Hama
حَمَاة | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bandar | ||||||||
Koordinat: 35°08′N 36°45′E / 35.133°N 36.750°EKoordinat: 35°08′N 36°45′E / 35.133°N 36.750°E | ||||||||
Negara | Syria | |||||||
Kegabenoran | Kegabenoran Hama | |||||||
Daerah | Daerah Hama | |||||||
Mukim | Mukim Hama | |||||||
Mula-mula diselesaikan | 1500 SM | |||||||
Pentadbiran | ||||||||
• Gabenor | Maan Subhi Abboud[2][3] | |||||||
Aras | 305 m (1,001 ft) | |||||||
Penduduk (bancian 2023) | ||||||||
• Jumlah | 996,000[1] | |||||||
• Etnik | Orang Syria | |||||||
• Agama | Sunni Islam Gereja Ortodoks Syria Gereja Ortodoks Yunani | |||||||
Demonim | Arab: حموي, rumi: Ḥamwi | |||||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | |||||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | |||||||
Kod kawasan | Kod negara: 963 Kod bandar: 33 | |||||||
Geocode | C2987 | |||||||
Iklim | BSk | |||||||
Laman sesawang | www |
Hama merujuk kepada bandar Hama di tengah negara Syria.Bandar ini terletak di tebing Sungai Orontes di tengah-tengah Syria, utara Damsyik . Ia pernah menjadi ibu kota kerajaan Hama. Hama merupakan bandar keempat terbesar di Syria -di belakang Aleppo , Damsyik dan Homs - dengan jumlah penduduk seramai 696.863 (2009). Bandar ini merupakan bandar bersejarah . Bandar ini terkenal dengan Roda air taman bunga Noria yang digunakan untuk menyiram taman-taman yang digunakan sejak 1100 SM . Sistem roda air ini digunakan untuk tujuan pengairan.
Sejarah
Penduduk berada di sini sejak awal Zaman Besi Neolitik . Ahli arkeologi Denmark menemui benteng purba di gunung.Penggalian pada 1931 dan 1938 di bawah arahan Harald Ingholt. Arkeologis menemui kapur plaster dan tembikar yang sezaman dengan Shamra V (6000-5000 BC).
Kaum Amorite menjajah kawasan itu pada milenium ketiga SM Adi Sungai Euphrates, kira-kira 250 batu (400 km) ke timur Hama. Mereka menjajah kawasan-kawasan di Syria dan Iraq .
Empayar Hittite berpusat di Hama yang kini dikenali sebagai Israel. Orang-orang Aramaean dan Hittite hidup agak aman.Secara beransur-ansur Aramia menjadi bahasa utama.
Apabila raja Assyria Shalmaneser III (BC 858-824) menakluk utara Syria 835 SM; menandakan permulaan inskripsi kerajaan Assyria .Menurut sumber Asyur, mereka berhadapan dengan 4000 kereta kuda, 2,000 penunggang kuda, 62.000 askar berjalan kaki dan 1,000 kafilah Arab dalam Pertempuran Qarqar . Shalmaneser III terus ke pantai dan juga menawan kapal. untuk membuka laut. Dalam tahun-tahun berikutnya, Shalmaneser III gagal untuk menakluk Hamat atau Aram.
Pada 743 SM, Tiglat-Pileser III mengambil alih kuasa dari raja Hamat, , Naga- ILU .Pada 738 SM, Hamat sekali lagi ditakluki oleh tentera Assyria. Lebih 30,000 asli telah dihantar pulang ke Ullaba dan digantikan dengan tawanan dari Zagros . Pemberontakan berlaku di wilayah Arpad , Simirra , Damsyik , dan Samara . Pemberontakan ini membawa kepada pengusiran Sepuluh Suku Israel yang disebut sebagai "Destroyer of Hamat," Sargon II .
Pada separuh kedua abad ke-4 SM ,Syria berada di bawah pengaruh Greco-Roman dan bukannya budaya Arab atau Parsi. Alexander the Great menakluk dari 334 hingga 323 SM di Syria di bawah pengaruh Hellenic. Hama menjadi laluan perdagangan dari Asia ke Greece .Selepas kematian Alexander, Nicator Seleucus menjadi pemerintah Syria dan menjadi pengasas dinasti Seleucid . Kemudian dinasti Arab mula mengawal bandar-bandar di bahagian ini Syria, termasuk Hama.
Orang-orang Rom mengambil alih Syria seperti Hama . Mereka menyerang Syria di bawah Pompey pada tahun 64 SM.Hama adalah sebuah bandar yang penting semasa tempoh Yunani dan Rom, tetapi sangat sedikit bukti arkeologiyang masih kekal.
Pada AD 330, ibu kota Empayar Rom berpindah ke Byzantium.Ketika itu Hama dikenali sebagai Emath.Semasa pemerintahan Roman , agama Kristian semakin tersebar dan kukuh.Gereja telah dibina di Hama dan bandar-bandar lain . Ahli sejarah Byzantine ,John Epiphania dilahirkan di Hama pada abad ke-6.
Pemerintahan Islam
Semasa penaklukan Islam di Syria pada abad ke-7, Hama telah ditawan oleh Abu Ubaidah ibn al-Jarrah pada 638 dan bandar Hama kembali ke zaman kuno. Empayar Umayya membina Masjid Besar di Hama pada awal abad ke-8 dan Masjid Umayyah di Damsyik. [6] Ahli Geografi Arab al-Muqaddasi menulis Hama menjadi sebahagian daripada Jund Qinnasrin semasa pemerintahan Abbasid .Ketika itu, Hama adalah sebuah pekan pasar yang di keliling bandar-bandar terpencil. Hama berada di bawah kawalan Hamdanid , pemerintah Aleppo pada abad ke-10 sehingga abad ke-12.
Byzantine di bawah maharaja Nicephorus Phocas menyerang bandar Hama pada tahun 968 dan membakar Masjid Besar . Abad ke-11, Empayar Fatimid menguasai utara Syria. Ahli geografi Nasir Khusraw menyatakan bahawa pada tahun 1047 bahawa bandar Hama terletak di atas tebing Sungai Orontes.
Tancred, Putera Galilea menawan Hama pada tahun 1108, tetapi pada 1114 tentera Salib kalah kepada tentera Seljuk . Pada 1157, gempa bumi menghancurkan bandar Hama. Kemudian Sultan Zengid, Nur al - Din mendirikan masjid dengan menara tinggi pada 1172 .Kemudian tentera Salahuddin memberikan bandar ini kepasa al-Muzaffar Umar.Era kestabilan dan kemakmuran di Hama semasa Ayyub memerintah sehingga 1342. Ahli geografi Yaqut al-Hamawi dilahirkan di Hama. Beliau menerangkan pada 1225, Hama sebuah bandar besar yang dikelilingi oleh dinding .
Tentera Mongol dikalahkan pada 1303 oleh Mamluk.Hama diserahkan kepada Mamluk pada 1299 selepas kematian Gabenor al-Mansur Mahmoud II. Selepas kematiannya, beliau telah digantikan oleh anaknya al-Afdal Muhammad yang akhirnya kehilangan Mamluk.
Hama berkembang makmur dalam tempoh Ayyubid, serta zaman Mamluk. Petempatan berkembang di tebing Sungai Orontes.Sebuah jambatan baru dibina. Bandar di tebing kiri terbahagi kepada bahagian atas dan bawah.Bandar ini telah dipenuhi dengan istana, pasar, masjid-masjid, madrasah , dan hospital, dan lebih 30 kincir air (roda air). Selain itu terdapatnya benteng besar-besaran di Hama.Ia dibina semasa pemerintahan Mamluk.
Selain itu, saluran air khas membawa air minuman untuk penduduk Hama dari bandar Salamiyah.
Ibn Battuta melawat Hama pada tahun 1335 dan mengatakan bahawa Sungai Orontes amat menyenangkan, taman-taman dipenuhi dengan pokok-pokok dan buah-buahan. Bandar al-Mansuriyyah merupakan pasar yang baik, sebuah masjid, dan mandi. Pada 1400 , Timurlane menakluki Hama ,Homs dan Baalbek.
KerajaanTurki Uthmaniyyah
Tempoh makmur pemerintahan Mamluk berakhir pada tahun 1516, apabila Turki Ottoman menakluki Syria dari Mamluk selepas mengalahkan mereka pada Pertempuran Marj Dabiq berhampiran Aleppo . Hama, dan seluruh Syria, dikuasai oleh Turki Uthmaniyah dari Constantinople .Di bawah Uthmaniyah, Hama secara beransur-ansur menjadi lebih penting . Ibu kotanya terletak di Tripoli .Hama sekali lagi menjadi pusat penting bagi laluan perdagangan dari Mediterranean ke Asia.Syria kemudian dibahagikan kepada tiga gabenor dan Hama diperintah oleh gabenor yang berpusat di Aleppo.
Kemudian pada abad ke-18, ia diperintah oleh gabenor Damsyik.Mereka didirikan Azem Palace dan istana Khan As'ad Pasha yang telah dibina oleh As'ad Pasha al-Azem .Ketika itu, terdapat 14 penginapan karavan di bandar Hama, kebanyakannya digunakan untuk penyimpanan dan pengagihan benih, kapas, benang, dan komoditi lain.
Perang Dunia I
Kekuasaan Turki Uthmaniyah berakhir pada tahun 1918 selepas kalah dalam Perang Dunia I kepada Tentera Bersekutu . Hama menjadi sebahagian daripada Perancis.Ketika itu Hama terkenal dengan kapas dan gula beet.Pada 1930, hanya empat daripada kampung-kampung adalah milik peladang tempatan.Kawasan pedalaman dimiliki oleh golongan elit pemilik tanah .
Bermula pada tahun 1940-an, konflik kelas meletus di Hama.Syria mencapai kemerdekaan sepenuhnya dari Perancis pada tahun 1946. Akram al-Hawrani , ahli keluarga yang miskin mendesak mengadakan reformasi tanah dan keadaan sosial yang lebih baik. Beliau mengasaskan Parti Sosialis Arab yang kemudiannya bergabung dengan sosialis, Ba'ath . Pada tahun 1963 , berakhirlah kuasa elit pemilik tanah.
Pemberontakan dilakukan oleh kumpulan Islam Sunni, terutamanya Ikhwan Muslimin di Hama. Hama menjadi benteng Sunni Islam konservatif . Pada musim bunga tahun 1964 pendakwah di masjid mengecam dasar-dasar Ba'ath . Kerajaan Syria telah menghantar kereta kebal ke Hama untuk meredakan pemberontakan.
Pada tahun 1970-an, Hama menjadi bandar utama penentangan terhadap rejim pada 1976. Bandar ini juga berlakukanya pembunuhan beramai-ramai 1981 dan pembunuhan beramai-ramai 1982 . Pada Februari 1982,saudara presiden, Rifaat al -Assad, mahu menghentikan pemberontakan di Hama dengan kekerasan. Kereta kebal dan meriam menembak kawasan perumahan untuk menundukkan pemberontakan.
Pembunuhan beramai-ramai 1982 Hama meragut nyawa hampir 25,000 warga Hama ,militan Islam dan seramai 1000 askar. Kota Lama, telah diratakan oleh jentolak dan kemudian dibina semula dan mengubah wajah bandar. Kematian antara 25,000 hingga 30,000.
Spring Arab
Hama telah pusat bermulanya kebangkitan Syria sejak peristiwa Rampasan kuasa Baath 1963. Seawal 1964, rusuhan besar menyebabkan lebih 70 rakyat terbunuh. Sepanjang 1976-1982, kebangkitan Islam di Syria tindakan keras oleh tentera pada April 1981 . Pada bulan Februari 1982, pembunuhan beramai-ramai berlaku di Hama, berikutan pemberontakan bersenjata olehkumpulan Islam. Pembunuhan beramai-ramai 1982 Hama meragut nyawa hampir 25,000 .
Pada tahun 2011, bandar ini pusat aktiviti pembangkang.Kepungan bersenjata telah dikenakan pada 3 Julai. Penunjuk perasaan menjadi sasaran polis rahsia dan angkatan tentera. Lebih 50 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera . Pada hari Jumaat, 1 Julai, lebih 400,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Hama menentang Bashar al- Assad . Dua hari kemudian, kereta kebal Syria dikerahkan ke Hama.Pada 31 Julai , kerajaan Syria telah menghantar tentera Syria ke Hama untuk mengawal protes pada malam Ramadan.Hampir 129 terbunuh di seluruh Syria .
Rujukan
- ^ "2023 official census". cbss. Dicapai pada 1 Jun 2024.
- ^ "الرئيس الأسد يصدر مرسومين بتعيين أربعة محافظين جدد" [President Assad issues two decrees appointing four new governors]. SANA. 12 Mei 2024. Dicapai pada 1 Jun 2024.
- ^ "President al-Assad issues decrees on appointing new governors for eight Syrian provinces". Syrian Arab News Agency. 20 Julai 2022. Dicapai pada 1 Jun 2024.