Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said | |
---|---|
Dalam jawatan 1 Februari 2016 – Januari 2019 | |
Didahului oleh | Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar |
Digantikan oleh | Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | occupation 1 Januari 1955 Kelantan |
Mati | occupation |
Tempat semadi | occupation |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said (حسن بن سعيد) DPMP, DMSM, DSPM, PGBK, Chevalier de I' Ordre National du Merite Award merupakan bekas Naib Cancelor dan Presiden Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dilantik pada 2 Februari 2016 menggantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar yang telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember 2015.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said dilahirkan di Kelantan pada 1 Januari 1955. Pada tahun 1979, beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda Matematik di University of Manchester, United Kingdom. Beliau kemudian menerima pengajian dalam bidang Master of Science di Brunel University, United Kingdom dan tamat pada 1981 dan terus menerima PhD dari Brunel University, UK pada tahun 1984, pengkhususan dalam Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (Computer Aided Geometric Design).
Profesor Hassan memulakan karier sebagai pensyarah Matematik di Sekolah Sains Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984. Kemudian, beliau dilantik sebagai Dekan sekolah tersebut pada tahun 1990. Lima tahun kemudian, belia dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik) di USM, sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pendidikan pada tahun 1998 sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi.
Sepanjang karier, Profesor Hassan telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di pelbagai universiti awam dan swasta, serta ahli majlis di pelbagai badan korporat di dalam dan luar negara termasuk Governing Board Member of the South-east Asia Minister of Education for the Regional Centre of Higher Education (SEAMEO-RIHED) dari tahun 1990 hingga 2008. Kini, beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Asia e-University dan Kolej Universiti Yayasan Sabat; dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Koleh Unviersiti Islam Perlis. Beliau juga merupakan ahli Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Beliau juga merupakan ahli Majlis Pendidikan Tinggi Nasional (MPTN) dan Ketua Projek Khas Nasional dalam Pendidikan Tinggi Swasta, Majlis Profesor Negara (MPN). Beliau merupakan Felo di Persatuan Matematik Malaysia, Mathematical and Its Application UK (FIMA) dan Akademi Sains Malaysia (FASc).
Profesor Hassan telah menerima beberapa darjah kebesaran persekutuan dan negeri, termasuklah DPMP (Perlis), DMSM (Melaka), DSPN (Pulau Pinang) dan PGBK (Sarawak). Beliau juga merupakan penerima Chevalier de I' Orde National du Merite Award dari Kerajaan Perancis. Selain itu, Profesor Hassan juga telah dianugerahkan Doktor Kehormat Sains dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Doktor Kehormat Sains dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Doktor Kehormat Kejuruteraan dari University of Birmingham (UOB), UK, Doktor Kehormat Pengurusan Perniagaan dari University of West England, UK, Doktor Kehormat Kepimpinan Pendidikan dari Asia e-University, Malaysia (AeU), Doktor Kehormat Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Islam Malaysia (USIM) dan Doktor Kehormat Undang-Undang dari The University of Nottingham, Malaysia Campus.
Pada Jun 2014, Profesor Hassan menjadi rakyat Asia Tenggara yang pertama diberikan penghargaan berprestij dengan dianugerahkan Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causa) dari University of Toulouse Jean Jaures, Perancis, sebuah universiti yang tertua di Eropah.
Profesor Hassan mempunyai 17 penerbitan penyelidikan yang ditulis olehnya dan menjadi penulis bersama. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja dan memberi taklimat di pelbagai konferensi dan seminar di seluruh dunia. Sumbangan beliau yang paling besar di dalam dunia akademik adalah melalui Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (CAGD) di mana beliau telah memperkenalkan kelas baru dalam penggabungan fungsi, yang diberi nama fungsi Generalised Ball Basis yang juga dikenali sebagai Said Basis function.
Kelayakan
[sunting | sunting sumber]Akademik
[sunting | sunting sumber]- Ijazah Sarjana Muda Matematik, Universitiy of Manchester, UK
- Master of Science, Brunel Unviersity, UK
- PhD (Computer Aided Geometric Design), Brunel University, UK
Doktor Kehormat
[sunting | sunting sumber]- Doktor Kehormat (Sains), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
- Doktor Kehormat (Sains), Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
- Doktor Kehormat (Kejuruteraan), University of Birmingham (UOB)
- Doktor Kehormat (Pengurusan Perniagaan), University of West England, UK
- Doktor Kehormat (Kepimpinan Pendidikan), Asia e-University, Malaysia (AeU)
- Doktor Kehormat (Pengurusan Sumber Manusia), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causa), University of Toulouse Jean Jaures, Perancis
- Doktor Kehormat (Undang-Undang), The University of Nottingham, Malaysia Campus
Pengalaman
[sunting | sunting sumber]Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Pensyarah, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1984 - 1990)
- Dekan, Fakulti Matematik Universiti Sains Malaysia (1990 - 1995)
- Timbalan Naib Canselor (Akademik), Universiti Sains Malaysia (1995 - 1998)
- Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (2005 - 2008)
- Naib Canselor, Taylor's University (2009 - 2015)
- Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (2016 - 2019)
Keahlian Profesional
[sunting | sunting sumber]- Felo, Akademi Sains Malaysia (FASc.)
- Felo, Institut Matematik dan Aplikasi ITS, UK (FIMA)
- Felo, Pertubuhan Matematik Malaysia
- Ketua Projek Khas Pendidikan Swasta, Majlis Profesor Negara
- Ahli Majlis Pendidikan Tinggi Negara
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]- Memperkenal Generalised Ball Basis Functions (Said Basis Functions) melalui Computer Aided Geometric Design (CAGD)
- Terlibat dalam penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
- Terlibat dalam penubuhan Universiti Penyelidikan
- Ahli Majlis Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia
- Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Islam Perlis
- Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Asia e-University dan Kolej Universiti Yayasan Sabah
- Governing Board Member of South-east Asia Ministers of Education for the Regional Centre of Higher Education (SEAMEO - RIHED)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- http://university.taylors.edu.my/about-taylors/staff-directory/professor-dato-dr-hassan-said Diarkibkan 2016-03-14 di Wayback Machine
- http://www.thestar.com.my/~/media/online/2014/08/02/21/01/edud_daphne_pg10a_0308.ashx/
- http://www.uitm.edu.my/index.php/en/
- https://www.facebook.com/uitmrasmi
- http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=9270 Diarkibkan 2016-03-14 di Wayback Machine
- http://www.astroawani.com/berita-malaysia/datuk-dr-hassan-said-naib-canselor-uitm-yang-baharu-85044