"Harimau kertas" ialah terjemahan Bahasa Melayu secara harfiah bagi frasa Cina zhǐlǎohǔ (Cina ringkas: 纸老虎; Cina tradisional: 紙老虎). Istilah ini merujuk kepada sesuatu atau seseorang yang mendakwa atau kelihatan berkuasa atau mengancam, tetapi sebenarnya tidak berkesan dan tidak dapat menahan cabaran. Ungkapan itu menjadi terkenal di peringkat antarabangsa sebagai slogan yang digunakan oleh Mao Zedong, Pengerusi Parti Komunis China dan pemimpin agung China, terhadap lawan politiknya, khususnya pemerintah A.S.
Asal-usul
Zhilaohu ialah frasa kuno. Robert Morrison, mubaligh dan ahli perkamusan British, menterjemah frasa itu sebagai "harimau kertas" dalam Perbendaharaan Kata Dialek Canton pada 1828.[1][2] John Francis Davis menterjemah frasa Cina sebagai "harimau kertas" dalam buku mengenai sejarah China yang diterbitkan pada 1836.[3] Dalam pertemuan dengan Henry Kissinger pada 1973, Mao Zedong mendakwa secara berjenaka telah mencipta frasa bahasa Inggeris, yang menimbulkan gelak tawa di sekeliling.[4]
Penggunaan
Mao Zedong pertama kali memperkenalkan ideanya tentang harimau kertas kepada orang Amerika Syarikat dalam wawancara Ogos 1946 bersama wartawan Amerika Syarikat Anna Louise Strong:[5]
Bom atom ialah harimau kertas yang digunakan oleh reaksioner A.S. untuk menakutkan orang ramai. Ia kelihatan mengerikan, tetapi sebenarnya tidak. Sudah tentu, bom atom adalah senjata penyembelihan besar-besaran, tetapi keputusan perang ditentukan oleh rakyat, bukan oleh satu atau dua jenis senjata baru. Semua reaksioner adalah harimau kertas. Dari segi rupa, golongan reaksioner memang menakutkan, tetapi sebenarnya mereka tidak begitu berkuasa.[6]
Dalam wawancara 1956 dengan Strong, Mao menggunakan frasa "harimau kertas" untuk menggambarkan imperialisme Amerika Syarikat sekali lagi:
Pada rupa ia sangat berkuasa tetapi pada hakikatnya ia tidak perlu ditakuti; ia adalah harimau kertas. Secara lahiriah harimau, ia diperbuat daripada kertas, tidak dapat menahan angin dan hujan. Saya percaya bahawa ia tidak lain hanyalah harimau kertas.[7]
Pada 1957, Mao mengenang semula wawancara asal bersama dengan Strong:
Dalam temu bual, saya membincangkan banyak soalan dengannya, termasuk Chiang Kai-shek, Hitler, Jepun, Amerika Syarikat dan bom atom. Saya berkata semua reaksioner yang didakwa berkuasa hanyalah harimau kertas. Sebabnya mereka bercerai dengan rakyat. Lihatlah! Bukankah Hitler harimau kertas? Bukankah beliau telah digulingkan?[8]
Dalam pandangan ini, "harimau kertas" sangat berkuasa tetapi terdedah kepada pelanjutan yang berlebihan yang membawa kepada keruntuhan secara tiba-tiba. Apabila Mao mengkritik tindakan Soviet yang menenangkan Amerika Syarikat semasa perpecahan China-Soviet, Perdana Menteri Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev dilaporkan berkata, "harimau kertas mempunyai gigi nuklear".[9]
Dalam buku The Resistance to Theory (1982), Paul de Man menggunakan frasa tersebut untuk merenung ancaman teori sastera terhadap kesarjanaan sastera tradisional dalam akademia Amerika Syarikat. Beliau berkata, "Jika seekor kucing dipanggil harimau, ia dengan mudah boleh dianggap sebagai harimau kertas; persoalannya tetap ada, tetapi mengapa seseorang begitu takut dengan kucing itu pada mulanya".[10]
Ungkapan itu digunakan dalam ucapan 2006 oleh Senator Joe Biden yang menggambarkan pemerintah Korea Utara selepas satu siri pelancaran peluru berpandu, menentang amaran masyarakat antarabangsa ketika masih tidak mampu melakukan kemudaratan langsung kepada Amerika Syarikat.[11][12]
Ungakapan itu juga digunakan dalam politik Malaysia dalam temu ramah Nazri Aziz pada 31 Mac 2021, menyifatkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sebagai "harimau kertas" kerana hanya berani di Perhimpunan Agung.[13]
Lihat juga
Rujukan
Cari Harimau kertas dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- ^ Zimmer, Ben (23 Februari 2017). "The Chinese Origins of 'Paper Tiger'". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Morrison, Robert (1828). Vocabulary of the Canton Dialect (dalam bahasa Inggeris). I. Macao: East India Company's Press. m/s. 536.
- ^ Davis, John Francis (1836). The Chinese: A General Description of the Empire of China and Its Inhabitants (dalam bahasa Inggeris). II. London: Charles Knight & Co. m/s. 163. OCLC 5720352.
Some of the ordinary expressions of the Chinese are pointed and sarcastic enough. A blustering, harmless fellow they call 'a paper tiger.'
- ^ "Memorandum of Conversation, Beijing, February 17–18, 1973, 11:30 p.m.–1:20 a.m." (PDF). National Security Archive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Disember 2016.
- ^ Lary, Diana (2015). China's Civil War: A Social History, 1945–1949 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 80. ISBN 978-1-107-05467-7.
- ^ Mao, Zedong (August 1946). "Talk with the American Correspondent Anna Luise Strong". Selected Works of Mao Tse-Tung (dalam bahasa Inggeris). IV. Peking: Foreign Languages Press. OCLC 898328894.
- ^ Mao, Zedong (14 Julai 1956). "U.S. Imperialism is a Paper Tiger". Selected Works of Mao Tse-Tung (dalam bahasa Inggeris). V. Peking: Foreign Languages Press.
- ^ Mao, Zedong (November 18, 1957). "All Reactionaries Are Paper Tigers". Selected Works of Mao Tse-Tung (dalam bahasa Inggeris). V. Peking: Foreign Languages Press.
- ^ "The World: What They Are Fighting About". Time (dalam bahasa Inggeris). Jil. 82 no. 2. 12 Julai 1963. m/s. 24–25. Dicapai pada 21 Mei 2010.
- ^ de Man, Paul (1986). The Resistance to Theory. Theory and History of Literature (dalam bahasa Inggeris). 33. Minneapolis: University of Minnesota Press. m/s. 5. ISBN 0-8166-1294-3.
- ^ "Campaign 2008: Joseph R. Biden, Jr". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2008.
- ^ "Sen. Biden On N. Korea Test". CBS News (dalam bahasa Inggeris). 5 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2008.
- ^ Mohd Azlim Zainury (31 Mac 2022). "UMNO umpama 'harimau kertas', kata Nazri". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2022. Dicapai pada 3 Ogos 2022.