Halit | |
---|---|
Halit daripada lombong garam Wieliczka, Małopolskie, Poland (saiz: 16x15x13 cm) |
|
Maklumat am | |
Kategori | Mineral halida |
Formula kimia | Natrium klorida (NaCl) |
Pengecaman | |
Berat molekul | 58.433 g/mol |
Warna | Tidak berwarna atau putih; juga biru, ungu, merah, kuning, jingga dan kelabu |
Tabii hablur | Banyaknya kiub dan di dasar enapan besar, tetapi juga berbutir, berserat dan padat |
Sistem hablur | Kiub |
Pembelahan | Sempurna {001}, kiub tiga arah |
Fraktur | Konkoid |
Kekerasan skala Mohs | 2 - 2.5 |
Kilau | Kekaca |
Indeks biasan | n = 1.544 |
Sifat-sifat optik | Isotropi |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 2.17 |
Keterlarutan | Larut air |
Diafaneiti | Lut sinar |
Ciri-ciri lain | Rasa masin, pendarfluor |
Halit atau garam batu ialah bentuk galian natrium klorida (NaCl). Halit membentuk hablur kiub. Biasanya tidak berwarna atau putih, galian ini boleh juga berwarna biru, ungu, merah, merah jambu, kuning, jingga dan kelabu bergantung kepada jenis dan jumlah bendasing.