Hantu Selfie merupakan telefilem yang diterbitkan pada tahun 2014 dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD
Hantu Selfie | |
---|---|
Genre | Komedi Seram Misteri Cinta |
Format | Telefilem |
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | Zizan Razak Emma Maembong |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Richard Lim Pauline Chine Michael Ang |
Penerbit | Michael Ang |
Tempoh siaran | 1 jam 39 minit |
Syarikat penerbitan | Cube Film Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Astro Maya HD |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Hantu Wefie |
Sinopsis
Saleh merupakan pemilik kedai kek yang gemar mengambil ‘selfie’ dan memuat naiknya ke internet. Suatu hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma meminta pertolongan Saleh untuk mencari pembunuhnya dan merungkai identitinya serta asbab dia dibunuh manakala Saleh ingin Emma menolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha seorang gadis cantik yang merupakan pelanggan tetap kedainya.
Pelakon
- Zizan Razak sebagai Saleh
- Emma Maembong sebagai Emma
- Redza Rosli sebagai Amran
- Lia Natalia sebagai Tisha
- Natasha Elyzza sebagai Nina
- Along Eyzendy sebagai Usop
- Nik Ramly Rejab sebagai Datuk (Ayah Emma)
- Mak Wan sebagai Datin (Mak Emma)