Hasagaya Abdullah | |
|---|---|
| هاسڬاي عبدالله | |
![]() | |
| Timbalan Panglima Tentera Darat | |
| Dalam jawatan 19 September 2018 – 18 Disember 2020 | |
| Raja | Muhammad V Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Didahului oleh | Mohamed Thajudeen Abdul Wahab |
| Digantikan oleh | Mohammad Ab Rahman |
| Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia | |
| Dalam jawatan 19 Disember 2020 – 19 Jun 2023 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Menteri Pertahanan Malaysia | |
| Didahului oleh | Datuk Abdul Halim Jalal |
| Digantikan oleh | Datuk Mardzuki Muhammad |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 November 1963 |
| Kewarganegaraan | |
| Tempat belajar |
|
| Pekerjaan | Pegawai Tentera |
| Anugerah awam | |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | |
| Cabang/khidmat | |
| Tahun khidmat | 1981 – 2023 |
| Pangkat | Leftenan Jeneral |
| Pangkalan |
|
| Anugerah tentera | |
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral (B) Datuk Hasagaya bin Abdullah (Jawi: هاسڬاي بن عبدالله; lahir 1 November 1963) ialah seorang bekas pegawai tentera darat Malaysia yang dulu berkhidmat sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat ke-24. Beliau kini dilantik sebagai pengerusi UAC Berhad.
Latar Belakang
Beliau dilahirkan di Segamat, Johor pada 1 Nov 1963.
Beliau menyertai Tentera Darat Malaysia pada 1 Disember 1981 dan menjalani latihan pegawai di Sekolah Calon Pegawai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Selepas setahun menjalani latihan, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 18 Disember 1982.
Sebagai pegawai infantri, perintah pertamanya, pada tahun 1983, adalah sebagai komander platun Batalion Ke-6, Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau dilantik sebagai komander kompeni dalam Batalion Ke-9, Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1997 dan berkhidmat sebagai pegawai pemerintah Batalion Ke-17, Rejimen Askar Melayu Diraja dari 2003 hingga 2004.
Beliau telah dilantik sebagai timbalan komander Briged Payung Terjun ke-10 pada tahun 2008 dan berkhidmat dalam jawatan itu sehingga 2011. Beliau kemudiannya dilantik sebagai komander Briged ke-3 pada September 2011, komander pasukan 30 Briged dari September 2012 hingga Oktober 2013, dan komander Briged Payung Terjun ke-10 pada 2015. Beliau kemudiannya memerintah 3 Divisyen dari 2016 hingga September 2018.
Pada 19 September 2018, beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dan dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat ke-24.[1]
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari Universiti Canberra, Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Ijazah Sarjana Sains dalam Keselamatan Negara dan Pengajian Perang dari Universiti Pertahanan Negara, Islamabad, Pakistan.
Beliau juga pernah mengikuti Kursus Australian Army Command and Staff College di Fort Queenscliff, Australia pada tahun 1999, Kursus Kerjasama Keselamatan Lanjutan di Pusat Kajian Keselamatan Asia Pasifik, Hawaii, Amerika Syarikat, Kursus Keselamatan dan Perang Negara di Universiti Pertahanan Nasional, Islamabad, Pakistan pada 2012, dan akhirnya Kursus Pengajian Pertahanan Tinggi untuk Pegawai Kanan Asia Pasifik, di Madrid, Sepanyol pada 2015.
Beliau menerima jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ke-6 pada 19 Disember 2020, sebelum menamat perkhidmatannya pada 19 Jun 2023, digantikan oleh Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.[2][3] Beliau kini memgang jawatan Ketua Pengerusi UAC Berhad, sebuah syarikat pengeluar simen gentian yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings.
Rujukan
- ^ Says. "Timbalan Panglima Tentera Darat Dilantik - Pertahanan Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-14.
- ^ "Agong berkenan terima menghadap perpisahan Naib Canselor UPNM".
- ^ "Serah Terima Tugas TPTD".









