Hasrat Tersirat | |
---|---|
Genre | Keluarga Drama Konflik |
Pengarah | Nasir Kamsan Shannon Berkett Azroy Sultan |
Dibintangi oleh | Rahimah Yusoff Abdullah Ahmad Azhar Norlesta Shaquille Daniel |
Lagu pembukaan | "Rahasia" nyanyian oleh Rayza Hamizan |
Lagu penutup | "Rahasia" nyanyian oleh Rayza Hamizan |
Negara asal | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | Isnin - Jumaat, 6.00 petang |
Syarikat penerbitan | Mediacorp |
Penyiaran | |
Saluran asal | Mediacorp Suria Astro Prima |
Siaran asal | 10 September 2021 - 7 Oktober 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ali Alia |
Diikuti oleh | Cinta Ramadan (drama Singapura ketiga) |
Drama Hasrat Tersirat merupakan drama kedua Singapura yang ditayangkan di Malaysia selepas tamatnya Siapa Jaga Mak.Drama ini mengisahkan sebuah keluarga kaya raya di mana harta arwah bapaknya sudah diberi kepada keluarga.Siri drama ini akan dibawakan oleh para pelakon Singapura seperti Rahimah Yusoff,Abdullah Ahmad,Azhar Norlesta,Shaquille Daniel dan ramai lagi.Drama ini akan memulakan tayangan perdana di Mediacorp Suria pada bulan Mac 2021 dan Slot Tiara Astro Prima pada 10 September 2021 bagi menggantikan Ali Alia.
Sinopsis
Amri terdengar ayahnya Hamzah menerima satu panggilan yang mencurigakan sebelum kematian ayahnya.Apabila ketua keluarga, Hamzah , meninggal dunia, keluarganya mula berpecah-belah. Isterinya, Aisyah, menghadapi masalah harta pusaka, wang dan kebenaran yang dituntut anak tirinya, Danial dan Farah, anak autistiknya, Amri, dan seseorang dari masa silamnya. Aisyah melawan semua ini sendiri sambil cuba memelihara nama baik suaminya.Dapatkah keluarga ini diselamatkan dari berpecah belah atau sebagainya?
Pelakon
- Rahimah Yusoff sebagai Aisyah
- Abdullah Ahmad sebagai Hamzah
- Azhar Norlesta sebagai Ramli
- Shaquille Daniel sebagai Amri
- Fatin Amira sebagai Sharifah
- Fir Rahman sebagai Danial
- Izzat Yusoff sebagai Najib
- Farhana M Noor sebagai Farah
Rujukan
1.^ Myinfotaip Hasrat Tersirat - Dicapai 9 September 2021.