Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara oleh pengamal ilmu hitam bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh.[1] Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat.[2] Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.
Di Pulau Jawa, Hantu Raya dikenali sebagai Genderuwo yang ada serba sedikit kaitan dengan makhluk mitos Hindu Gandarewa dan raksasa ganas mitos agama Majusi iaitu Gandharva.
Matlamat
Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya.Hantu raya boleh menyerupai bentuk manusia.
Selain itu, Hantu Raya juga di seru dengan menggunakan pemujaan hidangan sate gagak untuk memuja nombor ramalan perjudian atau memohon wang yang banyak sebagai harga kepada nilai dagangan jualan sate gagak itu.
Kelebihan
- Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
- Ia boleh menjelma sebagai manusia.
- Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
Kelemahan Hantu Raya
- Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.
- Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
- Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang yang hendak mewarisinya.
- Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.
- Anda mesti simpan selipar anda diluar rumah supaya hantu raya tidak masuk dan akan membersihkan rumah kita
Penelitian secara ilmiah
Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.
Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.
Kediaman hantu raya
Selain dikatakan suka menghuni di rumah-rumah yang usang atau yang lama ditinggalkan, Hantu Raya juga kerap berada di pohon-pohon besar seperti beringin, sukun, sawo, nangka dan celah rumpunan buluh.
Rupa bentuk jelmaan hantu raya
Dari segi rupa bentuknya dikatakan seperti mawas atau bigfoot, berbulu hitam, lebat, panjang, pada seluruh bahagian tubuh badan kecuali di bahagian muka, bermata merah, dan bertaring panjang. Tingginya pula adalah setinggi kira-kira dua meter tinggi.
Melemahkan hantu raya
Rawatan menurut Islam
Rawatan menurut budaya Melayu
Dalam amalan masyarakat Melayu pula, menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi. Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.[perlu rujukan] Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya. Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam [perlu rujukan] adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.