Harper Lee | |
---|---|
Lahir | Nelle Harper Lee 28 April 1926 Monroeville, Alabama, U.S. |
Meninggal dunia | 19 Februari 2016 Monroeville, Alabama, Amerika Syarikat | (umur 89)
Nama pena | Harper Lee |
Pekerjaan | penulis novel |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Tempoh | 1960–2016 |
Karya terkenal | To Kill a Mockingbird Go Set a Watchman |
Tandatangan | |
Nelle Harper Lee (28 April, 1926 – 19 februari, 2016), atau nama penanya Harper Lee, adalah seorang penulis novel dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan karya To Kill a Mockingbird yang diterbitkan pada tahun 1960. Novel tersebut memenangi Hadiah Pulitzer 1961 dan menjadi antara karya sastera Amerika moden yang terhebat. Lee dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden atas sumbangannya kepada sastera meskipun beliau hanya menerbitkan satu novel sahaja.[1] Selain itu juga, Lee menerima banyak ijazah kehormat tetapi menolak tawaran untuk memberikan ucapan kepada orang ramai pada majlis-majlis sebegini. Dia juga membantu kawan rapatnya Truman Capote dalam membuat penyelidikan untuk karya Capote bertajuk In Cold Blood (1966).[2] Watak Dill dalam To Kill a Mockingbird itu sendiri adalah berdasarkan Truman.[3]
Plot dan watak-watak To Kill a Mockingbird secara longgarnya berdasarkan pemerhatian Harper terhadap keluarga dan jiran-jirannya, serta suatu peristiwa yang berlaku dekat dengan kampung halamannya pada tahun 1936, ketika dia berusia 10 hingga 20 tahun. Novel tersebut membincangkan sikap golongan dewasa yang tidak rasional terhadap bangsa dan kelas di pedalaman Selatan Amerika Syarikat tahun 1930-an, seperti yang digambarkan melalui mata dua orang kanak-kanak. Novel itu diilhamkan oleh sentimen rasis penduduk kampung halamannya di Monroeville, Alabama.
Novelnya yang seterusnya dan terakhir, Go Set a Watchman, ditulis pada pertengahan tahun 1950-an dan diterbitkan pada Julai 2015 sebagai "sekuel" To Kill a Mockingbird, namun ia kemudiannya disahkan sebagai draf pertama novel tersebut.[4][5][6]
Biografi
Awal hidup
Nelle Harper Lee dilahirkan pada 28 April 1926 di Monroeville, Alabama [7]. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat anak Frances Cunningham (Kevin) dan Amasa Coleman Lee.[8] Ibu bapanya memilih nama tengah Harpersempena memperingati doktor kanak-kanak Dr. William W. Harper dari Selma, Alabama, yang menyelamatkan nyawa kakaknya Louise.[9] Dia nama pertama, Nelle, adalah nama nenek dieja terbalik dan nama dia digunakan;[10] Harper Lee merupakan nama penanya. ibu Lee adalah seorang suri rumah manakala ayahnya, bekas editor akhbar dan tuan, berkhidmat di Perundangan Negara Alabama dari 1926 hingga 1938. Sebelum A. C. Lee menjadi seorang peguam besar, dia pernah mewakili dua orang lelaki kulit hitam yang dituduh membunuh seorang penjaga kedai berkulit putih. Kedua-dua klien tersebut, seorang ayah dan anak, telah dihukum gantung. Harper mempunyai tiga adik-beradik: Alice Finch Lee (1911-2014),[11] Louise Lee Conner (1916-2009), dan Edwin Lee (1920-1951).[12]
Minat Harper terhadap sastera Inggeris mula berputik ketika beliau belajar di Sekolah Tinggi Monroe County. Setelah lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1944, dia menghadiri Kolej Huntingdon di Bakersfield selama satu tahun, kemudiannya dia berpindah ke Universiti Alabama di Tuscaloosa, di mana beliau belajar perundangan untuk beberapa tahun serta menulis untuk akhbar universiti, tapi beliau tidak menghabiskan pengajiannya. Pada musim panas tahun 1948, Lee menghadiri sekolah musim panas di Universiti Oxford, England, atas pembiayaan ayahnya yang mengharapkan pengalaman tersebut akan membuat Harper lebih tertarik kepada ilmu perundangan di Tuscaloosa. Namum begitu, Harper tidak menunjukkan sebarang minat kembali terhadap bidang ilmu itu.[13]
Pengkaryaan To Kill a Mockingbird
Senja hidup
Harper menghabiskan sisa hidupnya di Monroeville, Alabama.[14]
Beliau meninggal dalam tidurnya pada pagi 19 Februari 2016 pada usia 89 tahun.[15][16] Majlis pengebumiannya diadakan pada 20 Februari di Gereja Methodist Bersatu Pertama Monroeville[17] yang dihadiri oleh keluarga dekat dan rakan-rakan, manakala belasungakawanya telah diberikan oleh Wayne Flynt.[18]
Karya-karya
Novel
- To Kill a Mockingbird (1960)
- Go Set a Watchman (2015)
Rencana
- "Love—In Other Words". Vogue. April 15, 1961. m/s. 64–65.
- "Christmas to Me". McCall's. Disember 1961.
- "When Children Discover America". McCall's. Ogos 1965.
- "Romance and High Adventure". 1983. Sebuah penulisan yang disampaikan di Eufaula, Alabama, dan dikumpulkan dalam antologi Clearings in the Thicket (1985).
- "Open letter to Oprah Winfrey". O: The Oprah Magazine. Julai 2006.
Rujukan
- ^ "President Bush Honors Medal of Freedom Recipients" (Siaran akhbar). The White House. November 5, 2007.
- ^ Harris, Paul (May 4, 2013). "Harper Lee sues agent over copyright to To Kill A Mockingbird". The Guardian. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ Langer, Emily (February 19, 2016). "Harper Lee, elusive author of 'To Kill a Mockingbird,' is dead at 89". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada February 19, 2016. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ Nocera, Joe (July 24, 2015). "The Harper Lee 'Go Set A Watchman' Fraud". The New York Times. Dicapai pada December 15, 2015.
- ^ Oldenburg, Ann (February 3, 2015). "New Harper Lee novel on the way!". USA Today. Dicapai pada February 3, 2015. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan)Lebih daripada satu|work=
dan|newspaper=
dinyatakan (bantuan) - ^ Alter, Alexandra (February 3, 2015). "Harper Lee, Author of 'To Kill a Mockingbird,' Is to Publish a Second Novel". The New York Times. Dicapai pada February 3, 2015. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ Grimes, William (February 19, 2016). "Harper Lee, Author of 'To Kill a Mockingbird,' Dies at 89". New York Times. Dicapai pada February 19, 2016.
- ^ Anderson, Nancy G. (19 Mac 2007). "Nelle Harper Lee". The Encyclopedia of Alabama. Auburn University at Montgomery. Dicapai pada November 3, 2010.
- ^ Mills, Marja (2014). The Mockingbird Next Door: Life with Harper Lee. Penguin. m/s. 181. ISBN 9780698163836.
- ^ Kovaleski, Serge (March 11, 2015). "Harper Lee's Condition Debated by Friends, Fans and Now State of Alabama". New York Times. New York. Dicapai pada March 12, 2015. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ Woo, Elaine (November 22, 2014). "Lawyer Alice Lee dies at 103; sister of 'To Kill a Mockingbird' author". Los Angeles Times. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ "Louise L. Conner Obituary". The Gainesville Sun. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan) - ^ "Harper Lee's Oxford Summer," Department of Continuing Education, Oxford University: unsigned article is also undated, but written after publication of Go Set a Watchman; accessed 12 December 2016.
- ^ "US author Harper Lee dies aged 89". BBC News. February 19, 2016. Dicapai pada 19 Februari 2016.
- ^ "Harper Lee, 'To Kill a Mockingbird' author, dead at 89". CNN. 19 Februari 2016.
- ^ "Harper Lee dead at age of 89: 'To Kill a Mockingbird Author' passes away". AL.com. February 19, 2016. Dicapai pada February 19, 2016.
- ^ "Harper Lee: loved ones hold private funeral without pomp or fanfare". The Guardian. February 21, 2016. Dicapai pada 26 March 2016.
- ^ "Harper Lee: Private funeral service held in author's Alabama hometown". ABC News. 21 Februari 2016. Dicapai pada 26 Mac 2016.