Harry Vardon | |
---|---|
— Pemain golf — | |
Maklumat peribadi | |
Nama lengkap | Henry William Vardon[1] |
Nama samaran | Harry |
Lahir | Grouville, Jersey, Channel Islands | 9 Mei 1870
Meninggal dunia | 20 Mac 1937 Whetstone, London | (umur 66)
Warganegara | Jersey |
Pasangan | Jessie Bryant (d. 1946)[1] |
Kerjaya | |
Mula profesional | 1890 |
Juara profesional | 62 |
Hasil terbaik dalam Kejuaraan Utama (Menang: 7) | |
U.S. Open | Won: 1900 |
The Open Championship | Won: 1896, 1898, 1899, 1903, 1911, 1914 |
Pencapaian dan anugerah | |
World Golf Hall of Fame | 1974 (member page) |
Henry William "Harry" Vardon (lahir 9 Mei 1870 – meninggal 20 Mac 1937) merupakan seorang pemain golf profesional dari Bailiwick, Jersey. Beliau merupakan ahli Great Triumvirate bersama-sama John Henry Taylor dan James Braid. Vardon memenangi "The Open Championship" (Kejuaraan Terbuka) sebanyak enam kali dan juga memenangi U.S. Terbuka 1900.
Kehidupan awal
Vardon lahir di Grouville, Jersey, Channel Islands, beliau tidak bermain banyak golf ketika usia muda, tetapi menunjukkan bakatnya sebagai kedi muda ketika remaja. Harry dan adiknya, Tom Vardon, muda dua tahun dan juga meminati golf, mereka sangat rapat. Perkembangan golf menyebabkan keadaan keluarganya yang semakin miskin; dan bapa mereka tidak memberi sokongan terhadap minat golf anak-anaknya. Tom berpindah dari Jersey ke England, untuk menjadi seorang pemain golf. Harry mengikuti Tom ke England pada musim bunga pada 1890, mengambil pekerjaan sebagai penjaga padang pada usia 20 tahun, di Canton Golf Club, Yorkshire. Harry merupakan pemain yang lebih baik daripada adik beradiknya. Pada usia awal 20an, Harry memajukan beberapa praktis program, yang paling bercita-cita dilihat ketika itu. Beliau merupakan pemain golf profesional pertama untuk bermain dalam knickerbocker.
Pemain terbaik dunia
Dalam masa beberapa tahun, beliau menjadi seorang pemain golf superstar sejak hari awal di Young Tom Morris. Pada 1986, Vardon memenangi yang pertama dari rekod enam Kejuaraan Terbuka (rekod yang kekal sehingga hari ini). Vardon menjadi pelawan terkenal dengan James Braid dan J.H. Taylor, dimana salah seorang daripada mereka memenangi lima Kejuaraan Terbuka; mereka bertinga menubuhkan "Great Triumvirate", dan didominasikan sebagai pemain golf terbaik dunia daripada pertengahan 1890an sehingga pertengahan 1910an. Persaingan antara mereka menambahkan minat orang awam terhadap sukan golf.
"Tour" Amerika Syarikat dan Canada
Beliau menjadi pemain golf selebriti antarabangsa pada 1900 apabila memenangi Kejuaraan Terbuka 1900 Amerika Syarikat dan Kanada, bersama-sama dengan Taylor. Vardon bermain lebih 80 perlawanan dan membuat kemunculan dengan kemenangan dalam Terbuka US, dimana Taylor merupakan naib-johan.
Dua kali naib johan dalam Terbuka A.S.
Vardon merupakan naib-johan dalam perlawanan Kejuaraan Terbuka A.S. pada 1913, perlawanan yang dilakonkan dalam filem The Greatest Game Ever Played. Beliau melancong ke Amerika Utara bersama Ted Ray pada tahun itu, dimana sekali lagi pada 1920. Pada usia 50 tahun, Vardon merupakan naib-juara dalam Kejauraan A.S. beliau yang ketiga dan terakhir pada 1920.
Mengatasi masalah batuk kering
Semasa kareer beliau, Vardon memenangi 62 pertandingan; dimana merupakan gelaran yang paling banyak dimenangi oleh individu dalam sejarah golf. Beliau memenangi Kejuaraan Terbuka Jerman pada 1911 dan "British PGA Matchplay Championship" (Kejuaraan Matchplay PGA British) pada 1912. Dalam tahun-tahun berikutnya, beliau menjadi seorang arkitek padang golf, menjadi pereka padang di Britain, Llandrindon Wells Golf Club, Woodhall Spa dan Radcliffe-on-Trent antara yang paling dikenali. Berikutan pertarungannya dengan penyakit batuk kering, beliau bergelut dengan masalah kesilahatan, tetapi membuat keputusan untuk menjadi jurulatih dan menulis peraturan golf dan buku-buku inspirasi.
Kemenangan-kemenangan pertandingan (62)
- Senarai ini tidak lengkap
- 1896 The Open Championship, Ganton Match Play (Eng)
- 1897 Scottish Open, Cumbria Open (Eng), Carnoustie Open (Skotland), Windermere Open (Eng), Cambridge Open (Eng)
- 1898 The Open Championship, St. Nicholas Tournament (Skotland)
- 1899 The Open Championship, Cruden Bay Professional Tournament
- 1900 U.S. Open
- 1901 Richmond Professional Tournament
- 1902 Leeds Cup
- 1903 The Open Championship
- 1906 World of Golf Gold Medal
- 1908 Nice International Tournament
- 1909 PGA Medal (Eng)
- 1911 The Open Championship, Tooting Bec Cup, Bramshot Cup, German Open, Montecarlo Open (Fra)
- 1912 World of Golf Gold Medal, News of the World Match Play
- 1913 Sphere and Tatler Foursomes Tournament (with Tom Williamson)
- 1914 The Open Championship, Prince of Wales Open, Cruden Bay Professional Tournament
- 1915 PGA Medal (Eng), Lord Roberts Memorial (Sco)
- 1920 Bramshot Tournament
Perlawanan-perlawanan besar dihitamkan.
Kejuaraan-kejuaraan terbesar
Kemenangan (7)
Tahun | Kejuaraan | 54 lubang | Mata kemenangan | Margin | Naib-juara | 1896 | The Open Championship | 4 pukulan kurang | 83-78-78-77=316 | Playoff 1 | J.H. Taylor |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1898 | The Open Championship (2) | 2 pukulan kurang | 79-75-77-76=307 | 1 stroke | Willie Park, Jr. | ||||||
1899 | The Open Championship (3) | 3 pukulan mendahului | 76-76-81-77=310 | 5 stroke | Jack White | ||||||
1900 | U.S. Open | 4 pukulan mendahului | 79-78-76-80=313 | 2 stroke | J.H. Taylor | ||||||
1903 | The Open Championship (4) | 7 pukulan mendahului | 73-77-72-78=300 | 6 stroke | Tom Vardon | ||||||
1911 | The Open Championship (5) | 3 pukulan mendahului | 74-74-75-80=303 | Playoff 2 | Arnaud Massy | ||||||
1914 | The Open Championship (6) | 2 pukulan kurang | 73-77-78-78=306 | 3 stroke | J.H. Taylor |
1 Menewaskan J.H. Taylor dalam 36-lubang kalah mati dengan 4 strok 2 Menewaskan Arnaud Massy dalam 36-lubang kalah mati. Massy bolos lubang ke-35
- ^ a b "Harry Henry William Vardon". Find a Grave. Dicapai pada 18 May 2013.