Hari Kesihatan Sedunia | |
---|---|
Official name | World Health Day |
Observed by | Semua negara anggota WHO |
Date | 7 April |
Frequency | tahunan |
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut[1] sebagai Hari Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950. Hari Kesihatan Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat semasa yang khusus.
Selain Hari Kesihatan Sedunia yang umum, WHO turut mengiktiraf kempen kesihatan awam tertentu iaitu Hari Tuberkulosis Sedunia, Minggu Imunisasi Sedunia, Hari Malaria Sedunia, Hari Dunia Tanpa Tembakau, Hari Penderma Darah Sedunia, Hari Hepatitis Sedunia dan Hari AIDS Sedunia.[2]
Rujukan
- ^ "World Health Day 2010 SMS messages". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-10. Dicapai pada 2011-01-10.
- ^ World Health Organization: WHO campaigns.