Hang Li Po direkod di dalam Sulaltus Salatin (Malay Annals) sebagai seorang puteri Cina yang dihantar oleh Dinasti Ming dari negara Cina untuk berkahwin dengan Sultan Melaka, Mansur Shah (r. 1456–1477). Walau bagaimanapun, muncul perdebatan tentang kewujudan sama ada Hang Li Po kerana tiada rujukan atau rekod tentang puteri raja bernama Hang Li Po di dalam mana-mana rekod Dinasti Ming. [1] Selain itu, catatan Portugis pada abad ke-16 Suma Oriental tidak mencatat rekod tentang seorang puteri Cina yang berkahwin dengan Sultan Mansur Shah, namun sebaliknya telah merujuk kepada seorang gadis Cina yang tidak dinamakan yang berkahwin dengan pemerintah kedua Melaka, Sultan Megat Iskandar Shah (memerintah 1414–1424). Jarak jangka masa antara kedua pemerintah Melaka adalah 3 dekad.[2]
Saiz rombongan besar yang menemani puteri itu direkodkan seramai 500 orang pengikut dan Sultan Mansur Shah menyediakan sebuah bukit sebagai penempatan mereka, yang kini dikenali sebagai Bukit Cina, [3] juga adalah tanda hadiah kepada pengantin perempuan Cina baharunya, pada pertengahan abad ke-15. [4] Kini, terdapat lebih daripada 12,000 kubur di tanah perkuburan tersebut dan yang tertua bertarikh sejak tahun 1622. Selepas Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511, hutan Bukit Cina telah dirosakkan oleh mubaligh Portugis, lalu mereka membina sebuah biara di atas bukit tersebut pada tahun 1581. Apabila Belanda menawan Melaka daripada Portugis pada tahun 1641, pentadbiran kolonial Belanda telah menetapkan Bukit Cina sebagai tanah perkuburan Cina pada tahun 1685. [ <span title="This claim needs references to reliable sources. (May 2023)">petikan diperlukan</span> ]
Hang Li Po merupakan tokoh awal transkulturasi dan perkahwinan antara kaum dalam sejarah awal Kepulauan Melayu . Warisan budaya dan salasilah keturunan beliau dapat dilihat dalam budaya Peranakan. Keturunan Peranakan yang boleh dijumpai di Pulau Pinang dan Melaka bercirikan percampuran budaya Cina kuno dengan budaya tempatan Maritim Asia Tenggara .[5][6] Fenomena pengislaman di sekitar rantau Kepulauan Melayu dari abad ke-15 merupakan salah satu faktor perosotan trend perkahwinan antara kaum-kaum etnik berbeza di rantau ini.[7]
Legenda Hang Li Po merupakan seorang tokoh penting dalam kesedaran kebangsaan Malaysia. Ini kerana beliau berketurunan Cina yang hidup dalam kalangan orang Melayu Islam selain mempunyai mohor kelulusan diraja semasa sejarah awal Kepulauan Melayu. Ini telah membuka jalan menuju kepada toleransi dan penerimaan budaya serta asimilasi sosial di kalangan buruh imigran Cina yang telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British pada abad ke 18 dan 19.[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Redefining Hang Li Po". The Edge Malaysia. Dicapai pada 2023-05-17.
- ^ a b Wain, Alexander (April 7, 2017). "The Search for Hang Li Po". New Straits Times. Dicapai pada 17 May 2023.
- ^ "Bukit China (Chinese Hill)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-05-10.
- ^ Kong, Yuanzhi (2000). Pelayaran Zheng He dan alam Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 978-967-942-508-6.
- ^ [Mixed Race in Asia: Past, Present and Future, by Zarine Rocha (ed.) London: Routledge, 2017, p. 147-161.
- ^ "Peranakans". Baba & Nyonya Heritage Museum, Malacca. Archived from the original on 12 January 2020. Retrieved 16 January 2020.
- ^ [Praying together, Staying together: Islamization and Inter-ethnic marriages in Malaysia, by Hew Cheng Sim, International Journal of Sociology of the Family, vol.36, no.2 (2010), pp.199-215.