 Mei 2022, menewaskan presiden penyandang Mohamed Abdullahi Mohamed. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di jawatan sama pada 2012 hingga 2017. Seorang aktivis politik dan hak asasi rakyat, Hassan sebelum itu pernah menjadi profesor universiti dan dekan.[2]
Hassan dilahirkan di Jalalaqsi, sebuah pekan pertanian kecil yang terletak di tengah Hiran di Somalia, semasa fasa pemegangan amanah,[3][4] dan datang daripada latar belakang kelas pertengahan.[5] Hassan berkahwin dengan Qamar Ali Omar dan dikurniakan 9 orang anak.[6] Beliau boleh bertutur dalam Somali dan Inggeris.[7]
Penghargaan
Pada April 2013, Hassan telah tersenrai dalam Time 100, senarai 100 orang individu berpengaruh dunia secara tahunan oleh TIME. Usahanya dalam meningkatkan perdamaian negara dan penilaian antirasuah, dan memperbaharui sektor keselamatan dan sosioekonomi di Somalia telah dicatatkan sebagai sebab pemilihan beliau.[8]
Rujukan
- ^ Welle (www.dw.com), Deutsche. "Somalia: Hassan Sheikh Mohamud elected president | DW | 15 May 2022". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 May 2022.
- ^ "Mohamud elected new Somalia president". AFP. 10 September 2012. Dicapai pada 10 September 2012.
- ^ "Profile of Somalia's Newly Elected President". Dissident Nation. 11 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2013. Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ "Somalia Federal Parliament elects Hassan Sheikh Mohamud as President". Garowe Online. 10 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2012. Dicapai pada 10 September 2012.
- ^ "Hassan Sheikh Mohamud: Somalia's new president profiled". BBC. 11 September 2012. Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ "Hassan Sheikh Mohamud - Resume". Raxanreeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ Mohamed, Mahmoud (17 August 2012). "Profiles of Somalia's top presidential candidates". Sabahi. Dicapai pada 21 August 2012.
- ^ "The 2013 TIME 100 - Leaders - Hassan Sheikh Mohamud". TIME. 18 April 2013. Dicapai pada 19 April 2013.
Pautan Luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hassan Sheikh Mohamud |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Hassan Sheikh Mohamud |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mohamed Osman Jawari Acting |
Presiden Somalia 2012–2017 |
Diikuti oleh: Mohamed Abdullahi Mohamed |
Didahului oleh Mohamed Abdullahi Mohamed |
Presiden Somalia 2022–kini |
Pemegang jawatan kini |