"Hard To Explain" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh The Strokes | ||||
daripada album Is This It | ||||
Dilancarkan | 25 Jun 2001 (United Kingdom) 30 April 2002 (Amerika Syarikat) | |||
Dirakamkan | 2001 | |||
Genre | Garage rock | |||
Syarikat | RCA Records, Rough Trade (en) | |||
Penulis | Julian Casablancas | |||
Penerbit | Gordon Raphael (en) | |||
Kronologi single The Strokes | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Hard to Explain ialah single pertama dari kumpulan garage rock terkenal dari New York, Amerika Syarikat iaitu The Strokes (satu-satunya bahan terakhir mereka ialah The Modern Age EP). Single ini dirilis di United Kingdom terlebih dahulu sebelum dirilis di Amerika Syarikat dengan kulit album yang berbeza. (Versi UK menunjukkan foto dengan dua buah kerusi, satu merah dan satu hitam, menghadap ke arah kamera. Kerusi tersebut kelihatannya seperti berada di dalam sebuah restoran.)
Memandangkan ini adalah single pertama dari debut album Is This It, Hard to Explain telah berjaya memberikan tanggapan yang baik terhadap album ini, dan apabila album Is This It akhirnya dikeluarkan, ia diangkat sebagai salah satu album yang terbaik pada tahun itu. Sebelah B dari single ini, "New York City Cops" telah dikeluarkan dari album edisi Amerika ekoran tragedi serangan World Trade Center pada 11 September (korus lagu ini mengandungi baris lirik "New York City cops/They ain't too smart").